17 December 2007
Monsoon menjengah jua...
13 December 2007
Jagalah Matamu demi solatmu yang khusyuk...
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Pesan kat diri sendiri & sahabat- sahabat kita...
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci(bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
12 December 2007
Anjing dan khinzir hati.....[1]
Banyak Makan
- Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan dan minum
- Makan dan minum yang berlebihan- lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah
- Makan dan minum yang berlebih- lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lalai daripada menunaikan ibadah kerana termasuk dalam amalan membazir.
Doakan ana jadi orang pertama yang mengamalkan apa yang ana nukilkan ini.... (bersambung..)
11 December 2007
Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (4)
Kini isu ini sudah cukup popular menenggelami isu- isu yang lain sebagaimana banjir monsoon timur laut meratakan segala lopak dan lubang. “Buat apa berbalah sesama sendiri sedangkan orang lain sedang bersatu menjatuhkan kita”, Tengok pimpinan kita tegas membela Melayu”, dan banyak lagi suara- suara yang menunjukkan kemenangan awal politik UMNO.
Kita dapat menjangkakan jika isu ini dipanjangkan ia akan memberikan suatu kelebihan kepada perjuangan UMNO seterusnya memungkinkan pilihanraya akan diadakan.
Mendamba keberkatan menjalani kehidupan...
Pernikahan antara Nabi Adam a.s dan Hawa
Pernikahan antara Nabi Yusof a.s dan Zulaikha
Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuib a.s
Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid
Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis
Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Abu Bakar
Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a Fatimah Az-Zahra’
Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (3)
Itulah isu yang telah meyatukan ummat melayu menjelang 13 Mei 1969 yang lalu. Isu perkauman merupakan senjata sulit UMNO yang bisa di gunakan bila- bila masa apabila ia tersepit. Ia mampu menyatukan Melayu PAS, melayu UMNO, melayu PKR mahupun melayu atas pagar berdiri teguh dalam satu saf di belakang pimpinan yang kononnya ultra melayu dan memaksa mereka menganggap isu pembelaan ketuanan bangsa lebih penting dari segala isu yang lain.
Menyedari senario inilah maka kita tidak hairan dengan kemunculan wira Hindu secara tiba- tiba di persada politik tanah air. Bermula dengan demonstrasi ganas di kala kehangatan himpunan BERSIH masih lagi membara sekaligus memadamkan sanjungan dan sokongan rakyat terhadap pembangkang.
Di samping itu ia membina persepsi negatif dan bibik ketakutan terhadap semua perhimpunan atau demonstrasi yang merupakan antara strategi utuh pembangkang dalam menyatukan rakyat. Apatah lagi pihak polis menggunakan isu rusuhan ganas HINDRAF ini untuk tidak mengeluarkan permit dan memberi amaran bertindak tegas kepada sebarang bentuk himpunan rakyat.
Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (2)
Majoriti rakyat Melayu sedar perjuangan dalam UMNO adalah untuk mencari ‘cable’, kekayaan dan pangkat bagi orang kaya dan duit poket (baca Wang Ihsan) bagi yang miskin. Oleh itu apa lagi modal yang boleh digunakan oleh UMNO untuk menarik perhatian pengundi sasarnya.
Kita dapat lihat pelancaran projek mega koridor Utara, Timur dan Wilayah Iskandar di selatan yang banyak melibatkan kawasan Melayu seolah- olah ternafi begitu sahaja apabila hampir 200,000 rakyat berjaya disatukan oleh BERSIH di ibu negara seolah- olah menggigit jari tuan yang baru saja selesai menaburkan makanan. Sedangkan isu pembangunan merupakan isu pokok yang senantiasa dicanang oleh UMNO dalam mengelabui mata rakyat Melayu.
Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (1)
Sebagaimana PAS menyatukan ahlinya berdasarkan Islam, UMNO mengikat kesetiaan ahlinya dengan perjuangan membela Melayu, PKR mengaut sokongan dengan menangguk simpati terhadap Isu Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim dan sebagainya.
Oleh itu, semakin ‘alami’ iaitu luas sasaran sesuatu isu pemilikan sepunya yang dapat di eksploitasi maka semakin popularlah pertubuhan atau persatuan itu. Teori ini digunakan sepenuhnya oleh parti- parti politik demi meraih simpati pengundi. Hal ini kerana populariti amat penting demi survival sesuatu parti politik dalam sistem demokrasi.
04 December 2007
Dakwah pada remaja..
-Bertenang-Jangan menilai atau bersangka buruk
-Jangan mengugut atau mendesak
-Bercakaplah ke dalam hati
Ingatlah bahawa setiap manusia dilahirkan sebagai seorang bayi kecil dan kemudian masyarakat, kehidupan dan tindakan/keputusan kita yang membentuk diri kita. Individu yang berdiri di depan anda ketika ini boleh berubah. Mohonlah kepada Allah agar menjadikan diri kita sebagai contoh dalam kehidupan seseorang (be a milestone in someone’s life); yakni bermaksud menjadi titik pusingan ke arah jalan kebaikan.
