13 December 2007

Jagalah Matamu demi solatmu yang khusyuk...



ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)




Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)




Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Pesan kat diri sendiri & sahabat- sahabat kita...

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci(bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Kearah melahirkan generasi muttaqeen


12 December 2007

Anjing dan khinzir hati.....[1]


Banyak Makan



  • Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan dan minum

  • Makan dan minum yang berlebihan- lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah

  • Makan dan minum yang berlebih- lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lalai daripada menunaikan ibadah kerana termasuk dalam amalan membazir.

Doakan ana jadi orang pertama yang mengamalkan apa yang ana nukilkan ini.... (bersambung..)

11 December 2007

Khidmat pengerusi SPR di sambung lagi......


Dah takde orang lain ke?

Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (4)







HINDRAF ditonjolkan dengan imej penganut Hindu yang fanatik bagi menyatukan Melayu pro Islam dengan membina keyakinan bahawa perjuangan yang sebenar adalah menentang kafir- kafir itu bukannya sesama Islam.



Pada masa yang sama isu tuntutan dan dakwaan HINDRAF dalam memorandum mereka dieksploitasi sebaiknya oleh lidah- lidah UMNO yang setia. Hampir setiap masa terutama waktu perdana digunakan semaksimanya oleh media- media untuk membakar semangat orang Melayu secara halus dan terancang dengan menayangkan keganasan dan kemampuan HINDRAF untuk menggulingkan kerajaan Melayu Malaysia.

Kini isu ini sudah cukup popular menenggelami isu- isu yang lain sebagaimana banjir monsoon timur laut meratakan segala lopak dan lubang. “Buat apa berbalah sesama sendiri sedangkan orang lain sedang bersatu menjatuhkan kita”, Tengok pimpinan kita tegas membela Melayu”, dan banyak lagi suara- suara yang menunjukkan kemenangan awal politik UMNO.

Kita dapat menjangkakan jika isu ini dipanjangkan ia akan memberikan suatu kelebihan kepada perjuangan UMNO seterusnya memungkinkan pilihanraya akan diadakan.

Mendamba keberkatan menjalani kehidupan...

Pernikahan- pernikahan yang berlaku pada Hari Jumaat

Pernikahan antara Nabi Adam a.s dan Hawa

Pernikahan antara Nabi Yusof a.s dan Zulaikha

Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuib a.s

Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid

Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis

Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Abu Bakar

Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a Fatimah Az-Zahra’


Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (3)

Namun di sana ada satu isu yang mampu membius rakyat Melayu keseluruhannya daripada terus mengutuk penyelewengan harta negara, kelembikan pemerintah, salah guna kuasa, negara polis, kenaikan harga barang, isu pilihanraya kotor, rasuah, campur tangan terhadap kehakiman, kenaikan harga tol, jenayah berprofil tinggi, murtad dan seribu satu isu yang meniti di bibir rakyat saban hari.

Itulah isu yang telah meyatukan ummat melayu menjelang 13 Mei 1969 yang lalu. Isu perkauman merupakan senjata sulit UMNO yang bisa di gunakan bila- bila masa apabila ia tersepit. Ia mampu menyatukan Melayu PAS, melayu UMNO, melayu PKR mahupun melayu atas pagar berdiri teguh dalam satu saf di belakang pimpinan yang kononnya ultra melayu dan memaksa mereka menganggap isu pembelaan ketuanan bangsa lebih penting dari segala isu yang lain.

Menyedari senario inilah maka kita tidak hairan dengan kemunculan wira Hindu secara tiba- tiba di persada politik tanah air. Bermula dengan demonstrasi ganas di kala kehangatan himpunan BERSIH masih lagi membara sekaligus memadamkan sanjungan dan sokongan rakyat terhadap pembangkang.

Di samping itu ia membina persepsi negatif dan bibik ketakutan terhadap semua perhimpunan atau demonstrasi yang merupakan antara strategi utuh pembangkang dalam menyatukan rakyat. Apatah lagi pihak polis menggunakan isu rusuhan ganas HINDRAF ini untuk tidak mengeluarkan permit dan memberi amaran bertindak tegas kepada sebarang bentuk himpunan rakyat.

Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (2)



UMNO yang bernafas dengan sokongan mutlak orang- orang Melayu sedar dengan penurunan keyakinan dan kethiqahan terhadap parti, perjuangan dan pimpinannya. Semua orang tahu ‘UMNO BARU’ yang ditubuhkan semula oleh Dr. Mahathir 22 tahun yang lalu sudah tidak mampu membela agenda Melayu apalagi agamanya.

Majoriti rakyat Melayu sedar perjuangan dalam UMNO adalah untuk mencari ‘cable’, kekayaan dan pangkat bagi orang kaya dan duit poket (baca Wang Ihsan) bagi yang miskin. Oleh itu apa lagi modal yang boleh digunakan oleh UMNO untuk menarik perhatian pengundi sasarnya.


Kita dapat lihat pelancaran projek mega koridor Utara, Timur dan Wilayah Iskandar di selatan yang banyak melibatkan kawasan Melayu seolah- olah ternafi begitu sahaja apabila hampir 200,000 rakyat berjaya disatukan oleh BERSIH di ibu negara seolah- olah menggigit jari tuan yang baru saja selesai menaburkan makanan. Sedangkan isu pembangunan merupakan isu pokok yang senantiasa dicanang oleh UMNO dalam mengelabui mata rakyat Melayu.

Antara UMNO, HINDRAF, perkauman dan pilihanraya (1)

Suatu perkara yang perlu diketahui oleh orang yang ingin mencebur diri dalam politik dan kepimpinan adalah bagaimana mewujudkan kepercayaan dan kesetiaan setiap individu dengan mewujudkan suasana pemilikan sepunya (self belonging).

Sebagaimana PAS menyatukan ahlinya berdasarkan Islam, UMNO mengikat kesetiaan ahlinya dengan perjuangan membela Melayu, PKR mengaut sokongan dengan menangguk simpati terhadap Isu Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim dan sebagainya.

Oleh itu, semakin ‘alami’ iaitu luas sasaran sesuatu isu pemilikan sepunya yang dapat di eksploitasi maka semakin popularlah pertubuhan atau persatuan itu. Teori ini digunakan sepenuhnya oleh parti- parti politik demi meraih simpati pengundi. Hal ini kerana populariti amat penting demi survival sesuatu parti politik dalam sistem demokrasi.