Kecoh dua tiga hari ni kat media isu poligami Ustaz Akhil Hay dan Wahida. Namun, di sana ada beberapa pelajaran yang boleh kita pelajari. Antaranya
- Poligami sudah dapat diterima secara positif oleh majoriti masyarakat kita pada hari ini.
- Suami yang mampu dan terbukti mampu dalam segala aspek rumah tangga saja layak menjalani poligami untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap poligami tercetus semula.
- Diantara bukti kemampuan suami adalah mampu memberitahu isterinya hasrat untuk berpoligami tanpa menimbulkan polemik yang besar dan kronik.
- Sesungguhnya, suami yang baik dan bertanggungjawab akan disayangi isteri. Perasaan sayang inilah yang menjadikannya tidak sanggup untuk kehilangan suami meskipun perlu bermadu.
- Jika isteri pertama anda terdetik mintak diceraikan jika anda menyuarakan hasrat mahu berpoligami, itu beerti anda masih belum mampu berpoligami. Itu juga membawa maksud, anda bukanlah murabbi yang baik kepada isteri anda.
- Ciri- ciri suami yang layak berpoligami adalah suami yang tidak mengabaikan peranannya sebagai suami kepada isterinya, ayah kepada anak- anaknya, anak kepada ibu- bapanya dan menantu kepada mertuanya.
- Suami perlulah menyedari bahawa tujuan diharuskan poligami adalah untuk membela wanita bukan untuk menganiayai mereka. Oleh itu, jika anda rasa tindakan anda berpoligami akan menyebabkan ada wanita teraniaya dan terzalimi zahir dan batinnya maka hukum harus itu sudah bertukar menjadi haram.
- Sesungguhnya poligami adalah untuk orang yang mampu sahaja. Anda mampu? Tak mahukah anda menjadi mampu? Atau anda sememangnya golongan Orang Kurang Upaya kekal.
- Orang Islam adalah orang yang mampu. Usaha menjadi mampu adalah menjadi kewajipan. Kenapa Islam wajibkan mencari rezeki? Mengapa Islam wajibkan menuntut ilmu? Semuanya adalah bagi melahirkan ummah yang mampu.
- Elakkan diri anda dari poligami jika sekiranya anda;
- Tiada ilmu 'fiqh poligami' iaitu kefahaman tentang hukum dan batasan syara' mengenai poligami .
- Tidak pernah memiliki seorangpun kawan yang berpoligami
- Tidak tahu sebab kenapa anda 'wajib' berpoligami. (sejak bila pulak poligami ni jadi wajib?) jika anda tak tahu nak jawab soalan ni tak payah lah fikir nak poligami. Pegi belajar dulu.