24 November 2008

Lets Cook

gambar: Penulis bersama ikannya



Kerapu Masam Manis


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan kerapu sederhana saiz (bukan macam dalam gambar)

1 inci halia

2 ulas bawang putih

4 biji cili padi

1 biji bawang besar

1 biji tomato sederhana besar
1 sudu sos tiram

1 sudu sos plum

1 sudu sos tomato

Beberapa hiris nenas

Sedikit garam

Sedikit perasa


Cara:
Perapkan ikan bersama dengan halia, bawang putih dan garam. Biarkan seketika. kemudian goreng sehingga garing. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi. masukkan sos tomato, sos tiram, sos plum dan sedikit air. masukkan buah tomato dan nenas biarkan seketika. masukkan kembali ikan ke dalam kuali supaya isi ikan mesra bersama dengan kuah yang dibuat tadi.


Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 2 orang

Habiburrahman El-Shirazy Berbicara tentang Sastera Islami

Apa takrif Sastera Islam?
"Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.


"Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan," katanya lagi.
Malah katanya, novel berjudul Harimau Harimau oleh Mochtar Lubis juga boleh diangkat sebagai sastera Islam. Ini kerana katanya, karya itu terselit di dalamnya unsur kesufian daripada segi perasaan al-Khauf (takutkan pembalasan Allah) dan al-Raja' (pengharapan).

"Latarbelakang pengkisahannya cuma hutan dan bukannya di masjid, Mekah dan Madinah. Sekumpulan manusia mula tersesat di hutan dan masing-masing takut mati dibaham harimau. Pada saat itu, mereka mula menghitung nasib diri, amalan berhubung dosa dan pahala. Nah! Ada unsur tasawuf di situ," tambahnya lagi.

Selain itu Kang Abik turut memetik lagi beberapa buah novel yang beliau masih ingat. Antaranya kisah sebuah kampung petani yang tanaman mereka tidak menjadi kerana dilanda musim kemarau. Tiba-tiba ada seorang petani tua yang berpesan agar jangan mudah menyerah kalah kepada kemarau itu.

"Petani tua itu berkata, di sana ada danau yang masih boleh diambil airnya. Ambil dan siramkan tanaman itu. Dan ini ada hubungan dengan firman Tuhan - Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang bertindak mengubahnya.

"Jadi, jangan disempitkan lagi sastera Islam itu dengan berlatarbelakangkan cuma masjid, Makkah dan Madinah sahaja," kata beliau lagi.
Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

"Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri," kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari hati"Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta."

Kami cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

"Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini," kemudian dia terdiam sebentar.
"Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian.."

Saya yakin, Kang Abik tergolong dalam kumpulan manusia, atau watak-watak penulis yang mengarang bukan lagi lewat jari-jemari, malah mereka mengarang daripada hati-hatinya.
Seperti kata Buya Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.





Dipetik dari sekolah pemikiran kg. baru

17 November 2008

Hay-On-Wye


Titisan wudhuk mendahului tarian penaku….

Bismillah..
Sumber: Akhbar Siasah (16-22 November 2008)
Kolum: Dari seberang lautan
Kolumnis: Muhaimin Sulam
Tajuk Artikel: Bertarung di kota buku

Penulis menggambarkan suatu identiti unik sebuah pekan yang menggambarkan ketamadunan ilmu. Pekan Hay-On-Wye atau Pekan Y-Gelli, terletak di Hereford, England, UK. Bersempadan dengan Wales, bersebelahan dengan Breacon Beacon National Park. Sebuah pekan buku yang terkenal dan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi bilangan penduduk yang ada di pekan itu (2000 orang) terutama pada hujung minggu. Segala- galanya adalah buku, buku dan buku.

Pekan Hay-On-Wye menyerupai sebuah kedai buku klasik yang besar seolah-olah sebuah pameran buku terbuka. Terdapat manuskrip, surat, diari, poskad, gambar dan yang paling penting BUKU. Ada puluhan rak buku yang diletak diluar bangunan untuk dipilih tanpa jurujual yang memantau. Anda hanya perlu pilih yang mana berkenan, baca sinopsis kat belakang buku untuk mengetahui idea umum buku, tengok biodata penulis dan bila dah lekat di hati, anda amiklah buku tu.. tapi jangan lupa tinggalkan wang bayaran di situ.

Kata penulis, di negara kita, ramai berpendapat, nak kena ada kedudukan dan kelulusan, dulu baru nak menulis. Sangat berbeza dengan sesetengah masyarakat barat, mereka jadikan menulis sebagai suatu aktiviti harian mereka. Mereka tulis apa sahaja, mereka tak kedekut berkongsi idea, pandangan, kritikan dan sebagainya melalui tulisan-tulisan.

Saya melihat orang kita lebih suka melontarkan pandangan dan menyuarakan pendapat dengan berbahas di kedai-kedai kopi. Pelbagai isu mereka bahaskan. Kemudian hilang begitu saja. Alangkah baiknya jika mereka tulis apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka lihat dan apa yang mereka rasakan. Ia lebih kekal dan boleh dimanfaatkan.

Menulis juga memaksa kita mengkaji dengan mendalam fakta- fakta sokongan yang ada. Contohnya bila kita menulis mengenai kambing, sudah pasti kita perlukan informasi asas tentang kambing. Nak atau tidak penulis kena membaca. Bahagian ni lah orang kita masih lemah. Orang kita malas membaca. Jadi, macam mana nak menulis. Kalau menulis pun tak jadi menarik sebab tak informatif.

Oleh itu, mulakan pembacaanmu dengan menulis dan tulislah apa yang kamu baca. Semoga tahap pemikiran masyarakat kita akan lebih baik.

01 November 2008

Qaradhawi Tokoh terbilang.

Laporan Harakah dalam ruangan dakwah menyebut tentang resolusi yang diputuskan oleh Badan Eksekutif dan Sekretariat Persatuan Ulama’ Muslimin Sedunia menghuraikan segala kemelut mengenai pernyataan Syeikh Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenai syiah yang mencetus polemik yang kontroversi lantas diambil peluang oleh musuh2 dalam menjatuhkan dan mengaibkan beliau.
Antara ketetapan yang telah dibuat adalah:
Pertama:
Menegaskan kembali tentang kesepaduan dan kesatuan umat Islam dalam berbagai mazhab mereka. Kesepakatan tentang rujukan tertinggi ialah al-Quran. Bahawa kandungan al-Quran itu tertera seluruhnya dalam Mashaf.
Kedua:
Menegaskan kembali kesepakatan ulamak Sunni dan Syiah dalam hal2 yang berikut;
a) Wajibnya menghormati sahabat Nabi s.a.w., isteri baginda sebagai berstatus ibu bagi mukminin, keluarga baginda serta mengharamkan tindakan menceroboh dan mencemarkan nama baik mereka.
b) Menamatkan segala usha terancang dan tersusun, sokongan moral dan kewangan untuk menyebarkan sesuatu mazhab yang tidak tersebar luas di sesebuah negara dan perlunya sikap saling menghormati antara pengikut mazhab berkenaan.
c) Ketegasan haramnya tindakan menumpahkan darah orang Islam satu sama lain atas sebab perbezaan mazhab atau aliran.
d) Wajibnya menghormati hak aliran mazhab minority untuk mengamalkan ajaran mazhab mereka masing2 dalam ibadah, kaedah penghakiman, fatwa dan sebagainya.
Ketiga:
Menyelar keras tindakan sesetengah pihak mencemarkan nama baik tokoh tersohor dunia Islam; yang berbahagia Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi; melalui usaha mengelirukan sejarah hidup dan mencemuhkan sumbangan beliau, darjat keilmuan dan perjuangan beliau yang berterusan membela isu2 penting Islam, kesatuan umat, berdepan dengan cabaran dalam dan luaran, menyokong perjuangan pembebasan Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.
Keempat:
Mendesak Republik Islam Iran agar memikul tanggungjawab syaria’ahnya untuk menumpaskan usaha menyalakan api sengketa permusuhan antara mazhab dan mencegah fitnah tersebut.

