23 November 2007

Salam Perjuangan dari Qard jr...



Assalamualaikum W.B.T

Selamat bercuti buat sahabat- sahabat yang baru menghabiskan paper terakhir semalam. Moga Allah memberkati segala penat jerih kalian. Moga kejayaan menjadi milik kita!

Selamat menganalisis juga saya ucapkan kepada sahabat- sahabat tahun akhir yang sedang bertungkus lumus menyediakan slide presentation dan sedang bertumas dalam lab....

22 November 2007

Kasih Allah tidak bertepi...


Alhamdulillah... suatu kalimah yang ringan di lidah namun berat di timbangan , ia manifestasi kerendahan hati mengakui terhutang budi yang takkan mampu terbalas. Ya Allah , zalimnya aku... tika aku melalui seorang pakcik di pasar malam Pak Tuyu... dia menadah memohon simpati sambil mengetuk ngetuk tamborin usang di tangannya, tanda berdikari. Moga gerincing yang terhasil mampu menghiburkan pengunjung pasar. Mungkin itu sahaja yang mampu beliau lakukan untuk menyara hidup meniti usia emasnya.


Namun, amat susah untuk hatiku terbuka menghulurkan sedikit lebihan nikmat yang ada pada diri. Aku cukup mewah berbanding dia... Aku cukup sihat berbanding dia.... Aku cukup sifat berbanding dia....


Cukup berat untuk aku hulurkan seringgit, cukup payah untuk aku keluarkan RM10, adalah mustahil untuk aku sedekahkan RM 100....

Wahai diriku,
Sanggupkah kau, andai Allah menukarkan kau menjadi seperti dia dengan bayaran RM 1? mahu? RM 10? mahu? RM 100? setuju? RM 1000? Sejuta????

Aku tak sanggup!!
Besyukurlah dikau wahai diri....

20 November 2007

Mulakan dengan diri kita...

Kempen 1 keluarga 1 Hafiz/Hafizah telah berjaya dibuat di Pakistan dan di negara Arab yang lain, tapi kat Malaysia belum lagi menjadi satu matlamat.

Mungkin bermain di benak fikiran kita, jika anak-anak dihantar sekolah Tahfiz lepas habis nak jadi apa? Jadi imam? Jadi Ustaz? Gaji sket tak mainlah…Kerjaya kita sekarang dan anak-anak kita kebanyakannya dipengaruhi oleh keadaan negara kita. Waktu saya di sekolah menengah dulu, guru-guru sentiasa memberi dorongan untuk mengambil bidang sains/kejuruteraan, medic dan sebagainya…Menurut mereka gaji tinggi….

Mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi kerjaya sekarang..Namun hafaz al-Quran mesti menjadi satu kewajipan kepada kita semua. Jika kita tidak mampu untuk melaksanakannya, cubalah anak-anak kita pula. Mudah-mudahan mereka dapat memberi syafaat kita di akhirat kelak. Sama-sama semarakkan kempen ini!

Munajat Hamba....



" Ya ALLAH letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"


" Ya ALLAH, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"


" Ya ALLAH, jadikanlah daku manusia yang bermanafaat kepada manusia yang lain"

19 November 2007

Jenis jenis jihad..


Said Hawwa menukilkan di dalam kitabnya yang berangkai. Jundullah- jihad fi sabilillah. Bahawa jihad yang disebut di dalam Al Quran dan assunnah boleh dibahagikan kepada 5:

  1. Jihad Lisan (Ceramah, buku, majalah, pamplet, usrah, dakwah fardiyyah dll.)


  2. Jihad ta'alim (Menuntut ilmu yang diperlukan dalam membantu kebangktan Islam dan mengisi kemenangan)


  3. Jihad Nafs (jihad dengan diri seperti berperang melawan musuh- musuh Allah)


  4. Jihad Siasiy (Jihad dalam bentuk politik seperti menyertai pilihanraya dsb.)


  5. Jihad Ekonomi ( Mencari sumber ekonomi dala membantu perjuangan Islam)

Wahai para penuntut! Niatkanlah segala usahamu dalam menuntut ilmu untuk membantu perjuangan!

Wahai ulamak dan tenaga pengajar niatkanlah usahamu untuk melahirkan masyarakat yang memahami tugas dan tanggungjawab mereka.

Wahai tentera di medan! berjuanglah atas nama Allah bukannya nasionalisme dan lainnya.

Wahai politikus sekalian! ingatlah perit jerihmu ada nilaian disisi Allah.

Wahai pekerja dan hartawan, berjihadlah dengan harta kalian kerana perjuangan itu memerlukan sumber kewangan yang banyak.



Kasihku Abadi...

Seandainya dunia tiada warna
kau tetap ku kagumi......
Indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi.....