26 April 2008

Kapitalis yang tak prihatin..

Apa nasib golongan fakir??
*
Itulah persoalan yang terjelepuk di pemikiran saya bila membaca berita pengumuman menarik balik subsidi terhadap harga diesel di pasaran. Langkah penyelesaian yang akan diambil kerajaan untuk memberi subsidi secara tunai kepada pengguna adalah dianggap tidak cerdik.
____________________________________________
Keratan akhbar:
*
PUTRAJAYA 25 April – Kerajaan akan memberikan subsidi diesel dalam bentuk wang tunai kepada golongan sasar seperti nelayan sekiranya subsidi bahan api itu dihapuskan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika ini, kerajaan sedang menentukan cara untuk menyalurkan wang tunai membantu golongan itu termasuk menerusi persatuan-persatuan nelayan.

*
Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan belum membuat keputusan sama ada minyak diesel yang disubsidikan itu tidak akan lagi dijual di stesen-stesen minyak seperti amalan sekarang. __________________

1) Kumpulan sasar peruntukan subsidi:
Bila kita berbicara soal harga diesel, maka kita perlu berbicara soal keperluan rakyat keseluruhannya. Bukan hanya kebajikan nelayan. Pada pemerhatian saya pemilik2 bot nelayan merupakan golongan yang kaya raya selama ini memungut keuntungan dari subsidi diesel dan petrol bersubsidi yang di bekal kerajaan. Sepatutnya kerajaan perlu mempertimbangkan nasib golongan rakyat marhein yang berada di bawah paras kemiskinan dalam soal ini. Mereka merupakan golongan yang menerima kesan langsung dari kenaikan harga bahan api. Apakah kerajaan hari ini buta? Atau buat2 buta?
*
2) Kaedah penyaluran subsidi:
Kita bukan tak tahu, bila sesuatu peruntukan disalurkan oleh kerajaan persekutuan, siapa yang akan bersorak gembira. Sudah tentulah JKKK dan kroni2nya bersorak galak menerima durian runtuh ini. Inilah faktanya. Jadi, yakinkah saudara orang2 fakir miskin yang tak reti nak mengampu golongan2 kapitalis ini akan mendapat faedah daripada skim subsidi tunai ini? Wang PPRT pun lesap apakan pula wang subsidi berjuta2..
____________________________________________
*
Qard jr:
Hidup Islam, nyahkan Kapitalisme!

23 April 2008

Sekalung PENGHARGAAN buat semua pengunjung.

Assalamualaikum w.b.t.
Pengunjung yang saya hormati sekalian, dikesempatan ini saya nak ucapkan jutaan penghargaan kerana sudi menjejak ke blog ini, memberi komen, bertanya khabar, menasihati dan sebagainya. Jasa kalian tidak akan saya kesampingkan. InsyaAllah.
-::( )::-
Sempena Hits yang ke 3000 ini, saya akan terus berusaha memberikan sepenuh komitmen kepada semua pengunjung untuk menghidangkan tulisan, buah fikiran dan kritikan yang lebih bermutu dan ilmiah. Doa dan tunjuk ajar para pengunjung sekalian amatlah di harap2 kan..
-::( )::-
Selamat belayar di alam maya..
_________________________________________________
Qar jr:
Perkasakan komuniti blogger demi sebuah kehidupan..

Blogger Rustam A. Sani meninggal..

PENULIS, pengamat dan aktivis politik terkenal Rustam A Sani atau nama penuhnya Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun di rumahnya No 7519 Bukit Lela Gombak, Selangor.
Menurut anaknya Ariani yang dihubungi menerusi telefon sekejap tadi bapaknya dikatakan menghidap serangan jantung.
Takziah buat keluarga Al-Marhum.
___________________________________________________
Qard jr:
Hidup ini hanya persinggahan sementara, janganlah terlalu leka.