p/s: Senjata ampuh musuh2 Islam dari dulu sampai sekarang adalah membuang rasa hormat dan thiqah ummat kepada pimpinan atau ulamak Islam dengan mengambil peluang mengeksploitasi secara tak bertanggungjawab isu2 sensitif serta memainkan sentimen kepuakan atau perkauman. Oleh itu, kita perlu berhati2 dalam menangani isu ini. Letakkan kepercayaan yang tinggi kepada ulamak dan kepimpinan Islam selagi tidak jelas mereka menyeleweng dari ajaran Islam dalam keadaan kita senang atau susah, aman atau dharurat, bersemangat atau lesu. Kerana itulah kunci kesepaduan dan izzah umat Islam.
<<>>

30 October 2008

Indahnya..

Di ceduk tanpa izin dari blog Jundiummah..

Buat renungan semua…..
Orang yg berfikiran besar byk memperkatakan ilmu
Orang yg berfikiran sederhana byk memperkatakn peristiwa
Orang yg berfikiran rendah byk memperkatakan manusia
Orang yg berfikiran cetek byk memperkatakan diri mereka


Nabi S.A.W bersabda , ada 4 perkara yg dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik
Sifat MALU dari lelaki adalah baik, tetapi dari PEREMPUAN adalah lebih baik
KEADILAN dari setiap orang adalah baik, tetapi dari PEMIMPIN adalah lebih baik
TAUBAT dari orang tua adalh baik, tetapi dari ORANG MUDA adalah lebih baik
DERMAWAN dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang FAKIR adalah lebih baik

22 October 2008

UKHUWAH@ OH KUAH!! (UP DATED)

SITUASI 1:

IKHTILAT @ OH SILAP suatu muhasabah...

Jantan dan betina, lelaki dan wanita sudah sinonim mengundang pelbagai polemik sejak dari zaman Nabi Adam 'alaihissalam hinggalah ke hari ini. Cerita nya sama cuma wataknya berbeda. Betapa ramai pemimpin2 agung dunia jatuh tersungkur dek kerana wanita. Tapi jangan kita lupa, lelaki2 yang hebat didunia juga ada wanita hebat dibelakangnya.

ayuh kita selongkar,
masalah ikhtilat, hubungan cintan-cintun antara muslimin dan muslimat haraki bukanlah suatu yang baru. Majalah i pun suatu ketika dahulu pernah melontarkan kebimbangannya.
Bagi saya,

1. Pertamanya saya harap pembaca dapat mengenali beza antara cinta dan nafsu. Cinta adalah fitrah. setiap lelaki normal akan ada rasa cinta pada wanita. cuma bagaimana ia mengendalikannya. Pertama, kita kena ada ilmu. Sebagaimana kita kena ada ilmu untuk laksanakan ibadat solat. Hal ini kerana rasa nak menyembah tuhan adalah fitrah, maka Islam mengajar manusia caranya. Rasa cinta juga fitrah, Islam juga mengajar caranya. Saya suka untuk menyebut cinta sebagai ibadat. Ok, Ibadat cinta ada sah batalnya sama dengan sembahyang. nak tahu ibadat kita sah atau batal tak lain tak bukan kena suluh dengan ilmu. Mungkin ulama' fiqh kontemporari kena khususkan satu lagi bidang kajian iaitu Fiqh Cinta. saya dah serik bila masyarakat mempunyai persepsi bahawa cinta adalah suatu yang keji. Inilah akibatnya melaksanakan ibadat cinta tanpa ilmu dan membawa fitnah.. akhirnya sesat' sebenarnya cinta adalah suci.
Adakah cinta yang menghampirkan manusia dengan zina??.. oh dangkal sungguh.. sungguh jauh bezanya antara cinta dan nafsu. Cinta mendorong manusia taqarrub ilallah manakala nafsu menjauhkan hati manusia dari zikrullah. Sekarang mari kita suluh diri kita.. yang menimbulkan masalah sekarang Cinta @ Nafsu??

Baiklah, bila masalahnya adalah dengan nafsu, maka eloklah kita ambil langkah2 mencegah. kerana mencegah itu lebih baik dari merawat. Alhamdulillah, ada di kalangan muslimat dan juga muslimin yang peka terhadap kepentingan membataskan ikhtilat agar tidak terjerumus kepada penyuburan nafsu. Ayuh kita kuburkan nafsu yang jahat itu! Namun jangan sampai menguburkan CINTA dalam liang lahad yang sama. Cinta terbit dari ukhuwah! manakala Nafsu terbit dari kedengkian dan kebencian. Pelik?? Bila muslimin mencintai muslimat matlamatnya adalah menyelamatkan keturunannya dari murka Allah, berbeza bila muslimin me'nafsui' muslimat tujuannya menghancurkan kesucian zuriatnya.

Saya mencadangkan;
1. Kita semua harus faham dalam lingkungan usia sekarang, adalah masa Allah mencampakkan rasa nak berpasangan kepada muslimin mahupun muslimat. Masing2 ada rasa nak memiliki dan dimiliki.
2. Harus ada usaha untuk meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban terhadap cinta dikalangan ahli. Harus ada galakan menuntut ilmu batas2 ikhtilat dalam Islam.
3. Peranan sahabat senior membimbing bukan mencela dan memulau apatah lagi memusuhi sahabat@ sahabiah yang berdepan dengan ujian cinta. Kerana dijatuhi cinta bukanlah sesuatu yang di minta tetapi ia ujian Allah. Ini paling berat....
4. Muslimin dan muslimat yang diuji dengan cinta harus sentiasa bermuhasabah.. apakah mereka berjaya atau selalu gagal dalam ujian cinta.. yang pernah gagal bangkitlah dengan keazaman membaiki diri dan perhubungan. Ayuh kita tuju Baitul Muslim!!

SUATU PANDANGAN

IKHTILAT @ EH SILAP?
Oleh:Qard jr

Alhamdulillah, kita dikurniakan nikmat ikatan hati yang membuahkan saling memahami dan bertolak ansur. Sesungguhnya elemen2 inilah yang banyak membantu menarik rahmat Allah dalam meneruskan gerak kerja. Namun, akhir2 ini kedengaran suara2 reformasi inginkan perubahan kepada suasana ikhtilat dalam jemaah. Alhamdulillah semangat inilah yang ingin kita pupuk dalam mencari keberkatan perjuangan. Kadang kala kita hanyut, kadang kala kita lupa. Kita lupa bahawa menjaga ikhtilat sama wajibnya dengan dengan berdakwah.Sama wajibnya dengan solat dan puasa. Ia merupaka elemen yang menyempurnakan Islam. Terima kasih kepada muslimat yang mencetuskan perubahan ini.