03 December 2007
Sebuah Renungan buat hatiku....
23 November 2007
Salam Perjuangan dari Qard jr...
Assalamualaikum W.B.T
Selamat bercuti buat sahabat- sahabat yang baru menghabiskan paper terakhir semalam. Moga Allah memberkati segala penat jerih kalian. Moga kejayaan menjadi milik kita!
Selamat menganalisis juga saya ucapkan kepada sahabat- sahabat tahun akhir yang sedang bertungkus lumus menyediakan slide presentation dan sedang bertumas dalam lab....
22 November 2007
Kasih Allah tidak bertepi...
Namun, amat susah untuk hatiku terbuka menghulurkan sedikit lebihan nikmat yang ada pada diri. Aku cukup mewah berbanding dia... Aku cukup sihat berbanding dia.... Aku cukup sifat berbanding dia....
Cukup berat untuk aku hulurkan seringgit, cukup payah untuk aku keluarkan RM10, adalah mustahil untuk aku sedekahkan RM 100....
Wahai diriku,
Sanggupkah kau, andai Allah menukarkan kau menjadi seperti dia dengan bayaran RM 1? mahu? RM 10? mahu? RM 100? setuju? RM 1000? Sejuta????
Aku tak sanggup!!
Besyukurlah dikau wahai diri....
20 November 2007
Mulakan dengan diri kita...
Mungkin bermain di benak fikiran kita, jika anak-anak dihantar sekolah Tahfiz lepas habis nak jadi apa? Jadi imam? Jadi Ustaz? Gaji sket tak mainlah…Kerjaya kita sekarang dan anak-anak kita kebanyakannya dipengaruhi oleh keadaan negara kita. Waktu saya di sekolah menengah dulu, guru-guru sentiasa memberi dorongan untuk mengambil bidang sains/kejuruteraan, medic dan sebagainya…Menurut mereka gaji tinggi….
Mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi kerjaya sekarang..Namun hafaz al-Quran mesti menjadi satu kewajipan kepada kita semua. Jika kita tidak mampu untuk melaksanakannya, cubalah anak-anak kita pula. Mudah-mudahan mereka dapat memberi syafaat kita di akhirat kelak. Sama-sama semarakkan kempen ini!
Munajat Hamba....
19 November 2007
Jenis jenis jihad..
- Jihad Lisan (Ceramah, buku, majalah, pamplet, usrah, dakwah fardiyyah dll.)
- Jihad ta'alim (Menuntut ilmu yang diperlukan dalam membantu kebangktan Islam dan mengisi kemenangan)
- Jihad Nafs (jihad dengan diri seperti berperang melawan musuh- musuh Allah)
- Jihad Siasiy (Jihad dalam bentuk politik seperti menyertai pilihanraya dsb.)
- Jihad Ekonomi ( Mencari sumber ekonomi dala membantu perjuangan Islam)
Wahai para penuntut! Niatkanlah segala usahamu dalam menuntut ilmu untuk membantu perjuangan!
Wahai ulamak dan tenaga pengajar niatkanlah usahamu untuk melahirkan masyarakat yang memahami tugas dan tanggungjawab mereka.
Wahai tentera di medan! berjuanglah atas nama Allah bukannya nasionalisme dan lainnya.
Wahai politikus sekalian! ingatlah perit jerihmu ada nilaian disisi Allah.
Wahai pekerja dan hartawan, berjihadlah dengan harta kalian kerana perjuangan itu memerlukan sumber kewangan yang banyak.
15 November 2007
SYUKRAN JAZILAN UMMI... UHIBBUKI ABADA INSYA ALLAH!
Awas makanan HARAM berleluasa di Malaysia!!
14 November 2007
Trip Memancing laut dalam November 2007
11 November 2007
06 November 2007
Harga naik sikit je... tak banyak... kata mereka
Kita lihat di bawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005, kita akan melihat berapa sebenarnya yang diperolehi oleh Pak Lah.
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,
Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79
So, contohnya macam Pak Lah… dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79= RM56,753.84.
Maka itu sebab mengapa menteri-menteri termasuk Pak Lah tidak hairan dengan sebarang kenaikan harga barang, minyak atau tol, tetapi amat disengsarai oleh rakyat marhaen.
Mahasiswa terjejas dengan kenaikan harga barang.
01 November 2007
Sikaya Yang Mulia...
Seandainya yang terlebih kaya itu terlebih mulianya maka, sudah barang pastilah Qarun lah yang paling mulia..
Seandainya yang terlebih luas jajahan takluknya itu terlebih mulianya maka, Firaunlah orang yang terlebih mulia....
Namun, maha Adil Allah meletakkan parameter kemuliaan pada darjah ketaqwaan yang mampu dimiliki oleh semua lapisan hamba...
