Tiada perkara yang lebih menyentuh perasaan orang ramai daripada melihat pemimpin yang dermawan. Sikap murah hati yang sebenar bukanlah ritual tahunan, bulanan atau bersedekah sekali- sekala sahaja.
Sikap pemimpin yang benar2 pemurah dapat dilihat daripada segala aspek kehidupannya. Beliau akan sanggup berkongsi masa, wang ringgit, bakat dan harta bendanya dengan rela hati setiap masa.
Pemimpin yang efektif dan disayangi pengikutnya tidak mengumpul harta dan sumber untuk dirinya sahaja, tetapi bagi dikongsi bersama. Pupuklah sikap murah hati ini dalam jiwa anda dengan mengamalkan perkara berikut;
- Bersyukur dengan apa yang ada
- Dahulukan orang lain
- Jangan gila harta
- Lihatlah wang hanya sebagai sumber
- Pupuk tabiat memberi
....................................................
Renungkan kata2 ini:
"Hari ini tidak bermakna selagi anda tidak membuat sesuatu untuk orang yang tidak mungkin membalas budi baik anda"
note: Artikel ini diolah dan disusun daripada buku "The 21 Indispensible Qualities of A Leader tulisan John C. Maxwell.