22 April 2008

UMNO tak perlu bubar jika Islam memerintah

Assalamualaikum w.b.t.
*
Negara Islam bukanlah sebuah negara teokrasi sebagaimana yang difahami oleh orang barat dan sesetengah orang Islam yang mendapat pendidikan dari barat. Teokrasi diambil dari perkataan 'Teo= Agama' dan 'Krasi= Kuasa' yang membawa maksud sebuah kerajaan yang dikawal secara mutlak oleh golongan agama yang menganggap diri mereka maksum (terlepas dari dosa) di mana setiap undang2 atau peraturan yang dibuat tidak boleh dibantah atau dipersoalkan.
*
Negara Islam sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah di Madinah dan diteruskan dan diluaskan oleh para sahabat sehingga membentuk khilafah yang merangkumi 2/3 dunia adalah berdasarkan kepada keadilan Islam yang membenarkan hak rakyat untuk bersuara. Pemerintah kerajaan Islam bukanlah maksum dan terdedah kepada sebarang kesilapan. Oleh itu, Islam tetap mewajibkan amar maaruf nahi mungkar dalam negara Islam. Kewujudan jemaah2 Islam atau parti2 yang pelbagai adalah sangat dialu2 kan dalam menjalankan tugas 'Check & Balance' dengan syarat2 tertentu.
_______________________________________________
Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi (Fiqh Daulah):
*
Kepelbagaian jemaah Islam boleh wujud dengan 2 syarat;
1)Mesti mengakui Islam sebagai aqidah dan syariat, tidak memusuhi dan mengingkarinya. Ijtihad2 yang diputuskan mestilah menurut dasar2 ilmu yang sudah ditetapkan.
*
2) Tidak boleh bertindak untuk suatu tujuan yang memerangi Islam dan ummatnya apapun nama dan statusnya. Tidak boleh menyeru kepada ateisme, permisivisme, sekularisme atau mengenepikan agama samawi secara umum, khususnya Islam, akidahnya, syariatnya, Al-Qurannya dan Nabinya.
_______________________________________________
Qar jr:
*
Orang bukan Islam juga terjamin haknya sebagaimana jaminan Rasulullah s.a.w.; "sesiapa yang menyakiti ahli zimmi (non-muslim dalam negara muslim) sesungguhnya dia menyakitiKu.." ...apatah lagi UMNO,USNO,PBS,MIC,MCA,dsb....

21 April 2008

Kenapa Harga Beras Naik?

Akhir2 ini kita digemparkan dengan kenaikan harga makanan ruji rakyat Malaysia. Bukan sahaja beras Import yang naik beras tempatan juga tak ketinggalan.
_______________________________________________
Laporan Bank Pembangunan Asia:

Modal untuk menghasilkan sekilogram padi (termasuk kos mesin, pengangkutan, baja, racun, benih, dan lain2) di beberapa negara Asia adalah seperti berikut;

1. Thailand : 0.52 Sen
2. Indonesia : 0.68 Sen
3. Vietnam : 0.48 Sen
4. Filipina : 0.71 Sen
5. Malaysia : 1.42 Sen*


*tidak termasuk kos baja subsidi cap dacing untuk petani dacing sahaja
_______________________________________________
Qard jr:
Kenapa ye kos nak tanam padi kat Malaysia ni sangat tinggi?

_______________________________________________
Sebab:
Saya kira semua ini bertitik tolak bila kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tertinggi dalam sejarah Malaysia sebanyak 4 kali dalam masa 1 Penggal pentadbiran di samping faktor2 lain. Kenaikan ini telah menyebabkan:
1) Kos pengangkutan meningkat
2) Barang2 keperluan pertanian turut naik (racun, peralatan, baja, dsb)
3) Kos sara hidup petani sangat meruncing.

Akibatnya:
1) Pendapatan yang diperolehi oleh petani menurun dengan peningkatan modal yang tinggi.
2) Kos sara hidup yang tinggi memaksa kebanyakan petani meninggalkan profession rasmi mereka mencari sumber pendapatan alternatif.
3) Generasi muda kurang berminat nak tanam padi, sebab tak berbaloi.
4) Kawasan- kawasan sawah padi dibiarkan kosong dan hasil pengeluaran padi negara menurun secara mendadak dari tahun ke tahun.
5) Kerajaan mula melihat sektor penanaman padi kurang memberi pulangan kepada KDNK berbanding sektor industri, jadi banyak kawasan sawah dibangunkan untuk tujuan tersebut.

Akhirnya:
1) Demand untuk beras yang sememangnya semakin tinggi seiring dengan pertambahan populasi penduduk berbanding supply menyebabkan harga beras melambung naik.
2) Negara2 pengeksport beras mula memanipulasi harga melihat permintaan yang sangat tinggi dari negara kita seiring dengan peningkatan harga petroleum dunia.
3) Yang merana rakyat yang berpendapatan rendah... yang kaya tak terasa.
_______________________________________________
Fakta lain:
*
Walaupun..
*
Teori yang kerap digunakan adalah teori yang dikemukakan oleh Thomas Malthus dari Britain dalam kurun ke 18. Beliau menulis sebuah buku bertajuk An Essay on the Principle of Population as it Affects the Future Improvement of Society pada tahun 1798, yang mana di dalamnya dikatakan bahawa populasi manusia akan bertambah secara eksponen manakala pertambahan bahan makanan hanyalah secara aritmetik.
*
Namun,..
Menurut kajian dari UN yang bertajuk United Nations State of Food and Agriculture Reports, sejak Perang Dunia Kedua, makanan dunia telah bertambah sebanyak 30% bagi setiap penduduk dunia. Dan bagi sesetengah negara membangun, pertambahan pengeluaran makanan mencapai 38%. Ini termasuklah Arab Saudi, negara padang pasir yang berada di tempat ke sepuluh dalam pengeluaran gandum, mengeksport AS200 juta dollar gandum setiap tahun.
*
Jadi, pertambahan populasi manusia bukanlah penyebab utama kesusutan bekalan makanan dunia.
_______________________________________________

Qard jr:
Ubah gaya hidup!! makanlah ubi kayu!