29 October 2007
Exam is Hisab
Demokrasi Tempang.... hanya yang tempang otaknya tetap mengampu!
6 Perkara yang merosakkan ukhuwah
Macam pernah tengok susunan begini!!!
21 October 2007
Hayya 'Alal Falah!!
Anak Falahiah
Walau sekelip cuma aku bersamamu
Namun bukan setitik yang ku teguk
Wacana ilmu hasil cakna
pada agama penyuluh hidup
Akulah.....
Anak Falahiah
Di lapangan dadamu
aku menemui hidupku
aku mengenal cintaku
cinta yang haqiqi
cinta yang beriring tad-hiah
aku mengejar citaku
aku mengejar gemilang
kenal erti juang
TanpaMu siapalah aku.....
09 October 2007
Puisi yang dalam maknanya
Adalah sekuntum bunga melati
Yang aku petik
Dari sujud sembahyangku
Setiap hari
Buah cintaku
Dengan bidadariku
Adalah lahirnya sejuta generasi teladan
Yang menggendong tempayan- tempayan kemanfaatan
Bagi manusia dan kemanusiaan
Pada setiap tempat
Pada setiap zaman
Mereka lahir demi kesejatian sebuah pengabdian
Dalam abad- abad yang susah
Abad- abad tidak mengenal Tuhan
Abad- abad hilang naluri kemanusiaan
Abad- abad berkuasa rejim- rejim kemungkaran
Dan mereka tetap kekar dan setia
Membela kebenaran
Dan keadilan
Perjuangan kami berterusan
Sambung menyambung pada setiap generasi
Tak berpenghabisan
Terus bergerak
Mengaliri ladang- ladang peradaban
Seperti cintaku
Pada bidadariku
Yang terus tumbuh
Semakin subur
Dari hari ke hari
Laksana kalimat- kalimat suci
Di hati para solihin
Di hati para nabi.
Dipetik dari novel Pudarnya Pesona Cleopatra
Jangan tinggal daku Ramadhan!!
27 September 2007
24 September 2007
Qardhawi Return
Mohon maaf pada semua pengunjung yang dihormati semua kerana suda agak lama saya tak meng update blog ini...
kini saya kembali dengan isu yang lebih hangat...
15 September 2007
Benefit of Fasting
Moreover, Ramadan is a month of giving charity and sharing meals to break the fast together, the latter offering more reward than if eating alone.
As briefly mentioned earlier, fasting can also be observed voluntarily (as part of the Greater Jihad ): Sawm is intended to teach believers patience and self-control in their personal conduct, to help control passions and temper, to provide time for meditation and to strengthen one's faith.
Fasting also serves the purpose of cleansing the inner soul and freeing it of harm.
Most importantly, the fast is also seen as a great sign of obedience by the believer to Allah. Faithful observance of the Sawm is believed to atone for personal faults and misdeeds and to help earn a place in paradise.
While fasting in the month of Ramadan is considered Fard (obligatory), Islam also prescribed certain days for non-obligatory, voluntary fasting, such as:
each Monday and Thursday of a week
the 13th, 14th, and 15th day of each lunar month
six days in the month of Shawwal (the month following Ramadan)
the Day of Arafat (9th of Dhu al-Hijjah in the Islamic (Hijri) calendar)
the Day of Ashuraa (10th of Muharram in the Islamic (Hijri) calendar), with one more day of fasting before or after it. Times when fasting is forbidden
14 September 2007
Salam Ramadhan Al- Mubarak
Selamat berbuka!
11 September 2007
Harapan seorang blogger amatur
10 September 2007
Nilai nyawa manusia dan babi
Ini telah dibuktikan dengan kejadian yang berlaku di Batu Burok Terengganu dimana dua orang peserta demonstrasi telah ditembak dengan peluru hidup sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.
Istilah peluru hidup adalah bersangkutan dengan mana-mana peluru (.22, .38, .357, .44, .45, 9MM, 5.56MM atau 7.62MM) iaitu mana-mana peluru yang biasa digunakan oleh anggota keselamatan sama (unit pejalan kaki) sama ada dari material plumbum atau timah bersalut tembaga. Jenis-jenis peluru hidup ini sememangnya ada dalam simpanan serta kegunaan anggota keselamatan.
Ianya berlainan sekali dengan istilah peluru getah yang biasanya diperbuat daripada komposit khas yang boleh beroperasi dalam suhu -50 darjah Celsius sehingga 100 darjah Celsius. Peluru getah biasanya bersaiz 7.62MM, .50 Kaliber atau 12 Gauge (peluru penabur).
Oleh kerana anggota keselamatan kita jarang mendapat peluang untuk melepaskan tembakan (semasa beroperasi) sehinggakan ada anggota polis yang sepanjang hidupnya tidak pernah melepaskan tembakan selain dari masa latihan atau pertandingan.
Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi telah memberikan peluang untuk anggota Polis mengadaptasi penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, biasanya anggota keselamatan anti rusuhan dibekalkan dengan cota (besi atau kayu) siap dengan perisai komposit serta pad keselamatan pada lutut, siku dan bahu serta ada yang memakai baju kalis peluru.
Untuk itu adalah digalakkan kepada anggota Polis agar pada setiap masa menyuraikan peserta demonstrasi menggunakan peluru hidup dan menembak kepada mana-mana peserta yang mereka rasakan perlu untuk ditembak.
Jika pada setiap kali demonstrasi diadakan ada yang akan menjadi mangsa tembakan peluru hidup, saya rasa pada akhirnya tiada siapa yang akan berdemonstrasi kerana takut menjadi mangsa peluru hidup. Secara otomatisnya tidak pihak yang akan menganjurkan demonstrasi dimasa akan datang.
Kepada anggota keselamatan, saya ingin nasihatkan anda untuk menembak pada bahagian badan yang kritikal (dada atau anggota sulit) setiap kali anda melepaskan tembakan. Dengan cara ini, akan kuranglah peserta demonstrasi yang ingin menjadi juara pada setiap masa. Namun semua ini hanyalah boleh digunakan pada siri-siri demonstrasi yang dianjurkan mana-mana parti pembangkang, penduduk setinggan atau para pekerja yang berpiket.
Anda sama sekali tidak wajar menggunakan perkara yang sama (menembak dengan peluru hidup) pada mana-mana siri demonstrasi yang dilakukan oleh para penternak babi dan sebagainya.
Ini kerana penternak babi akan menggunakan babi sebagai perisai mereka dan ini akan mencederakan atau membunuh babi sekiranya anda menggunakan peluru hidup. Untuk kes ini, anda digalakkan menggunakan senjata “Paintball” untuk mengurangkan risiko babi cedera atau mati.
Oleh itu kesimpulannya ialah;
1. Peluru hidup perlu digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan parti pembangkang, para pelajar, penduduk setinggan, piket kesatuan sekerja atau mana-mana perhimpunan yang anda (Pihak Keselamatan serta Kerajaan) klasifikasikan sebagai merbahaya waima ianya dibuat oleh kanak-kanak sekolah. Mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.
2. Peluru getah atau peluru cat (paintball) perlu digunakan (dengan mendapat kelulusan khas) untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan oleh para penternak babi dimana-mana lokasi di Malaysia. Jika boleh adalah perlu untuk diadakan rundingan secara baik dengan para penternak babi dan tidak sama sekali boleh digunakan penyelesaian secara kekerasan. Malah pampasan perlu disediakan jika terdapat mana-mana babi yang tercedera atau mati atas sebab demonstrasi ini. - sumber harakah
08 September 2007
Panduan Solat Gerhana
Hukum solat sunat gerhana
Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana, hukum sunatnya sama dengan hukum solat dua hari raya, jika kita boleh memasukkan kedalam kalender hijri setiap tahun dengan tarikh yang berkaitan dengan permulaan dua hari raya samaada secara rukyah atau hisab, ia sebagai persediaan untuk meraikan dua hari tersebut dengan solat sunat sebagai tanda syukur dan gembira kita.
Mengapa kita tidak memasukkan tarikh akan berlakunya gerhana dalam tahun yang sama sebagai persediaan untuk melakukan tuntutan yang sama dengan penuh rasa hina dan rendah diri dihadapan pemilik kita, sebagai menyeimbangi dari rasa gembira yang kita rasakan setiap tahun, seperti solat sunat dua hari raya yang mengajak semua lapisan samaada lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang tua untuk sama-sama melaksanakannya, begitu juga dengan solat sunat gerhana.
Namun fenomena gerhana tidak boleh disamakan dengan kita meraikan dua hari raya, solat sunat dua hari raya boleh dilakukan dimana sahaja tempat kita berada dengan syarat-syarat yang telah disepakati oleh ulama, tetapi solat sunat gerhana hanya dilakukan ditempat yang menerima nampaknya gerhana, jika satu tempat seperti di afrika utara ini yang sudah mengetahui dengan ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 safar nanti, tetapi gerhana tidak berlaku disini, maka tidaklah disunatkan untuk melakukan solat gehana.
Para ulama dalam menghukumkan tentang solat sunat gerhana telah mangambil dalil dari surah Fussilat ayat 37,
لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
maksudnya ” janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”
juga dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, maksudnya “Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah…”
Menurut imam Ibrahim al-Baijuri antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ini ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluq yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah, sekiranya keduanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka nescaya akan menjaga dirinya dari kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika.
Bagaimana melaksanakan solat sunat gerhana
Diatas saya telah menyatakan tentang hukum solat gerhana, beserta asal dalil datang hukumnya, pada perenggan ini saya berpindah kepada tatacara melaksanakannya yang sememangnya berbeza dengan solat sunat yang lain, sebelum itu sebagai pembuka kata bagi tatacara, dan tanbih sebelum memulakan solat gerhana seperti solat sunat dua hari raya kita disunatkan mandi terlebih dahulu tetapi tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit, disunatkan juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik, seperti solat sunat istisqo.