Imam Hasan Al-Banna sentiasa mengingatkan kita agar tidak terlalu cuai dan tidak boleh terlalu ketat atau berlebih-lebihan (bid’ah) dalam beramal dengan Islam. Sabda Rasulullah “Sebaik2 amalan itu pertengahan..”. Sekarang kita memberi fokus untuk beramal dengan kewajipan dakwah, kewajipan berukhuwah dan kewajipan menjaga ikhtilat. Ketiga2 adalah tuntutan yang wajib. Ketiga2nya adalah ajaran Islam. Bila kita sebut ini adalah ajaran Islam maka ia tak terlepas dari hokum syarie,Wajib, Haram, Sunat, makruh dan Harus.Ade ke dakwah yang haram? Ukhuwah yang sunat? Ikhtilat yang wajib? Ya. Sebab setiap perbuatan dan tindakan kita takkan terlepas dari dosa dan pahala, syurga dan neraka. Oleh itu, jangan letak mindset semua ikhtilat tu HARAM!

Pertamanya kita harus mengetahui maksud yang dikehendaki dengan ketiga2 tuntutan tersebut. Awas! Jangan sesekali kita berpegang dengan sesuatu yang kita tak faham. Tuntutan agama itu berat. Orang yang bodoh suka memikul beban yang dia sendiri tak tahu apa yang dipikulnya. Ingatlah tempelak Allah dalam surah Al-Jumuah mengenai keldai yang membawa kitab dibelakangnya. Jangan kita jadi macam keldai. Seterusnya kita harus meletakkan nilaian keutamaan dalam perlaksanaan ketiga2 tuntutan itu. Yang mana paling penting, yang mana boleh di’modified’ untuk memenuhi tuntutan ‘berhikmah’ dalam bertindak. Bacalah buku Fiqh aulawiyat Yusuf Qardhawi.

Yang di maksudkan dengan dakwah adalah suatu tntutan untuk kita mengembalikan manusia kepada fitrahnya iaitu mengamalkan Islam dalam kehidupan. Ia merupakan tugas rasmi para nabi dan rasul. Ia bukan tugas yang ringan kerana terpaksa berdepan dengan nafsu, syaitan dan kuncu2nya. Dakwah tak terbatas dengan bangsa, jantina, agama. Semua manusia adalah mad’u kita. Salah ke jika muslimin berdakwah kepada muslimat? Apakah itu melanggar syara’? Siapa yang berdakwah kepada saidatina Khadijah kalau bukan Rasulullah? Apakah Rasulullah berkahwin dengan semua wanita di Mekah dan madinah baru baginda berdakwah kepada mereka? Semua ini harus kita pelajari. Sebagaimana ibadat solat ada sah batalnya, begitu juga dengan ibadat dakwah, ibadat ukhuwah dan ibadat ikhtilat. Ramai orang belajar bagaimana nak solat dia diterima oleh Allah. Berapa ramai yang belajar nak ibadah ukhuwah dan Ikhtilat dia dipandang dan diberi pahala oleh Allah.

Seterusnya kita cuba selami maksud ukhuwah pulak.Ukhuwah yang dikehendaki di sini adalah mengenali hati budi, memahami perasaan, bersama menghulurkan simpati dan empati. Hal ini akan mewujudkan keserasian dan keterbukaan hati dalam bergerakerja. Terbuka untuk menerima kekurangan sahabat, terbuka dalam menerima teguran mahupun kritikan. Ramai jugak yang merungut pasal masalah hati.. maksudnya ada terguris hati dengan sahabat kerana sesuatu tindakan sehingga mengganggu gerak kerja. Pada saya masalah ini berpunca daripada kita tak mengenali perangai tak memahami prinsip yang dipegang oleh sahabat kita. Pada saya buah kepada ukhuwah adalah Baitul Muslim.

Tuntutan ukhuwah ini tak terbatas kepada sesama jantina sahaja. Hal ini kerana tugas dakwah takkan sempurna kecuali dengan berjemaah. Jemaah yang paling sempurna bersifat alami, yang tidak mengehadkan keanggotaan kepada sejenis jantina sahaja. Kerana sifat Islam itu, muslimin merupakan pelengkap kepada muslimat begitulah sebaliknya. Takkan sempurna Islam seseorang muslimin tanpa bantuan muslimat. Begitu juga takkan sempurna Islam muslimat tanpa bantuan muslimin. Jadi, jangan ego! Takkan sempurna jemaah yang alami itu tanpa ukhuwah yang kukuh. Tak sempurna ukhuwah tanpa rukun2nya. Tak bolehkah muslimat amik tahu masalah muslimin? Muslimin amik tau masalah muslimat? Haram? Wajib? Jangan bertidak dengan kejahilan!

Baik seterusnya kita pergi kepada tuntutan menjaga ikhtilat. Ikhtilat merupakan benda asas. Orang pertama berikhtilat adalah nabi Adam dan Siti Hawa. Manusia diciptakan untuk berikhtilat. Ikhtilat merupakan fitrah manusia. Jangan sekat ikhtilat. Sekat ikhtilat bermakna sekat fitrah! Jangan jadi macam orang paderi. Ikhtlat adalah pergaulan antara muslimin dan muslimat. Haram? Jangan terburu2. Sahabat2.. Haram dalam Islam disebabkan 2 perkara.. pertama Zat atau diri sesuatu itu sendiri yang haram..contohnya Riba. Kedua, perlaksanaan yang menjadikan sesuatu itu haram.

Cuba kita perhatikan contoh mudah ini. Manusia fitrahnya nak kepada minuman. Dalam Islam ada syariat mengajar manusia bagaimana nak minum. Maka itu disebut ajaran Islam. Jadi ia tak terlepas dari 5 hukum syara’ tadi. Ada minum yang Wajib, Haram, Sunat, Makruh dan Harus. Wajib minum untuk elakkan mudharat, Haram minum jika memudharatkan, Sunat minum jika dapat manfaat, makruh minum jika hilang manfaat, harus minum jika tak memudharatkan dan tak hilang manfaat. Haa.. kompleks tak? Begitu jugak konsep yang perlu kita faham kepada semua ibadat atau tuntutan dalam Islam.

Macamana nak kaitkan dengan Ikhtilat? Bila wajib berikhtilat? Sunnatnya bila? Haram pun ada?... Begini.. Kalau muslimat menghalang diri dari berhubung dengan muslimin menyebabkan tindakan segera tak boleh dibuat dan memberi peluang kepada musuh menyerang gerak kerja jemaah..hukumnya haram tindakan itu. Dalam situasi itu wajib berikhtilat. Begitulah yang lain2 nya.. Bila pulak ikhtilat bleh jadi HARAM? Bila bila ikhtilat boleh memudharatkan. Contohnya berikhtilat dengan lelaki yang diketahui tak boleh mengawal diri. Biasa berlaku dalam study group, bila muslimat berkumpulan dengan muslimin bukan lelaki yang tak jaga halal haram. Seringkali diusik, di pandang auratnya…Haram untuk mendedahkan diri dengan suasana itu. Tapi kita pelik? Dengan muslimin yang dipercayaai jaga sangat tapi dengan orang lain buat biasa saja.. hokum ni bukan saja tertakluk kepada muslimat tapi juga muslimin. Tapi, Jangan sesekali menjadi dungu menyamakan ikhtilat dengan bergaul bebas!!. Wallaua’lam.

21 October 2008

Nikmat @ Istidraj

Assalamualaikum w.b.t.
Pengunjung yang dihormati sekalian,
syukur kepada Allah kerana memberi keselesaan keadaan kita dalam perjuangan... keselesaan berdepan dengan musuh2.. namun, disana perlu diingat selalu.. samaada keselesaan itu adalah RAHMAT ataupun ISTIDRAJ...

