29 December 2009

Belajarlah menjadi ikhlas.


Ikhlas, suatu kata yang ringan dilidah namun tak ternilai harganya. Ia satu2nya penentu siapa kita pada pandangan makhluk dilangit dan di bumi.

Sebagai sahabat, keihklasan akan melahirkan kemesraan hakiki. Pemberian tanpa niat mahukan balasan walaupun sepatah pujian, sangat memberi kesan dalam persahabatan. Alangkah tulusnya.

Dalam rumah tangga, keikhlasan akan menjelmakan rasa hormat. Rasa Hormat pula kunci kebahagiaan. Suami memberi dengan redha, Isteri memberi tanpa berkira. Ungkit mengungkit racun yang paling berbisa dalam rumah tangga. Jauhilah.

Dalam masyarakat, alangkah indahnya andai pemimpin dan rakyat saling ikhlas dalam muamalat. Timbullah rasa percaya mempercayai. Agenda tersembunyi akan mengundang pesimis dan prejudis. Percayakah anda sukar dicari pemimpin didunia ini yang tidak mempunyai agenda disebalik pemberian. Kalau ada alangkah indahnya.

Dalam MLM, keikhlasan adalah kunci sebenar keseronokan membantu manusia membina kehidupan. Kata orang2 yang berjaya, anda akan berjaya jika anda melakukan pekerjaan yang anda seronok melakukannya. Dalam MLM, kunci kejayaan adalah membantu dengan ikhlas.

Dalam berkarya, menulislah dari hati yang ikhlas supaya sampai juga kepada pemilik hati yang ikhlas. Niatkan untuk membantu pembaca membina pemikiran, mencetus wawasan, membakar semangat untuk berubah. Bantulah! Bantulah.

Alangkah indahnya hidup ini andai ikhlas menjadi latarnya. Jadilah seorang pemberi yang suka memberi kepada orang yang konfirm takkan membalas pemberian anda! Terbukti, anda seorang yang ikhlas!.

........................................................
Tapi nape gambar tandas??
>Walaupun anda seorang paling tak ikhlas atas dunia, masa anda menggunakan ini anda memang seorang yang sangat ikhlas. Kerana tak pernah terdetik apa yang anda berikan itu, anda nak balik...