Waktu disunatkan solat sunat gerhana ialah ketika mulanya gerhana, berakhir dengan berlalunya gerhana dan keadaan menjadi seperti sedia kala, tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendikkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu, sekiranya gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah, jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana, ini adalah disisi mazhab kita, tidak disunatkan azan sebelumnya, hanya memadai dengan iqomus solah.
Dimulakan dengan Takbiratul ihram beserta niat solat sunat gerhana, diikuti dengan doa iftitah, ta’awwuz, membaca al-Fatihah dan membaca surah kemudian ruku’ kali pertama dan bangun kembali kemudian membaca al-Fatihah kembali dan membaca surah, kemudian ruku’ kali kedua dan bangun kembali dan terus sujud seperti solat biasa, kemudian ulang seperti itu pada rakaat yang kedua, begitulah yang dimaksudkan dengan solat gerhana itu dua rakaat, setiap rakaat dua kali bangun dan dua kali ruku‘.
Bagi solat sunat gerhana ini ada dua cara melakukannya, pertama dengan cara yang sempurna kedua dengan cara yang ringkas, cara yang sempurna adalah dengan membaca surah al-baqarah atau yang sekadarnya pada bangun yang pertama, membaca surah ali-Imran atau yang sekadarnya pada bangun yang kedua, membaca surah an-Nisa atau yang sekadarnya pada bangun yang ketiga, seterusnya membaca surah al-Maidah atau yang sekadarnya pada bangun yang keempat, lihat ! panjangkan, saya sendiri belum tentu mampu, lakukanlah mengikut kemampuan, walaupun bukan dengan cara yang paling sempurna, cara ringkasnya, dengan membaca apa-apa surah yang disukai seperti biasa pada keempat-empat bangun itu, atau ikut sahaja berjemaah.
Dalam solat sunat gerhana kita juga disunatkan memanjangkan ruku’ pada keempat-empat kalinya dengan bertasbih kadar panjang 100 ayat surah al-Baqarah pada ruku’ pertama, bertasbih kadar panjang 80 ayat al-Baqarah pada ruku’ bertasbih kadar panjang 70 ayat al-Baqarah pada ruku’ ketiga, bertasbih kadar panjang 50 ayat al-Baqarah pada ruku’ keempat, ini cara yang paling sempurna, jika mahu meringkaskan buat sahaja seperti solat sunat biasa.
Jika solat sunat ini dilakukan secara berjemaah lelaki maka selepas selesai solat bangkitlah imam atau naibnya untuk berkhutbah seperti mana dilakukan pada sembahyang dua hari raya dengan mengikut semua rukun-rukun khutbah, cuma bezanya tidak dimulakan dengan takbir, jika sembahyang bersendirian tidak disyariatkan berkhutbah, jika semua jamaah adalah perempuan tidaklah disyariatkan khutbat, tetapi jika ada dikalangan mereka yang mahu bangun memberi peringatan, itu tidak mengapa, ia dipanggil wa’izhoh bukan khutbah.
Rujukan
1) al-Iqna’ oleh khotib as-Syirbini2) Hasyiatan al-Qolyubi wa Umairoh3) Hasyiah Baijuri bagi syarah fathul Qorib4) al-Kassyaf fi mustolahatil funun, oleh at-tahanawi al-hanafi
07 September 2007
Aqidah teras Amar Maaruf Nahi Mungkar
Definisi:
Aqidah: Pada bahasa bererti perjanjian/ ikatan. Pada istilahnya pula aqidah adalah suatu ikatan yang mengikat diri seseorang, pemikiran seseorang, hati seseorang dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi kehidupan yang terarah dan terpimpin[1]
Menyeru kepada kebaikan, amar maaruf dan nahi mungkar:
Amar: perintah/ arahan orang berpengaruh kepada orang yang lebih bawah.
Maaruf : perkara yang baik[2]/ kebajikan[3]
Nahi : Melarang/ menyekat
Mungkar: keingkaran/ penderhakaan.
Kewajipan dan tujuan amar maaruf nahi mungkar
Firman Allah dalam surah Al- Imran ayat 104 yang bermaksud: “ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh melakukan kema’rufan dan melarang melakukan kemungkaran dan merekalah orang- prang yang beruntung”. Ayat ini menjelaskan bahawa perlu ada suatu kelompok yang berkuasa dan dipatuhi yang semua unitnya terikat dengan tali Allah (mempunyai kefahaman dan pandangan yang sama terhadap kewujudan dan kehidupan, terhadap nilai- nilai dan amalan, terhadap peristiwa- peristiwa dan menghakimkan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dengan peraturan Allah) dan dengan tali persaudaraan kerana Allah yang untuk mewujudkan sistem hidup Allah dalam kehidupan manusia.