RAHMAT
Kita selalu mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah untuk berdepan dengan musuh2 yang sememangnya tak terdaya untuk kita hadapi.. ya, kini kita dapat lihat pertolongan demi pertolongan, kemudahan demi kemudahan buat kita.. inilah yang dinamakan rahmat dan kasih sayang Allah. Allah sentiasa bersama hambanya yang sentiasa bergantung harap. Dah lama kita berdepan dengan ujian susah... sekarang Allah bagi kesenangan sebagai upah. Kalau sahabat2 yang bersama2 susah dulu ada bersama ana sekarang, sudah pasti anda semua tersenyum lebar.

UJIAN
Namun, harus sentiasa kita ingat susah dan senang semuanya adalah ujian Allah keada kita. Bijaksananya Allah terlihat bila kita berfikir akan kepelbagaian jenis ujian yang Allah ciptakan untuk kita.. Dulu lain ujiannya, sekarang lain ujiannya.. yang sama adalah apa kesudahannya.. berjayakah kita atau kecundangkah kita. Ujian adalah modul Allah yang punya objektif yang jelas bagi sesiapa yang celik hatinya.

ISTIDRAJ
Kata Sahabat, aku lebih takut dengan ujian kesenangan berbanding kesusahan, kerana kesenangan itu mengasyikkan sedangkan kesusahan itu lebih dekat dengan keinsafan. Dalam kemudahan dan kesenangan yang kita perolehi sekarang akan menjadi istidraj pada yang lalai.

Ayuh sahabat2! kita teruskan perjuangan, eratkan ukhuwah, garapkan kefahaman ayuh kita melangkah menuju jaya!

Selamat kembali.

10 September 2008

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KARIM.





BILA SAJA ANAK BULAN RAMADHAN KELIHATAN MAKA TERBUKALAH PINTU2 SYURGA TERTUTUPLAH PINTU2 NERAKA DAN TERBELENGGULAH SYAITAN DURJANA.


23 July 2008

Sumbangan saham untuk menjatuhkan Islam. Siapa nak?

Assalamualaikum..

Qard jr jadi teruja dengan isu yang sedang berlegar sekarang..
Isu apa? Tak lain isu Muzakarah PAS-UMNO.
Semua isu lain tenggelam.. Isu beras, Isu Minyak, Isu Altantuya, Isu Liwat dsb..
Berhati2 lah.. Dikala inilah para gerombolan musuh menyelinap masuk merasuk segenap penjuru yang lemah.

Qard jr melihat isu ini dari beberapa aspek.

Pertama: Sebagai ahli yang kenal akan kepimpinan tertinggi, kebetulan qard jr juga pernah berziarah ke rumahnya.. tiada yang lebih penting pada saat ini mengingati kembali lafaz2 baiah kita untuk patuh dikala senang atau susah, aman atau dharurat, cergas atau lemah melainkan terdapat maksiat yang nyata. Dan ia merupakan suatu rukun yang amat tinggi nilainya dalam menjaga keutuhan jemaah. Bacalah Risalah Taalim.

Kedua: Musuh2 mencanangkan kononnya berlaku perbezaan pendapat diantara Mursyidul am dan presiden. Qard jr melihat perbezaan itu ada strategi politik PAS. Ingat tak lagi ketika Menteri Besar Kelantan mengundang Mawi menyayi di kelantan? Bukankan Dewan Ulamak turut berbeza pendapat dalam isu itu.. Apa yang perlu kita fahami adalah, dalam PAS terdapat ahli yang masih bersifat konservatif atau susah menyesuaikan diri dengan tuntutan politik semasa. Dan ada juga golongan profesional terutama dikalangan pemuda yang terlalu ’Advance’ dan bersifat terbuka menangani isu semasa. Oleh itu, perbezaan pendapat yang berlaku sebenarnya untuk memelihara kedua2 golongan ini. Yang taasub tetap menyokong Dewan ulamak manakala golongan ’liberal’ menyokong Menteri Besar Kelantan.. Jadi, tiada siapa yang rugi dalam isu itu kecuali musuh2. Begitu juga dengan isu muzakarah ini.

Janganlah kita jadi al Isti’jal, al I’jab bil Nafsi, al Ghurur dan al Takabbur sehingga memegang saham dalam menimbulkan syak-wasangka, adu-domba sehingga meruntuhkan “Kepimpinan Ulamak” yang dibina dan diberi penegasan oleh jemaah sejak lebih 26 tahun lalu.


Syukran.

06 July 2008

Berhati- hati bila menulis..

Assalamualaikum w.b.t.

Qard jr sedang menyiapkan draf untuk posting berkala dalam berkongsi kefahaman berkenaan Risalah Taalim, Imam Hasan Al- Banna. Namun, Qard jr melihat budaya menfitnah dan menyebarkan fitnah adalah lebih utama dan perlu diberi perhatian.

Rasulullah mendefinisikan fitnah sebagai,

“...Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Oleh itu, dapatlah kita faham bahawa fitnah adalah suatu perbuatan mereka- reka cerita dengan tujuan mengaibkan serta menjatuhkan maruah dan kehormatan seseorang. Fitnah tercatat sebagai dosa besar yang wajib diperangi. Lazimnya fitnah tidak akan tersebar dan berkembang biak, melainkan ada yang menyebarkannya. Ingatlah setiap orang yang menerima fitnah dari mulut kita maka kita menerima sahamnya. Nauzubillah.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya dari pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dari pahala orang yang mengikutinya sedikit pun, barangsiapa yang mengajak kepada kejahatan maka keatasnya dosa sama seperti orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan sedikit pun dosa orang yang mengikutinya.

Pengharaman fitnah merupakan bukti kebijaksanaan Allah dalam mewujudkan suasana harmoni dan tenteram dikalangan makhluknya khususnya manusia. Sebab itulah kita sewajibnya takutkan ancaman kemurkaan Allah setiap kali dihidangkan dengan hidangan fitnah yang menjijikkan ini.

Namun ada sahabat yang mengatakan, mentang2lah kes tuduhan di buat ke atas pembangkang, maka timbullah soal fitnah. Kalau kepada kerajaan, ia disebut pendedahan dan seumpamanya.

Sahabat yang dihormati sekalian,
Hukum syara’ terpikul keatas setiap mukallaf yang mengakui ketuhanan Allah dan keagungan syariatNya. Tak kira lah siapa dia, latar belakang partinya, pangkat darjatnya atau harta bendanya.. Bila mengfitnah maka berdosalah dia. Lebih2 lagi menfitnah orang mukmin atau mukminat yang baik.

Allah Jalla Jalaluh berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang yang mu'min laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar”. (QS. Al-Buruj : 10).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, sebelum kita menerima sesuatu berita atau perkhabaran hendaklah di ambil langkah2 berikut:

1. Menyelidiki siapa yang membawa berita tersebut, adakah dia seorang yang thiqah (boleh diharap) atau seorang yang fasik (hilang wibawa). Penentuan thiqah atau fasik ini berdasarkan rekod perbuatannya yang lalu. Adakah dia seorang yang rasuah? (walaupun dilantik semula menjadi menteri atau x), Pembunuh (sama ada dengan pistol, bom C4 dan lain2), Seorang penzina? (sama ada dengan budak sekolah, wanita monggolia dan sebagainya), pecah amanah? (apatah lagi wang pprt), penipu? (dalam mengumumkan tarikh pilihanraya dan sebagainya..), peraba? (Ahli parlimen yang tak tahu malu..) dan sebagainya. Namun, jika dia telah bertaubat kepada Allah daripada dosa- dosanya maka bolehlah dipertimbangkan kata2nya dengan berhati2.

