06 November 2009

Terima Kasih Dato'


Alhamdulillah. semenjak qard jr. mencebur diri dalam dunia bisnes ni dah macam2 orang yang dapat qard jr jumpa.

Yang terbaru, Dato' Aminuddin Baki Esa (Pak Sepupu si Uzair Rusli Bio-M). Dekat 3-4 jam jugak duk borak ngan dia. Bincang pasal bisnes MLM. Banyak jugak ilmu baru yang Qard jr dapat kutip hasil pengalaman luas Dato' Amin. Kerjaya utama dia sebagai Strategic Project Advisor kat Integrasi Erat Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding IT.

Asalnya, Dr. Azwan sendiri nak turun untuk closing qard jr tentang produk Alpha Lipid, tapi ada musyaqqah. Walaubagaimanapun Dato' pun tak mengecewakan. Dalam NZ New Image (Pembekal susu Alpha Lipid) dia dah dapat pangkat Emerald.

Antara mutiara yang dapat Qard kutip sepanjang pertemuan di Kedai Nasi Ayam Hainan Batu Buruk adalah;

1. Ramai manusia tak bersyukur atas kurniaan potensi aqal yang dikuniakan Allah. Tak ramai yang guna akal untuk capai peringkat optimum dalam hidup.

2. Kunci kejayaan dalam bisnes MLM adalah memahami Bisnes Plannya.

3. Orang muda ada hammasah yang sangat penting untuk berjaya dalam MLM.

4. Alang2 nak wat MLM.. biar sampai tidur atas duit...banyaknya....

kata2 akhir sebelum berpisah.... Zul, keep in touch ye!
Insyaallah Dato'!

Alhamdulillah... jom wat bisnes..