Pengwujudan sistem ini memerlukan kepada dakwah kepada kebaikan dan dari dakwah inilah orang ramai dapat memahami hakikat sistem ini. Oleh itu, agama Allah di muka bumi ini bukanlah semata- mata berupa nasihat, tunjuk ajar dan penerangan sahaja. Ini adalah sebahagian darinya, sebahagian yang lain pula ialah menjalankan kuasa menyuruh dan melarang untuk menegakkan kema’rufan, menolak kemungkaran dari kehidupan manusia, memelihara tradisi kelompok terpilih (jemaah mukminin) dari golongan dan pandangan- pandangan yang berkepentingan duniawi.
Oleh sebab itulah dakwah kepada kebaikan dan menyuruh kepada kema’rufan dan melarang kemungkaran itu merupakan tugas yang bukan senang dan mudah apabila kita melihat kepada tabiatnya dan kepada pertentangannya dengan nafsu- nafsu keinginan manusia dan dengan kepentingan- kepentingan setengah- setengah mereka dan dengan keangkuhan setengah- setengah yang lain.
Wujudnya ‘kelompok mukminin’ ini menyediakan suasana yang kondusif yang memastikan sistem Ilahi dapat bernafas dan menjelmakan dirinya dalam bentuk yang wujud di alam realiti. Suasana yang soleh ini membentuk unit- unitnya yang teruja kepada kebaikan sensitif kepada kemungkaran[4]. Suasana inilah yang cukup digeruni dan disedari oleh musuh- musuh Islam. Mereka merencanakan segenap helah dan tipu daya untuk merosakkan keimanan dan ukhuwah yang terbina. Kerana inilah kekuatan kita yang nyata.
Rujukan:
[1] Aqidah & Perjuangan, Hj Fadzil Mohd Nor.
[2] Kewajipan gerakerja dalam jamaah Islam, Dr. Abdullah Azzam.
[3] Dasar- dasar ilmu dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan
[4] Tafsir Fi Zilalil Quran (jilid 2), Syed Qutb.
05 September 2007
Lets Save our Animals from extinction
Pandangan Para Ulama' Sekitar Tawassul
· Perantaraan dalam berdoa atau seumpamanya. Biasanya peribadi yang terlibat dalam tawassul ialah para rasul, nabi, para wali, solihin sama ada hidup ataupun yang telah mati. (Mohd Ziadi, 2000)
· Bermohon kepada Allah dengan kehebatan seseorang atau dengan haknya atau seumpamanya sebagai perantaraan (Al-Khatib, 2001)
· Bersumpah kepada Allah dengan para anbiya’dan para solihin atau bermohon dengan diri mereka (sebagai perantaraan).
· Contoh tawassul: Ya Allah, aku mohon kepadamu dengan berkat dan kehebatan si fulan bin si fulan maka perkenankanlah doaku….
Hukum bertawassul
· Ahli sunnah menghukumkan tawassul sebagai harus iaitu dibolehkan.
· Sesetengah ulama’ menegah amalan bertawassul kerana dibimbangi masyarakat awam terlibat dengan syirik kepada Allah.
Kesan tawassul terhadap ‘aqidah
· Tawassul bukanlah termasuk perbuatan yang syirik kerana kita tidak beri’tiqad bahawa mereka yang memberi bekas dan kesan tetapi hanya Allah yang menentukan segalanya.
· Sebelum bertawassul, orang yang terlibat mesti beri’tiqad bahawa Allah sahaja yang memberi kesan dan bekas dalam sesuatu keputusan manakala orang yang ditawassulkan itu hanyalah penyebab sahaja.
· Sekiranya orang yang bertawassul beranggapan bahawa orang yang ditawassulkan (perantaraan) itu mempunyai kuasa mutlak (dalam menunaikan hajatnya) dan bukan kuasa Allah, maka baru boleh dihukumkan syirik (Mohd Ziadi, 2000)
Pendapat Imam Hassan Al- Banna mengenai tawassul.
· Masalah tawassul adalah khilaf far’i (perselisihan pada perkara cabang).
· Sebagai ahli gerakan Islam, kita tidak boleh ta’asub pada pihak yang mengharuskan tawassul mahupun pihak yang menegahnya kerana tiada nas yang qat’i dalam masalah ini.
· Namun, tiada tegahan untuk meneliti secara ilmiyyah dan murni pada perkara ini tanpa mengeheretnya kepada perdebatan yang tercela, ta’asub, saling kafir- mengkafir dan menuduh fasiq. Wallahua’lam.
Rujukan:
Mohd Ziadi Abdullah (2000). Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal- Jamaah, Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup. Kuala Lumpur. Syathariyah Niagajaya Sdn Bhd.
Muhammad ‘Abdullah Al- Khatib (2001). Penjelasan di Sekitar Risalah Ta’alim. Shah Alam. Dewan Pustaka Fajar.
