Pancingan rekreasi adalah hobi elit dan mewah sebenarnya. Apa tidaknya setiap kali turun trip sekurang2nya perlu perabis dalam Seratus Dua. Sewa bot dah RM 30, Umpan RM10, Alat2 memancing lebih kurang RM 50-RM100, tu pun kalau joran dan mesin dah ada.
Kali ini Qard jr nak kongsi sedikit mengenai persediaan sebelum turun memancing di laut. Kata orang; "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga" ada juga yang berkata; "kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai" Semua ini menggambarkan kepada kita bahawa dunia lautan adalah dunia yang sangat mencabar dan menguji kekuatan mental dan fizikal. Sekali kita turun ke laut, hanya dua kemungkinan yang akan kita hadapi; antara balik dan tidak.
Tapi jangan takut, kerana fakta menunjukkan jumlah manusia yang mati di laut adalah sangat sedikit berbanding di darat. Yang penting di mana pun kita, sentiasa bersedia untuk mati.
Namun, persediaan yang kita nak kongsi di sini adalah dari sudut persediaan peralatan dan bekalan yang sepatutnya kita bawa bersama sebelum melangkah naik bot.
Qard jr bahagikan persediaan ini kepada beberapa bahagian;
1) Peralatan (lure)
Seeloknya setiap pemancing mempunyai tool boxnya sendiri. Tool box atau kotak peralatan tersebut hendaklah terisi dengan peralatan2 asas memancing yang cukup. Supaya bila diatas bot nanti kita tidak banyak bergerak ke sana ke mari untuk meminjam alatan dan sebagainya. Hal ini akan mengganggu konsentrasi kita dan orang lain. Banyak bergerak juga boleh menyebabkan pemancing cepat mabuk laut dan mendedahkan diri kepada bahaya.
Peralatan asas yang perlu dibeli dan dibawa semasa menacing dilaut adalah seperti;Rod atau joran. Ada beberapa jenis jorang yang sesuai digunakan semasa memancing di laut. Pertama, joran bottom (pancing dasar), kedua jorang jigging dan ketiga joran popping. Ada juga yang bawa joran untuk trawling( tundaan).
Untuk trip kali ini dijangka hanya aktiviti pancingan dasar, mencandat sotong, mengacau (apollo) akan dilakukan. Tu pun bagi yang tak mabuk je la...biasa yang mabuk akan memancing dalam mimpi saje.. katanya banyak jugak dapat ikan..
Untuk pancingan dasar, selain dari menggunakan joran heavy duty, reel multiplier juga adalah yang paling sesuai. Ia adalah kerana feel tarikan ikan dapat terus dirasai masa proses karauan. Walaubagaimanapun spinning reel juga boleh digunakan.
Selain rod dan reel, eksesori wajib yang lain adalah seperti Swivel (chilly), Ranggun, Perambut, Mata kail, Batu ladung, pisau, plyer dan juga mata candat dan apollo. Yang paling penting umpan. Semua peralatan diatas hendaklah dibawa secukup rasa.
2) Makanan
Selain peralatan memancing dan umpan untuk ikan, janganlah dilupakan umpan untuk tuan ikan. Bawalah air mineral, air hundred plus limau, roti, buah2 dan sebagainya. Walaupun sebenarnya itu semua hanya untuk ditelan sementara sahaja. Seterusnya akan didermakan kepada ikan dengan penuh perasaan. Penting juga bagi yang tak tahan mabuk, bawalah ubat mabuk. Boleh diambil di pusat kesihatan kampus... hehe free... Dulu2 pernah juga bawa koyot untuk tampal kat perut.. tapi yang derma tetap derma...
3) Kamera dan Handset
Kamera dan hanphone perlulah di cas penuh2 takut2 masa dapat ikan besar nanti kamera pulak wat hal. Paling penting ada pape kecemasan nanti, tak lah panik sangat.
4) Pakaian
Selain itu, bekalan pakaian juga penting. Terutama kain pelikat.. untuk solat, selain itu bot2 di terngganu ni takde tandas.. hanya ada open toilet..jadi kalau bawa kain pelikat boleh lah wat cover supaya pelaburan dapat di lakukan dengan tenang hati. Bawalah juga tuala kecil untuk mengelap tangan selepas menyangkut umpat. Suatu yang perlu ditekankan adalah penjagaan kebersihan diri. Walaupun hanya sehari, seeloknya bawalah berus gigi dan pembersih muka. Untuk keselesaan kita dan rakan2 pemancing yang lain.
Akhir kata; Majulah memancing untuk negara.