01 November 2007

Sikaya Yang Mulia...


Seandainya yang terlebih kaya itu terlebih mulianya maka, sudah barang pastilah Qarun lah yang paling mulia..

Seandainya yang terlebih luas jajahan takluknya itu terlebih mulianya maka, Firaunlah orang yang terlebih mulia....

Namun, maha Adil Allah meletakkan parameter kemuliaan pada darjah ketaqwaan yang mampu dimiliki oleh semua lapisan hamba...

29 October 2007

Exam is Hisab

Saat kita sedang sibuk berexam di musim- musim exam begini, pernahkah sejenak kita terfikir suatu masa nanti kita akan berhimpun seperti ini tapi bukan didewan peperiksaan ber air- condition tapi ditengan padang gersang sejengkal dari matahari bernama padang Mahsyar, tika dapat soalan- soalan spot kita sanggup tak tidur malam menelaahnya, tapi apakah kita sangup bangun sekejap di tengah malam demi soalan spot yang dibocorkan sendiri oleh Ketua Segala Pemeriksa?
Dikawal seperti ini, tapi bukan oleh pengawas peperiksaan tapi oleh para malaikat yang bengis dan bersangatan patuh pada Tuhannya, saat ini kita mempunyai perasaan if ada pensyarah bleh bagi kita sedikit jawapan alangkah baiknya, begitu juga di sana kita tercari- cari mausia bernama Muhammad S.A.W untuk secebis syafaat. Disaat tiada yang boleh kita harapkan untuk membantu kecuali apa yang kita fahami dan study, begitu juga di sana apa yang kita fahami dan yakini di dunia itu itulah yang kita bawa dan dapat memberi pertolongan. Bila keluar soalan yang kita terlupa atau tak sempat baca uh..sungguh kecewa dan menyesalnya kita, begitulah malah lebih lagi kecewa kita bila tau amalan kita tak diterima atau langsung tiada amalan. bila result keluar, ada yang menangis gembira ada juga yang menangis hampa, kecewa, sedih, begitulah di sana nanti bila kita akan diserahkan result kehidupan kita tahulah kita bertuah atau celakakah kita... sesungguhnya hidup ini Exam!!! anda tak nak berjaya? saya nak..!

Demokrasi Tempang.... hanya yang tempang otaknya tetap mengampu!


Kearah pilihanraya bersih!
Ambo berhak tentukan siapa pemimpin ambe sebab ambe Merdeka!
Anda bila lagi?
Anda mampu mengubahnya!

6 Perkara yang merosakkan ukhuwah




Berdasarkan ayat- ayat dalam surah alHujurat ada enam hal yang harus kita hindari agar ukhuwah islamiyah tetap terpelihara:
Pertama, memperolok-olokan, baik antar individu maupun antara kelompok, baik dengan kata-kata maupun dengan bahasa isyarat kerana hal ini dapat menimbulkan rasa sakit hati, kemarahan dan permusuhan. Manakala kita tidak suka diolok-olok, maka janganlah kita memperolok-olok, apalagi belum tentu orang yang kita olok-olok itu lebih buruk dari diri kita.
Kedua, mencaci atau menghina orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan, apalagi bila kalimat penghinaan itu bukan sesuatu yang benar. Manusia yang suka menghina bererti merendahkan orang lain, dan iapun akan jatuh martabatnya.Ketiga, memanggil orang lain dengan panggilan gelar-gelar yang tidak disukai.
Kekurangan secara fizikal bukanlah menjadi alasan bagi kita untuk memanggil orang lain dengan keadaan fizikalnya itu. Orang yang pendek tidak mesti kita panggil si pendek, orang yang badannya gemuk tidak harus kita panggil dengan si gemuk, begitulah seterusnya kerana panggilan-panggilan seperti itu bukan sesuatu yang menyenangkan.
Memanggil orang dengan gelar sifat yang buruk juga tidak dibolehkan meskipun sifat itu memang dimilikinya, misalnya kerana si A sering berbohong, maka dipanggillah ia dengan si pembohong, padahal sekarang sifatnya justru sudah jujur tapi gelar si pembohong tetap melekat pada dirinya. Kerananya jangan dipanggil seseorang dengan gelar-gelar yang buruk.
Keempat, berburuk sangka, ini merupakan sikap yang bermula dari iri hati (hasad). Akibatnya ia berburuk sangka bila seseorang mendapatkan kenimatan atau keberhasilan. Sikap seperti harus dicegah kerana akan menimbulkan sikap-sikap buruk lainnya yang boleh merosak ukhuwah islamiyah. Kelima, mencari-cari kesalahan orang lain, hal ini kerana memang tidak ada perlunya bagi kita, mencari kesalahan diri sendiri lebih baik untuk kita lakukan agar kita boleh memperbaiki diri sendiri.
Keenam, mengumpat dengan membicarakan keadaan orang lain yang bila ia ketahui tentu tidak menyukainya, apalagi bila hal itu menyangkut rahsia peribadi seseorang. Manakala kita mengetahui rahsia orang lain yang ia tidak suka bila hal itu diketahui orang lain, maka menjadi amanah bagi kita untuk tidak membicarakannya.
Dari huraian di atas dapat kita simpulkan bahwa ketika ukhuwah islamiyah kita dambakan kewujudannya, maka segala yang boleh merosaknya harus kita hindari. Bila ukhuwah sudah terwujud, yang boleh merasakan manfaatnya bukan hanya sesama kaum muslimin, tapi juga umat manusia dan alam semesta, kerana Islam merupakan agama yang membawa rahmat bagi seluruh alam. Kerananya mewujudkan ukhuwah Islamiyah merupakan kebutuhan penting dalam kehidupan ini.

Macam pernah tengok susunan begini!!!


Ramai jugak dulu ana dengar komen- komen tak puas hati tentang konsert tautan kasih kat padang perdana sempena pemasyhuran Kota Bharu Bandaraya Islam. Tak pernah dibuat orang la! apa nak asing- asing, mengongkong kebebasan la.... macam2 lagi lah..
Tapi bila kita tengok susunan plan konsert kat melbourne Australia bulan julai yang lalu nih..