04 September 2007
Ibadat umat terdahulu
Di dalam Al-Quran kita menemukan dalil bahwa umat-umat terdahulu disebut juga dengan umat Islam. Bahkan mereka pun disyariatkan untuk melakukan shalat, puasa, zakat, haji dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Termasuk berlaku juga syariat dan hudud seperti rajam, potong tangan, cambuk dan seterusnya.
Kalau pun ada perbedaan, berkisar pada tataran teknis saja. Di mana perbedaan ini dapat terjadi karena dua faktor. Pertama, karena faktor perbedaan dari Allah. Kedua, karena faktor bias dan penyelewengan para penerus agama tersebut.
Umat Terdahulu Mengerjakan Shalat, Puasa, Zakat dan Haji
Selain berstatus muslim, umat terdahulu juga diperintahkan untuk mengerjakan ibadah ritual seperti shalat, puasa, zakat dan haji.
Shalat dan Zakat
Nabi Isa alaihissalammenyebutkan bahwa Allah SWT telah memerintahkannya melakukan shalat dan zakat.
dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku shalat dan zakat selama aku hidup. (QS. Maryam: 31)
Namun mereka hanya dibenarkan shalat di dalam mihrab (tempat shalat khusus), tidak boleh dikerjakan di sembarang tempat. Bahkan tanah yang kita injak ini tidak suci bagi mereka, sehingga tidak boleh digunakan untuk bertayammum.
Sedangkan khusus untuk nabi Muhammad SAW, shalat boleh dikerjakan di mana saja di atas tanah dan tanah itu bisa dijadikan media untuk bersuci (tayammum). Sesuai dengan sabda beliau SAW:
وعن أبي أمامة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: جعلت الأرض كلها لي ولأمتي مسجدا وطهورا ، فأينما أدركت رجلا من أمتي الصلاة فعنده مسجده وعنده طهوره رواهما أحمد
Dari Abi Umamah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Telah dijadikan tanah seluruhnya untukkku dan ummatku sebagai masjid dan pensuci. Di manapun shalat menemukan seseorang dari umatku, maka dia punya masjid dan media untuk bersci. (HR Ahmad 5: 248)
Tentunya shalat mereka tidak lima waktu seperti kita sekarang ini, karena perintah shalat lima waktu hanya ada setelah mi'rajnya Rasulullah SAW.
Shalat yang diwajibkan kepada nabi Sulaiman adalah shalat Ashar, yaitu shalat pada sore hari.
Bangsa Arab jahiliyah pun mengenal shalat, namun seperti yang disebutkan dalam firman Allah, teknis ritualnya sudah mengalami pergeseran total dari yang seharusnya. Tinggal berbentuk siulan dan tepuk tangan.
Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu. (QS. Al-Anfal: 35)
Dan shalatnya umat kristiani sepeninggal nabi Isa telah bergeser menjadi nyanyi-nyanyi di gereja, bahkan sekedar meletakkan tangan segitiga. Mereka bahwa ruku' dan sujud bukan kepada Allah, melainkan kepada pemuka agama mereka.
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (QS. At-Taubah: 31)
Puasa
Ritual puasa adalah ibadah yang dilakukan umat terdahulu, sebagaimana firman Allah SWT:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS. Al-Baqarah: 183)
Namun bentuk puasa umat terdahulu sedikit berbeda dengan puasa yang disyariatkan kepada umat nabi Muhammad SAW.
Misalnya puasa yang Allah syariatkan kepada Nabi Daud alaihissalam dan umatnya, mereka diwajibkan puasa seumur hidup setiap dua hari sekali berselang-seling. Sedang kita hanya diwajibkan puasa satu bulan saja dalam setahun, yaitu bulan Ramadhan.
Puasa yang dilakukan Maryam adalah tidak berbicara kepada manusia. Sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran:
Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini."(QS. Maryam: 26)
Haji
Ritual ibadah haji di Makkah sudah dijalangkan jauh sebelum nabi Muhammad SAW dilahirkan. Nabi Ibrahim alaihissalam dan puteranya Ismail telah mempelopori ritual itu belasan abad sebelum turunnya Al-Quran.
Bahkan dalam beberapa riwayat disebutkan bahwa Nabi Adam alaihissalam juga melakukan ritual haji saat bertemu kembali dengan isterinya di Jabal Rahmah.
Dan sebelumnya, para malaikat yang diutus Allah SWT ke muka bumi telah membangun ka'bah dan bertawaf di sekelilingnya. Ini menunjukkan bahwa ibadah haji merupakan ibadah yang sudah ada semenjak manusia belum diciptakan.
Namun seiring dengan perjalanan waktu, bentuk teknis ritual haji mengalami pergeseran dan penyimpangan. Hal ini terekam saat Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW. Bangsa Arab saat itu masih menjalankan ritual tawaf di sekeliling ka'bah, namun dengan cara telanjang tanpa busana, sambil bertepuk-tepuk tangan. Ka'bahnya sendiri dikotori dengan 360 berhala yang menggambarkan syirik kepada Allah.