2. Selidiklah berita tersebut dengan adil dengan niat yang baik. Seperti untuk mencegahnya, berwaspada dengannya atau sebagainya.

Ia sesuai dengan Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Moga kita terselamat daripada bahana fitnah dunia dewasa ini. Wallahua’lam.

15 June 2008

kata si MOSHE DAYAN

pakcik yg dalam gambar tu adalah bekas menteri pertahanan Israel..namanya MOSHE DAYAN. die telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai tiga kelemahan umat islam iaitu tidak mengkaji sejarah islam, tidak mengatur strategi dengan teliti dan MALAS


Lepas je die keluar kenyataan dalam berita pasal kelemahan umat Islam, menteri2 Israel terus marah dia. kenapa menteri-menteri israel marah??

kerana..mereka fikir apabila orang Islam dah tahu kelemahan yang tidak disedari sebelum ini orang islam akan mengatasi setiap kelemahan yang ada itu..

nak tau apa yg pkck moshe ni jawab??ala...jgn la risau org Islam ni bukannya rajin membaca kalau ada yg baca pun mesti buat tak endah je...

Kenapa sejarah dan Tamadun Purba (tamadun mesopotamia, mesir kuno, dsb) dihidupkan dan dimasukkan dalam silibus KBSM dan KBSR kita?...

ia adalah bertujuan mengalihkan pandangan umat Islam dari terus mengambil semangat dari sejarah kegemilangan mereka sebaliknya menyanjung tinggi kehebatan tamadun jahiliyah.. ya, itu strategi mereka..

Strategi... kita terkebelakang dalam merencana..

kita suka benda yang bersifat on spot, last minute dan ad-hoc..

tengoklah macamana kerajaan menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak negara...tak sampai 4 jam je meeting..

sepatutnya ada blue print - kata Salahudin Ayub..

Malas..

Semua nak segera..

Tak nak yang susah2..

**************************************************

wahai diri..

bangkitlah!

Qum Faanzir!

Modal Kita...

Saya pasti anda pernah dengar bait hukum alam ini.. ..“faaqid al-syai’ laa yu’theeh” atau ’seseorang yang tidak memiliki sesuatu, tidak akan dapat memberikannya kepada orang lain’.
Apa yang dapat anda simpulkan?
Saya sangat tersentuh dengan pernyataan itu.
Ya, kalau saya takde sesuatu mana mungkin saya nak memberi sesuatu..
Saya pernah blur ketika memberi tazkirah..
Tazkirah jadi merapu tak terurus,
Masa tu baru buka cuti..
Baru saya teringat sepanjang cuti saya tiada pengisisan..
Rupa2 nya sehebat manapun kita..
Kena sentiasa ada input..
Baru ada output..
Janganlah sombong diri, angkuh tak peduli dengan pengisisan..
Anda akan jadi orang yang kosong..
Kosong minda dari kebijaksanaan..
Pastikan ilmu kita terisi setiap hari..
Sebab ia makanan kepada akal..
Jangan sombong untuk ke surau lepas magrib jangan terus angkat punggung berlalu..
Walaupun penceramah tak hebat di mata kita,
Namun padanya mungkin ada sesuatu yang kita takde..
Hidup kena ada modal beb..

14 June 2008

Mencari Ketenangan Hidup

Assalamualaikum..
Tiada yang lebih mahal dalam hidup kita sehari2 melainkan ketenangan yang membuahkan bahagia. Walau sekaya manapun kita tapi kalau takde ketenangan jiwa tak beerti semua tu..

Allah s.w.t. berfirman;
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."(Ar Ra'd : 28)

Sabda Rasulullah s.a.w.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyak harta benda tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa". (Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah)
*
Kajian menunjukkan peningkatan kadar jenayah saban hari adalah disebabkan manusia tidak ada ketenangan jiwa. Jiwa yang kusut mudah terdorong melakukan maksiat. Jiwa yang suram tak bercahaya tiada rasa kasih dan sayang, belas dan kasihan.
*
Benarlah keterangan Allah : "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir" (Al-Ma'arij, ayat 19).


Jiwa yang tak tenang kurang rasa syukur dengan nikmat yang diperolehi. Apatahlagi nak menderma dan beramal jariah. Hanya jiwa yang tenang mampu memikirkan ganjaran besar yang menunggu di alam akhirat dengan waras.
*
Ketenangan itu suatu nikmat Allah yang tak ternilai. Ia tak boleh diniagakan.
Ketenangan itu muncul dari hati yang bersih tanpa karat dosa dan jauh dari perkara2 haram. Hati yang tenang mudah rasional dengan takdir Allah. Tidak mudah berputus asa dan sentiasa redha.
*
''Wahai Tuhanku, aku mohon perlindungan MU daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang tidak tenang, doa yang tidak dimakbulkan, nafsu yang tidak pernah puas.'' Amin ya rabbal alamin.

Apa Ada Dengan Dhuha??

Assalamualaikum W.B.T.

Bismillah..
Sahabat pengunjung sekalian,
Kali ini saya cuba membawa saudara2 sekalian kepada suatu amalan rutin Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabi' tabien, para ulama' seterusnya merupakan sendi kekuatan para pejuang Islam di seluruh dunia..
Itulah Solat Dhuha yang Istimewa..
*
SOLAT DHUHA
Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.
*
DALIL TENTANG SOLAT INI.
*
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .
(رواه البخاري ومسلم)
*
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.
*
NIATNYA
*
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.
*
DOA SOLAT DHUHA
*
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
*
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
*
Kat sini saya cuba kumpulkan beberapa kelebihan orang yang istiqamah dengan Dhuha..
*
1) Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
*

2) Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
*

3) Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
*

4) Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
*

5) Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
*

6) Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).
*

Ayuh sahabat2 kita jadikannya suatu rutin dalam hidup kita. Masukkanlah ia dalam jadual harian kita.
*
Wallahua'lam.

04 June 2008

-: Teh O Beng RM 5:-


Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

04/06/2008 6:02pm


Putrajaya 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.
Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.
Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.50 seliter daripada RM1.58 sekarang.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.
- Utusan.

_____________________________________________

Qard jr:

Sejahtera, Aman, Makmur

-Terima Kasih Pak Lah dan Semua Pengundi BN.

My Beloved Abi wa Ummi...

Abi,
UMNO namamu bukan penghalang,
Menabur jasa di bumi gersang,
Walau jasadmu di Sungai Udang,
Namun kasihmu senantiasa bertandang,
Membelai jiwaku menginsafi kekurangan,
Menggilap potensi menuju kemenangan,
Jadi PM cita2ku ku khabarkan
Anehnya, kau tak pernah melupakan,
Sesekali ku bertandang, kau mengingatkan,
Agar terbina semangat yang hilang,
Hanya satu yang kau harapkan,
Juga tak lupa ku mendoakan,
Mengharap Melaka disinari bulan.
*
Ummi,
Masih menjalar dalam kenangan,
Gusarmu tak pernah menghapus tenang,
Di wajahmu, nur yang gemilang,
Ibu, guru, isteri jua pejuang,
Kau pedoman jua tauladan,
Kembara ilmu mu tanpa sempadan,
Jiwamu lembut dalam ketegasan,
Meruntun jiwa kembali bertuhan.
*
Terima kasih Abi,
Terima Kasih Ummi.

Atau Sekadar Retorik?

Petikan akhbar..
______________________________________

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi menolak kemungkinan bahawa keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu, yang menunjukkan BN kehilangan sokongan daripada pengundi muda terutamanya golongan profesional dan para graduan adalah disebabkan perasaan tidak puas hati mereka yang telah lama terpendam terhadap sekatan melalui pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan pendekatan pentadbiran akta ini sejak zaman pengajian mereka di kampus.

