05 September 2009

Program Kempen Kecek Kelate

Vocabulary :
Bokbong – spesis musang
Ttuyup – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Kkhonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, gatal, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau

nyaknyo = kesian

bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kelantan + English?? = “Kelantalish”
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll…
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bu(kan)?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
LAMOKEY = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…Yang popular digunakan antaranya:
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud “tidak kena mengena”, bagi org KL,ia bermaksud “kaum kerabat” contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje) membawa erti janda kl di kelantan.
SIAL = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,’ am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth :
Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male

Akhir sekali, peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,
Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless) .Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)

so itula tutorial kite ttg bhs kelantan…( kl nk himpun bnyk lg)

Bukuku Bukuku Jua

Tadarrus sinergi tarawikh.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah masuk hari yang ke15 hari ni. Sila tanya diri masing2 dah berapa juzuk dah tadarrus kita? Dah khatam? Alhamdulillah.

Qard jr suka untuk berkongsi satu kaedah tadarrus bagi golongan yang sangat sibuk umpamanya orang2 berbisnes dan sebagainya.

Nama kaedah ini adalah Sinergi Tadarrus Tarawikh. Caranya, kita pi solat Isyak berjemaah, kemudian balik solat terawikh kat umah. Sebelum solat tu pastikan anda ada sebuah Al-Quran yang bersaiz agak besar. Kecil pun takpe if mata anda cerah bak purnama merindu :-). Amik bangku@ kerusi plastik atau pape jelah yang boleh buat lapik dan sandarkan al-Quran. Letak kerusi tu kat depan sejadah anda dengan kadar anda bleh membacanya dengan baik.

If anda dapat baca al-quran tu sambil berdiri qiam, maka berdirilah. Tapi kalau kena duduk baru boleh baca dengan terang, maka duduk lebih baik. Takbir dan bacalah semuka surat untuk satu rakaat. If anda wat 20 rakaat, secara tak langsung anda dah baca al-quran sebanyak 1 juzuk. Alhamdulillah. Kemudian anda boleh tambah lagi setengah atau satu juzuk bila bangun qiamullail.

___________________________________________________

Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya; sesiapa yang tidak membaca ayat 2 al-quran sekurang- kurangnya 50 ayat setiap hari maka dia tergolong dalam kalangan orang2 yang lalai.

02 September 2009

Hari ni untung dalam rugi


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Konsep untung rugi adalah rencah dalam perniagaan. Kadangkala kita terpaksa rancang untuk rugi. Pelik kan? bagi ahli perniagaan ia bukan suatu yang janggal. Malah ia merupakan pelaburan yang terpaksa di laburkan untuk mendapatkan laba yang lebih besar.

Syarikat Sipu Enterprise telah mengunjurkan kadar kerugian untuk sepanjang tempoh promosi perniagaan sebanyak RM 1500. Sehinggakan pada bulan ogos 2008, elaun yang Qard jr terima hanya sebanyak RM14.30.

Namun, hasilnya pulangan berbalik sepanjang setahun selepas promosi adalah sepuluh kali ganda dari nilai kerugian yang diunjurkan tadi.

Nah, hari ini setelah lebih setahun ujian ini di tempuhi dengan sabar. Alhamdulillah, satu demi satu kejayaan yang telah dilakarkan oleh SIPU ENTERPRISE. Tahniah!


Terima Kasih customer, agen dan supplier kami yang setia di atas sokongan anda semua.

01 September 2009

Selamat Menjelma Kembali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah setelah sekian lama Qard jr menyepi dari alam maya, akhirnya bermula hari ini Qard jr memutuskan untuk aktif kembali dalam memberi buah pandangan, komentar, cadangan jua perbincangan mengenai pelbagai isu termasuk politik, pendidikan, motivasi dan kesihatan. InsyaAllah.

Rasa rugi pulak bila melihat satu persatu isu dalam dan luar negara datang dan pergi tanpa sebarang komen mahupun ulasan. Bila dah lama tak menulis, makin tumpul dah skill "menggoreng".

Buat masa ni, Qard jr masih lagi meneruskan perniagaan di SIPU ENTERPRISE. Alhamdulillah, setelah menyambut anniversary yang pertama pada 21 julai 2009 yang lalu, Qard jr merasakan, persekitaran perniagaan semakin menyebelahi perniagaan kami. Itulah fitrah perniagaan. Bila dah melepasi tahun- tahun yang menguji istiqamah, maka peluang, kabel dan lubang2 supplier makin jelas terbuka satu persatu. Maka margin keuntungan makin melebar luas. Sedaplah sikit main harga.
Akhir bulan julai hari tu, Qard jr mula membuka hati setelah sekian lama diperkenalkan dengan suppliment kesihatan terunggul di abad ini. Transfer Factor. Tapi daftar pakej Leader je.. Sebab tak cukup bajet masa tu.. kalu difikirkan balik menyesal la pulak tak daftar pakej diamond. Sebab kalau betul- betul nak meniaga lama, elok amik pakej tu. Sebab bonus dia infiniti. Tapi if fikir nak meniaga kejap, baik tak payah join MLM.. buat hilang wang pertaruhan je.

Ok lah.. selamat berjuang... bersambung lagi.. ngantuk dah.. kul 12.30 mlm.