Menjelang akhir hidupnya, Rasulullah SAW bersama ratusan ribu shahabatnya melaksanakan ritual haji. Sejarah mencatatnya sebagai haji wada'. Dan ritual haji wada' ini menjadi tonggak pelurusan kembali ritual ibadah haji sesuai dengan perintah dan petunjuk dari Rasulullah SAW. Dikunci dengan sabda beliau: Kudzu 'anni manasikakum, ambillah dariku manasik kalian.
Wallahu a'lam bishshawab, wasalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
03 September 2007
Asas Ilmu Tasawuf
a) Banyak bersabar .
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk).
elok juga diamalkan doa ini :Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifatmazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifatmahmudah. Amin.peringatan juga
utk diri ini...
Wawasan Dakwah
TEORI DAKWAH
Mari kita tanya diri kita masing-masing yang menyangkut pangkat daei di dada.
Apakah tujuan utama dakwah kita? apa matlamatnya? kemana kita naka bawa mad'u kita? Apa yang kita nak ubah pada mad'u kita?
Perbincangan kita pada kali ini berkisar berkenaan prinsip asas dakwah.
Abu al- a'la al maududi didalam bukunya yang bertajuk asas- asas islam menyatakan bahawa pada asasnya semua makhluk yang diciptakan oleh Allah adalah Muslim pada fitrahnya. Hal ini kerana berdasarkan kepada pengertian Islam itu sendiri iaitu tunduk patuh, menyerah diri kepada Allah dalam erti kata lain bertaqwa kepadaNYA dengan sebenar- benar taqwa iaitu taat kepada aturan yang telah ditetapkan Allah kepadanya. Tetapi akhirnya manusia mengotori fitrahnya dengan pelbagai kekotoran. Mengotorkan fitrah aqidahnya dengan syirik, fitrah syariatnya dengan kekufuran, fitrah tasaufnya dengan penyelewengan dan sebagainya.
Sesungguhnya Islamlah agama yang menjadi satu- satunya agama fitrah yang dianuti oleh seluruh nabi- nabi dan rasul- rasul. Kembali kepada Islam beerti kembali kepada fitrah. Islam menyediakan bagaimana kita beraqidah secara fitrah, berakhlak secara fitrah dan menjalani kehidupan secara fitrah. Dan sesungguhnya kita hadir ke dunia ini dalam keadaan fitrah dan Allah tidak akan menerima kepulangan kita melainkan dengan keadaan fitrah jua. Itulah maksud firman Allah; wahai orang- orang yang beriman bertaqwalah kamu dengan sebenar- benar taqwa dan jangan sesekali kamu kembali kepada Allah (mati) melainkan dalam keadaan fitrah (Islam).
Fitrah yang suci bersih ini akan terpelihara andai kita dapat mengenali kekotoran- kekotoran yang boleh mencemarkannya. Di sinilah fungsi ilmu, yang menerangkan mana yang halal, mana yang makruh dan mana yang haram. Benda yang haram, makruh dan syubhah inilah yang berpotensi mengotorkan fitrah kita. Agen- agennya pula adalah nafsu yang tersembunyi dalam diri, hasutan syaitan dan di bantu oleh musuh- musuh yang berupa manusia yang melampaui batas yang di gelar thaghut. Mana mungkin orang yang jahil dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk dengan sebenarnya. Bahkan segala pertimbangan yang dibuat hanyalah hasil daripada dorongan hawa nafsu dan hasutan syaitan dan manusia syaitan semata.
Oleh itu, andai diri kita telah melakukan maksiat, sebenarnya kita telah mengotorkan fitrah kita. sebagaimana maksud hadith setiap kali kita melakukan dosa maka tertitiklah satu titik hitam pada kalbu kita.
Maka jelaslah pada kita, bahawa tujuan dakwah kita kepada diri adalah untuk membersihkan fitrah kita daripada kekotoran dosa. Dakwah kepada manusia bertujuan mengembalikan mereka kepada fitrah. Kembali kepada fitrah beerti kembali beramal dengan kesyumulan fitrah Islam.
Mana mungkin kita membersih sesuatu kotoran dalam takungan yang kotor. Oleh itu, langkah pertama bagi membersihkan fitrah kita adalah dengan samaada;
1. Membawa diri kita/manusia kedalam suasana yang baik( biah solehah). (hadir kemajlis- majlis tazkirah, usrah dsb) atau,
2. Membawa suasana yang baik (biah solehah) berada di sekitar kita/ manusia (berada dalam jemaah Islam yang mengamalkan agama secara syumul, mewujudkan biah solehah dsb).
Dalam melaksanakan 2 perkara asas perubahan inilah kita akan berhadapan dengan musuh- musuh yang telah bersumpah dihadapan Allah untuk menghalang kita.. insyaAllah kita akan bincangkan halangan- halangan dalam berdakwah pada sesi akan datang
Wallahua'lam.