+
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Dr Hou Kok Chung ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Senator Heng Seai Kei (BN-Perak) ianya hanyalah salah satu daripada analisa yang dibuat pelbagai pihak terhadap prestasi BN dalam pilihan raya umum lalu.
"Adalah kurang tepat untuk menyatakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) menjadi penyebab prestasi kurang baik BN," katanya pada sesi soal jawab lisan sidang Dewan Negara semalam.

+
Beliau mendakwa Auku tidak menghalang pelajar untuk bergiat dalam kegiatan kostruktif dan menyertai mana-mana pertubuhan dalam negara dengan syarat ianya bukan pertubuhan haram dan tidak menyalahi peraturan.

+
Terdahulu, Hou menjelaskan bahawa KPT telah melantik Jawatankuasa Mengkaji dan menyemak Auku bagi tujuan semakan dan pindaan seperti mana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

+
Menurut soalan yang dikemukakan Datin Paduka Dato' Nor Hayati Tan Sri Dato' Seri Onn, penambahbaikan Auku terutamanya pada seksyen 15 dan 17 yang dikatakan mengongkong kebebasan para pelajar untuk aktif dalam politik kampus mungkin boleh membolehkan mahasiswa dapat berkomunikasi dengan kerajaan secara berhemah dan proaktif.

_______________________________________

Qard jr:

TNC kerbau tenggala jangan nak terhegeh2 dan mengada2 lagi.. hidung tak mancung pipi tersorong2.

Extended Abstract

Sedimentation Study at Setiu Wetland by using GIS Technology (AV SWAT): Emphasis on Suspended Sediment Concentration (SSC)
*
------------------------------------Qard jr---------------------------------
*
This study was done in order to identify total of sediment load at Setiu Wetland by using AVSWAT model. AVSWAT is very appropriate to simulate the sediment yield monthly. It was built to overcome the problem of long term simulation and prediction of quantity and sources point of sediment yield into catchments area based on land cover and soil type. Furthermore, the aim of the study also to get the correlation value between SSC and sediment load data for SSC prediction by using AVSWAT in the future without come to the field. 8 years data has been used in the AVSWAT analysis from 2000 to 2007 to ensure the preciseness of the result. To improve the accuracy, AVSWAT out put data have been compared with SSC and current velocity data which got manually at Sungai Setiu. Filtration technique have been use to measure the suspended sediment concentration. To remove the organic matter the sample was burned in furnace at temperature 550oC The study shows the total sediment load at Setiu Wetland was decrease by the year together with the declining of total precipitation. Total of sediment load at 2007 is 10739490 metric tonne. 2563149 metric tonne less comparing with year 2006. Correlation between sediment load and SSC based on month is 0.8462. While, the correlation between SWAT simulation of flow out and current velocity by current meter is 0.8177. Both of comparison shows the correlation is very significant. There are 4 main factors that’s play important role to determine the total of sediment load in water. Firstly, total of precipitation which related with current velocity and surface run off. The stronger current contains more energy to transport of sediment. Beside that, the variation of land use or land cover support different quantity of sediment into sub-basin. The study shows, sub basin which was engaged with urbanization, farming and deforestration/forestration contribute more sediment rather than covered area or evergreen forest. Whereas soil characteristic which have more sand in ratio support less of sediment comparing with silt and clay.

02 June 2008

Blog, result dan aku...


Assalamualaikum w.b.t.

Sahabat2 pengunjung yang qard jr hormati sekalian..
______________________________________________

Hari ni blog ni menerima kunjungan yang ke- 4000. Sekalung penghargaan dan doa semoga ukhuwah kita di alam maya ini bukanlah bersifat maya semata2 tetapi menjelma dalam realiti. Sesungguhnya rahmat di sebalik kewujudan blog di persada dunia globalisasi tidak lagi boleh dinafikan dan disangkal lagi. Dengannya kita dapat mengekalkan hubungan kemesraan, ambil tahu dan yang paling penting dapat menyebar suburkan ilmu Allah.
=( )=
Hari ini juga keputusan exam semester juga dah menjengah.. Alhamdulillah berkat doa sahabat2 qard jr dapat mengekalkan prestasi akademik buat kesekian kalinya. Syukran jazilan. Kepada para pensyarah yang tak kenal erti jenuh dan jemu, kepada Cik dan Bah yang tak putus mendoakan, kepada sahabat2 bloggers yang tersayang... Terima Kasih buat kalian..
=( )=
Hari ini qard jr masih lagi bertumas kat lab remote sensing menyiapkan kerja2 akhir untuk FYP. Dah macam budak master rasanya... Pukul 4 pagi baru keluar lab.. solat dan tidur kejap buat ubat...begitulah rutin harian seminggu dua nih..Doakan qard jr..
Syukran.

01 June 2008

Jemputan kenduri kahwin...

Assalamualaikum w.b.t.
Sidang pembaca yang dihormati sekalian..
Musim cuti sekolah telahpun bermula.. maka ramailah yang ambik peluang untuk melangsungkan perkahwinan dan mengadakan kenduri kesyukuran sempena perkahwinan masing2.. Semalam saje hampir 3 tempat Qard jr di jemput hadir makan gulai.. tak terdaya nak penuhi semua jemputan.. maaf sangat2.
=( )=
Sebut pasa perkahwinan,Qard jr melihat ada sedikit perkembangan yang baik.. dari sudut upacaranya, kostumnya dan juga yang penting hidangannya.
=( )=
Qard jr bukanlah minat sangat nak pegi tempat2 walimah ni.. teringat pesan Imam As-Syafie kpd remaja2.. “ Elakkanlah menghadiri majlis2 perkahwinan, lazimkanlah dirimu dengan menziarahi perkuburan”.. semua ni sebab nak jaga pandangan dan shahwat.
=( )=
Daripada segi upacara, majlis walimah sekarang dah sedikit berbeza daripada dulu.. nampaknya lebih Islamik. Mungkin kerana generasi ibu bapa sekarang sudah cukup educated. Memahami apa yang perlu dan apa yang kurang perlu. Qard jr masih ingat semasa menghadiri jemputan kahwin seorang saudara kat Thailand, kat sana kalu keturunan NIK kahwin kena iring dengan Tembakan Senjata ke udara dari pihak rombongan lelaki, pihak perempuan juga akan membalas tembakan tersebut..(kat selatan Thai, senjata api boleh dimiliki).. ngeri bukan?
=( )=
Satu lagi, kalu tak pasang lagu Hindustan tak sah.. Memanglah sebelah pagi diorang pasang orang mengaji.. tapi bila dah petang.. masyaAllah.. macam2 lagu dah keluar..dah la speaker digantung atas pokok kelapa.. satu kampung boleh dengar muzik free. Dari konsep asasnya memanglah kenduri kahwin ni untuk menghebahkan perkahwinan, tetapi dari sudut perlaksanaan mungkin pada sestengah orang, agak kurang sesuai.. tapi Alhamdulillah sekarang kita lihat kenduri kahwin dah jadi kenduri doa selamat dan kenduri kesyukuran..Cuma budaya bayar ‘ngele’ yang masih diamalkan di sesetengah tempat pada saya x payah lah diteruskan lagi..
=( )=
Kalu kita lihat dari sudut persalinan pengantin, suatu yang kita dapat banggakan adalah pereka2 fesyen ni dah mula celik hati.. rupanya lawa jugak kalu tutup aurat.. malah pada saya lebih manis dan Syarie.. Cuma masih ada kekurangan yang perlu kita sama2 baiki.. pakaian yang membentuk tubuh dan sebagainya… papepun suatu perkembangan yang baik.. mungkin di sebabkan anak2 yang dah ada kesedaran beragama dalam masyarakat kita..Alhamdulillah.
=( )=
Budaya makan buffet semakin menjadi pilihan di majlis2 perkahwinan sekarang.. tak perlu guna ramai tenaga kerja.. lagipun sebagai tetamu Qard jr lebih suka begitu kerana ada peluang untuk amik lauk lebih…terutama ayam masak pedas.. feverite tuh…
_________________________________
Qard jr:
Mungkin benarlah kot Islam bangkit di sebelah Timur… kalu tengok pada perkembangan..

