07 September 2009

Endometriosis: Dilema Wanita Moden

Endometriosis adalah kecelaruan di dalam sistem reproduktif wanita. Dalam keadaan endometriosis, diding uterus yang disebut endometrium yang mana ketika normal melapisi dinding uterus, tetapi tumbuh dan membesar di lokasi yang bukan sepatutnya. Kebanyakannya tumbuh di tiub fallopio, ovari dan sekeliling tisu pelvik.

Walaupun tisu endometrial tidak berada di dinding uterus sebagaimana biasa, namun ia tetap berfungsi sepanjang proses haid. Ia menebal, runtuh dan berdarah setiap bulan. Oleh kerana tiada saluran untuk mengeluarkan darah itu, maka ia terperangkap dan bertakung dan mengganggu tisu- tisu disekelilingnya.

Darah yang bertakung akan membentuk sista( cyst), tisu parut( scar tissue) dan bertindak sebagai pelekat (adhesions) kepada beberapa tisu yang berhampiran. Keadaan ini mengakibatkan kesakitan pada pelvik terutama semasa tempoh haid. Endometriosis juga boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Faktor- faktor yang mendorong Endometriosis sentiasa tumbuh dan membiak walaupun selepas pembedahan.

Terdapat 2 persoalan asas yang berkaitan dengan survival pertumbuhan berterusan sel endometriosis.

1. Kenapa percambahan sel endo dapat terselamat daripada serangan sistem imun badan pesakit yang mana berfungsi untuk melawan sebarang sel, virus atau bendasing yang hadir di dalam badan?

2. Bagaimana tisu endometrial membina jaringan saluran darah dan menanam akar sel mereka apabila menempel disesuatu lokasi.

Sistem imun yang lemah. Banyak kajian telah dilakukan bertumpu kepada kemungkinan kecelaruan sistem imun di dalam tubuh wanita telah menyebabkan sel endometriosis mudah membiak. Kajian- kajian tersebut telah merumuskan satu teori iaitu, wanita yang mengalami endometriosis mempunyai sel pembunuh semulajadi (Natural Killer cell) NK, yang sedikit. Dimana, NK merupakan komponen pertahanan yang paling ampuh dalam system imuniti badan. Apabila jumlah NK terlalu sedikit, imun sistem akan menjadi lemah. Akibatnya tisu endometrial akan menyerbu dan membenamkan akarnya.

Kajian terbaru juga mendapati bahawa sel imuniti yang lain juga (selain NK) turut didapati sangat lemah di dalam badan wanita yang menghidap endometriosis. Oleh sebab itu, sel badan pesakit sangat mudah terdedah kepada percambahan tisu endometrial yang berikutnya.

Sesetengah dapatan, membuktikan bahawa, endometriosis adalah mewakili simpton- simpton penyakit auto imun iaitu kecelaruan memori pada sistem imun menyebabkan berlakunya serangan terhadap sel dan tisu sendiri. Penyakit- penyakit lain yang dikategorikan sebagai auto imun adalah seperti, Lupus [Systemic Lupus Erythematosus], Rheumatoid arthritis (RA) dan Diabetes Mellitus type1 (kencing manis pada kanak- kanak).

Testimoni Endometriosis:

I found my endometriosis 3 years ago and since then I have been in several treatments like laparascopy, Lupron, birth control pills and pain killers with no relief of my lower back pain, pain during and after intercourse, really bad menstrual cramps and depression because of the pain. Until last October 2005 that I found from a friend of mine a natural supplement that help increase my immune system in 437% after 5 days of using this product my pain went away. I had medical appointments every month before October and now is February and I haven't been in a doctor's office. I will like to tell all the women that suffer the pain because of this condition (Endo)that there is a nature miracle that can help you to have a better quality of life and for those women that are looking for a relief of their pain. You are free to call me at my home phone number (410) 676-2028 or send me ane-mail eliloupr@yahoo.com

God bless you!

Dena

UMNO TAK RETI JADI PEMBANGKANG YANG BAIK.

Assalamualaikum W.B.T.

Menjadi pembangkan bukanlah suatu yang mengaibkan di mana2 dewan undangan negeri atau dewan Rakyat. Kerana ia tetap wakil rakyat yang menang di kawasan masing2 bagi mewakili suara rakyat. Mereka juga sangat diperlukan dalam pembagunan negara.

Namun, tidak bagi UMNO. Menjadi pembangkang adalah suatu yang sangat mengaibkan. Oleh kerana mereka tidak terbiasa menjadi pembangkang dan tidak mahu pula sedar diri dan peranan bahawa dia seorang pembangkan menyebabkan dia tak mahu belajar bagaimana menjadi pembangkang yang efektif.

Barisan pembangkang sebenarnya berperanan sebagai check & balance kepada sesebuah kerajaan saamada negeri atau pusat. Tetapi bila dah tersentak kehilangan kuasa secara mengejut, UMNO tak keruan dan tak dapat terima kenyataan yang kerajaan sudah bertukar pentadbir. Banyak benefit yang mereka dapat ketika jadi kerajaan dulu tiba2 sahaja tersekat. Sedangkan villa, kereta2 mewah saham- saham mereka perlu terus dibayar. Yang paling buat mereka tak senang duduk adalah kerana takut penyelewang dan penyalahgunaan kuasa yang bertimbun itu didedahkan satu- persatu oleh keajaan yang baru.

Nak tak nak mereka cuba sedaya upaya untuk mengganggu pentadbiran, membuat tuduhan jahat, konspirasai dan sebagainya untuk menjatuhkan kerajaan secepat mungkin sebelum tembelang mereka pecah.

Sedangkan mereka lupa, tugas mereka yang sebenar. Sepatutnya mereka menumpukan soal perbincangan di dalam dewan untuk memberi komen, cadangan dari perspektif berbeza terhadap dasar2 yang akan diputuskan oleh kerajaan.

Itulah yang berlaku di Perak. Mereka takut untuk memberi peluang kepada kerajaan baru, kerana semakin hari pelbagai projek pembangunan rakyat dilaksanakan dan rakyat dapat menikmati hasilnya secara lebih lumayan. Kedaan ini jika dibiarkan berterusan dilihat akan menutup peluang untuk UMNO- Bn untuk memerintah semula untuk penggal- penggal yang seterusnya.

Oleh itu, apa yang dapat kita pelajari dari fenomena politik UMNO hari ini adalah:
1. Berpolitik biarlah bersih, barulah tiada kerunsingan walaupun kerajaan bertukar tangan.
2. Kepentingan rakyat harus diutamakan dari kepentingan survivor parti. Dalam keadaan kegawatan ekonomi, kekurangan barangan asas, kenaikan harga minyak, kemerosotan eksport negara, bersatulah.
3. Manusia yang baik adalah manusia yang dapat menerima takdir, sedar diri dan berperanan.
4. Kita seharusnya menjadi pemerhati yang aktif walaupun dengan sekadar secoret komen.