19 November 2007

Jenis jenis jihad..


Said Hawwa menukilkan di dalam kitabnya yang berangkai. Jundullah- jihad fi sabilillah. Bahawa jihad yang disebut di dalam Al Quran dan assunnah boleh dibahagikan kepada 5:

  1. Jihad Lisan (Ceramah, buku, majalah, pamplet, usrah, dakwah fardiyyah dll.)


  2. Jihad ta'alim (Menuntut ilmu yang diperlukan dalam membantu kebangktan Islam dan mengisi kemenangan)


  3. Jihad Nafs (jihad dengan diri seperti berperang melawan musuh- musuh Allah)


  4. Jihad Siasiy (Jihad dalam bentuk politik seperti menyertai pilihanraya dsb.)


  5. Jihad Ekonomi ( Mencari sumber ekonomi dala membantu perjuangan Islam)

Wahai para penuntut! Niatkanlah segala usahamu dalam menuntut ilmu untuk membantu perjuangan!

Wahai ulamak dan tenaga pengajar niatkanlah usahamu untuk melahirkan masyarakat yang memahami tugas dan tanggungjawab mereka.

Wahai tentera di medan! berjuanglah atas nama Allah bukannya nasionalisme dan lainnya.

Wahai politikus sekalian! ingatlah perit jerihmu ada nilaian disisi Allah.

Wahai pekerja dan hartawan, berjihadlah dengan harta kalian kerana perjuangan itu memerlukan sumber kewangan yang banyak.



1 comment:

Anonymous said...

Ya Abu Omar Mujahid,
Tetaplah kamu di atas jalanNYa..
Kerana sesungguhnya jalan menuju Kekasih Agung ini sangat sukar dan memeritkan...
Namun,di sebalik kesukaran itu, kau pasti akan menemui kemanisan di akhirnya...