28 May 2008

Deris Letak Jawatan!

Buletin Online:
______________________________________

=( )=

Pada 27 Mac yang lalu, setelah Pak Lah Perdana Menteri mengadap Tuanku Sultan Mizan, Mad Said dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu, walaupun sebelumnya Pak Lah berkata pelantikan Mad Said adalah tidak mengikut perlembagaan. Hari ini, setelah genap 2 bulan Deris Jusoh tewas dalam perebutan untuk jawatan Menteri Besar, Deris membuat pengumuman ‘tewas’ pula kepada Mad Said buat kali ke 4, sejak pilihanraya umum yang lalu.

=( )=
Pengumuman Deris agak mengejutkan kerana baru hanya 4 hari, pada 24 Mei lalu, beliau berkeras tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. "Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya, anggota UMNO masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan daripada segi perasaan di kalangan anggota," kata Deris kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan UMNO Perak.

=( )=

Deris yang membuat pengumuman tersebut di Ipoh bagi mengulas kenyataan Ketua UMNO Kuala Nerus, Nasir Ibrahim Fikri Selasa lepas bahawa UMNO Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong Idris, manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan di negeri itu.Akhirnya hari ini, belum pun sampai seminggu, Deris Jusoh mengaku kalah kepada Mad Said dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, berkuatkuasa esok.

=( )=

Dalam perkembangan lain, Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Nor kembali ke dalam UMNO.Nampaknya ahli-ahli UMNO benar-benar sudah tidak rasional. Ezam yang kelihatan bersungguh-sungguh nak benteras rasuah, masuk UMNO untuk bersama Pak Lah yang jelas terlibat dalam penyelewengan dan rasuah.Deris yang bersungguh tak mahu letak jawtan, tiba-tiba secara mengejut meletakkan jawatan !

_______________________________________

Qard jr:

Berbisa sungguh Qunut nazilah pejuang Islam..

27 May 2008

Di Mana Kan Ku Cari Ganti Serupa DenganMu..



Berjuang untuk Islam @ untuk PAS?

Assalamualaikum w.b.t.
Sidang pengunjung yang dihormati..

Saya amat tertarik kepada buah bicara seorang sahabat ketika bermesej semalam..katanya ada seorang sahabat dia pesan; ingat, kita bukan berjuang parti tapi kita berjuang Islam. Parti tu kulit luaran yang isinya adalah Islam”
________________________________________

Pada dasarnya saya bersetuju dengan pendapat beliau, namun di sana perlu sedikit penjelasan supaya tidak timbul salah tafsir yang akan menyebabkan penolakan terhadap sistem kewujudan parti dalam konteks perjuangan.
*
Suatu asas yang sangat penting untuk kita fahami adalah PAS bukanlah semata2 sebuah parti bahkan ia adalah sebuah jemaah Islam yang menerajui gerakan Islam di Malaysia seiring dengan jemaah-jemaah Islam yang lain. Pas di Malaysia mempunyai rangkaian kerjasama dan kesatuan halatuju bersama gerakan2 Islam diseluruh dunia bagi mewujudkan khilafah Islam.
*
Begitu juga dengan UMNO, ia bukanlah semata2 parti politik melayu tetapi ia merupakan sebuah gerakan yang mempunyai ideologi dan matlamat yang tertentu. Ia juga punya rangkaian di seluruh dunia.
*
Begitu juga di Palestin, kita dapati ada 2 gerakan yang utama iaitu HAMAS dan FATAH. Masing2 mempunyai keyakinan perjuangan yang berbeza. Punya dasar dan pendekatan yang berbeda jua.
*
Dalam konteks kita di Malaysia, Gerakan Islam yang meyakini bahawa Islam bersifat dengan sifat Waq’iyyah atau bersifat realiti maka pendekatan menyertai sistem demokrasi secara aktif telah dipilih untuk mencapai matlamat mendaulatkan Islam. Bagi tujuan menyertai Pilihanraya, maka undang2 mensyaratkan perlunya sebuah parti yang berdaftar.
*
Sedangkan parti politik hanyalah sebuah medium atau wasilah untuk mencapat matlamat murni yang mana menjadi tuntutan kefardhuan keatas setiap Muslim. Kewujudan PAS di Malaysia memberi peluang kepada umat Islam di Negara ini untuk menunaikan tanggungjawab yang belum terlangsai semampu yang boleh iaitu kewajipan untuk melaksanakan Islam secara kaffah (keseluruhan).
*
Oleh itu, kita perlu jelas bahawa setiap tindakan politik kita tidak boleh terkeluar dari landasan Islam. Dan ia juga merupakan suatu ibadat. Semua ahli gerakan Islam perlulah bergerak semampunya di segenap posisi yang ada.

________________________________________
Qar jr:
Ramai orang asyik jaga isi tapi lupakan kulit. Akhirnya isi pun turut musnah.

________________________________________


SENARAI PARTI ISLAM SELURUH DUNIA
Afghanistan -
Islamic Party of Afghanistan (Hezb-i-Islami Afghanistan)
Islamic Society of Afghanistan (Jamiat-e-Islami)
Islamic United Party of Afghanistan (Hezeb Wahdat Islami Afghanistan)
National Islamic Movement of Afghanistan (Jumbish-i-Milli Islami Afghanistan)
Algeria - Movement of Society for Peace (Harakat Moudjtamaa As-Silm)
Azerbaijan - Islamic Party of Azerbaijan (Azərbaycan İslam Partiyası)
Bahrain -
Al Asalah
Al-Menbar Islamic Society
Al Wefaq
Bahrain Freedom Movement
Haq Movement
Islamic Action Society (Jamʿiyyat al-ʿAmal al-Islāmī)
Bangladesh - Bangladesh Islamic Assembly (Jamaat-e-Islami Bangladesh)
Egypt - Muslim Brotherhood (al-ikhwān al-muslimūn)
Indonesia -
Crescent Star Party (Partai Bulan Bintang)
National Awakening Party (Partai Kebangkitan Bangsa)
Prosperous Justice Party (Partai Keadilan Sejahtera)
Reform Star Party (Partai Bintang Reformasi)
United Development Party (Partai Persatuan Pembangunan)
India - Islamic Party (Jamaat-e-Islami Hind)
Iran -
Islamic Iran Participation Front (Jebheye Mosharekate Iran-e Eslaami)
Islamic Society of Engineers (Jame'e-ye Eslaami-e Mohandesin)
Iraq -
Iraqi Islamic Party (Hizb al-Islami al-Airaqi)
Kurdistan Islamic Union (Yekgirtuy Islami Kurdistan)
Jordan - Islamic Action Front (Jabhat al-'Amal al-Islam)
Kazakhstan - Alash
Kuwait - Islamic Constitutional Movement (Al-Haraka Al-Dostooriya Al-Islamiya, Hadas)
Lebanon -
Islamic Group (Jamaa Islamiya)
Party of God (ḥizbu-llāh)
Libya - Libyan Islamic Group (Al-Jama’a al-Islamiya al-Libyia)
Malaysia - Pan Malaysian Islamic Party (Parti Islam SeMalaysia)
Maldives - Justice Party (Adhaalath Party)
Morocco - Justice and Development Party (Ḥizb al-ʿAdala wal-Tanmiyya)
Pakistan -
Islamic Party (Jamaat-e-Islami)
Tanzeem-e-Islami
Palestinian Authority - Islamic Resistance Movement (Harakat al-Muqawama al-Islamiyya, Hamas)
Sudan - National Islamic Front (al-Jabhah al-Islamiyah al-Qawmiyah)
Syria - Muslim Brotherhood (al-ikhwān al-muslimūn)
Tajikistan - Islamic Renaissance Party (Нашрияи Ҳизби Наҳзати Исломии Тоҷикистон)
Tunisia - Renaissance Party (Hizb al-Nahda)
Turkey -
Felicity Party (Saadet Partisi)
Justice and Development Party (Adalet ve Kalkınma Partisi)
Yemen - Yemeni Congregation for Reform (at-tajammu al-yemeni lil-islah)