Penasihat @Pengampu?

Assalamualaikum w.b.t.

Allah s.w.t. berfirman; " Hanyasanya orang yang takutkan Allah itu dari kalangan hambanya adalah orang-orang alim"
Namun, di sana Imam Al-Ghazali membahagikan golongan ulama' atau orang2 alim ini kepada 2, iaitu Ulama' akhirat dan Ulama' dunia atau dengan istilah lain, ulama' khair dan ulama' suu'
Ulama akhirat adalah ulama' yang amanah dengan ilmunya dan berpegang teguh dengan prinsip Al-Quran dan Assunnah dan berhikmah dalam berijtihad. Manakala ulama' dunia pula adalah sebagaimana sebaliknya.
____________________________________________
Fudhail bin Iyadh:
Ketika beliau diminta nasihat oleh kerajaan Harun Ar-Rasyid untuk membetulkan tindakannya, tanpa rasa gerun, mengampu dan sebagainya beliau berkata; " Hai orang yang berwajah rupawan, andalah yang akan dipertanggungjawabkan Allah yang Maha Kuasa di hari kiamat nanti. Apakah anda mampu menyelamatkan wajahmu itu? Ingatlah mulai hari ini bersihkan hatimu daripada kecurangan dan penipuan terhadap rakyat. Kerana Rasulullah pernah bersabda;" Barang siapa pada setiap pagi hari hatinya masih berfikir menipu rakyatnya, orang tersebut tidak akan dapat mencium bau syurga"
____________________________________________
Imam Ahmad bin Hambal:
"Andaikata kami mempunyai dakwah yang dipenuhi, tentu kami akan berdakwah kepada para pemimpin"
Kerana dengan kebaikan pemimpin, sekian ramai manusia juga menjadi baik.
____________________________________________
Qard jr:
Jangan hanya sekadar makan gaji, tapi berusahalah untuk berdakwah dengan cara yang paling berhikmah. "Tak mampu buat semua, jangan ditinggal semua". Takutlah kepada Allah mengatasi takut kepada manusia.

20 April 2008

Keadilan Islam untuk semua..



______________________________________________

Tiada ucapan selain syukur yang dapat kita ungkapkan melihat perkembangan yang sedang berlaku di seluruh negara sekarang.
Rakyat bukan Islam sudah mula menyahut tawaran jaminan keadilan dan rahmat Islam kepada mereka. Sekian lama musuh2 Islam cuba menanam persepsi yang sangat buruk mngenai Islam kepada mereka. Namun kini, Alhamdulillah mereka tanpa segan silu turut bertakbir bersama kita.
______________________________________________
Qard jr:
Diutuskan Islam menjadi rahmat buat seluruh alam.

Hak untuk mendapat biasiswa dijamin perlembagaan persekutuan.

Assalamualaikum w.b.t.

Sahabat2 sekalian,
Entah kenapa sejak akhir2 ni tergerak hati nak belek2 buku perlembagaan persekutuan yang sebenarnya dah lama saya beli kat kedai buku kat kampus.

Maka, dalam duk belek2 tu saya tertarik kepada perkara 153 (2) yang menyatakan hak pelajar bumiputera untuk memperolehi biaya siswa yang merupakan sebahagian daripada hak2 istimewa orang Melayu sebagai timbal balik kepada pemberian hak kerakyatan yang menjadi kontrak sosial antara kaum di negara ini.

Jadi pada pendapat saya, kalau betul nak bela ketuanan dan hak2 Melayu.. perjuangkanlah.. kenapa nak berniaga dengan student?
_______________________________________
Perkara 153 (2) Perlembagaan Persekutuan:

Yang Dipertuan Agong (YDPA) hendaklah menjalankan tugas2nya di bawah perlembagaan ini dan di bawah undang2 persekutuan mengikut apa2 cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (bukannya UMNOPUTERA saja) mana2 negeri Sabah dan Sarawak dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana2 negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh YDPA mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain2 keistimewaan pelajaran..
_______________________________________

Qard jr:
Sudah sampai masanya untuk kembalikan semula hak belajar secara percuma kepada rakyat...