19 May 2008

Che Det oh Che Det

gambar ihsan: pink turtle.blogspot.com

14 May 2008

UMNO yang tuntut merdeka dah Haram dah...

Sampai bilakah UMNO hendak menipu rakyat jelata?
Setiap kali tiba 11 Mei, mereka akan menyambut “ulang tahun penubuhan” mereka. Yang terbaru, mereka kata mereka sudahpun 62 tahun. Mungkin kebanyakan ahli UMNO sememangnya mudah lupa. Tetapi rakyat jelata masih ingat.
*
UMNO yang ditubuh pada 11 Mei 1946 sudah ditamatkan riwayatnya oleh mahkamah pada 4 Feb 1988. Sesuatu pertubuhan yang diisytihar terbatal oleh mahkamah maka setakat itu sahajalah berakhirnya pertubuhan itu dan terpahatlah dalam sejarah tarikh mula dan tarikh akhirnya.
*
Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Orang yang kini menjawat Presiden adalah di antara orang yang sebelah pasukan yang menetang penubuhan UMNO Baru ketika itu. Malah ramai lagi yang kini di dalam UMNO Baru bersama menentang penubuhannya dulu.


Supaya ahli dan orang ramai lupa perubahan yang dirancangnya, Mahathir telah memiripkan UMNO Baru dengan yang lama dalam pelbagai aspek. Selain mengguna nama UMNO yang sama, beliau juga mengguna lambang dan bendera yang mirip asal dengan sedikit perubahan.
Kemudian, perkataan “Baru” digugurkan dari UMNO Baru supaya sama dengan UMNO yang telah dibatalkan.

*
Ketika Mesyuarat Agung pertama parti baru itu, Mahathir membuat keputusan agar sambutan ulangtahun parti baru dibuat pada 11 Mei dan bukannya pada bulan Februari, tarikh UMNO Baru didaftarkan.

*
Akhirnya ahli UMNO Baru (kebanyakannya masih kecil 20 tahun lalu - terutama bagi mereka dalam Pemuda dan Puteri) terlena dengan perancangan Mahathir - malah tidak tahupun beza kedua-dua entiti yang berlainan ini [Kalau tidak percaya, sila periksa nombor pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (ROS)].

*
Segala yang dirancangnya menjadi. Dengan pembatalan UMNO Asal dan penubuhan UMNO Baru, Mahathir telah dapat menguasai penuh UMNO yang baru ditubuhnya dengan menyekat mana-mana penderhakanya di peringkat awal ini. Dan ianya termasuk Pak Lah yang ketika itu mnyebelahi Ku Li. Sebab itulah Mahathir dapat berkuasa penuh dengan kuku-besinya selama 15 tahun selepas itu.
Sekian, IB

*_______________________________________________

Qard jr:

UMNO mudah lupa...

________________________________________________
Antara sumber: Personalized Politics: The Malaysian State Under Mahathir (In-won Hwang, Institute of Southeast Asian Studies)
14.05.2008
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/05/13/ulangtahun-umno-ke-62-atau-baru-ke-20/


10 May 2008

Kempen Jenayahkan ISA!

“I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA", itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.
YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR Permatang Pauh) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"
_______________________________________________
Qard jr;
Prinsip perundangan: " Mana2 orang tidak boleh dikatakan bersalah sehingga mana ia dibuktikan bersalah"
=(( ))=
Firman Allah;" Janganlah sesekali kamu cenderung untuk menyokong orang yang zalim kelak kamu akan disambar api neraka"
=(( ))=
Sabda Rasulullah; " Takutlah kamu untuk membuat kezaliman, kerana kezaliman itu kegelapan di hari kiamat"

06 May 2008

Bandaraya Islam?? kenapa kotor sangat?

Assalamualaikum w.b.t.
-( )-
Baru2 ni saya ada mengunjungi sebuah laman forum, salah seorang daripada mereka telah mencadangkan satu tajuk yang sangat menarik iaitu pandangan mengenai tahap kebersihan di Kelantan. Secara keseluruhannya, majoriti panel forum itu bersetuju tahap kebersihan di bandar2 di negeri Kelantan masih ditahap yang rendah. Hasil daripada forum tersebut telah dimuat turunkan dan diserah kepada Exco Kerajaan Kelantan sebagai memorendum.
-( )-
Kerajaan negeri baru2 ini seolah2 menyatakan kekesalannya kerana gagal mendidik rakyat terutama warga kota untuk menjiwai budaya bersih. ‘Kempen Jumpa Sampah Kutip’ seolah2 tak berbekas di hati rakyat. Namun, pihak kerajaan negeri tak seharusnya berputus asa dalam merealisasikan salah satu dari 5 tonggak Bandaraya Islam iaitu kebersihan. Kajian demi kajian mencari pendekatan baru yang lebih efektif perlu dicari dengan segera. Sudah lama imej Bandaraya Islam seolah- olah tercemar dek kerana isu kebersihan.
-( )-
Sememangnya saya tak senang duduk bila keadaan ini seolah- olah tidak diambil ‘concern’ oleh pihak MPKBBRI. Sebagai seorang pengembara, saya mengimpikan seten bas Kota Bharu sebersih Melaka Sentral. Pasar dan kedai makan di Kota Bharu seelok R&R Ipoh Utara, tandas awam se-eksklusif di Dataran Shahbandar, Terengganu.. Tetapi sampai sekarang saya isu ini tak mampu saya jawab jika ada orang luar hujahkan. Saya hanya mampu tunduk dan membisu. Malu.
-( )-
Saya pernah mencadangkan kepada pihak MPKBBRI melalui sistem aduannya, bahawa untuk mengatasi masalah ini kita perlu menswastakan kerja2 pembersihan dan penceriaan bandar kepada kontraktor swasta. Hal yang serupa dilakukan dan terbukti berjaya di tempat2 yang saya sebutkan tadi. Dan bukannya hanya menggaji seorang makcik tua yang menyapu sampah umpama melepaskan batuk di tangga. Nampak gayanya sampai bila pun Kota Bharu takkan bersih. Memastikan kawasan sentiasa dalam keadaan sangat bersih secara tak langsung mewujudkan rasa segan masyarakat untuk membuang sampah.
-( )-
Saya sangat bersetuju kepada satu kaedah yang dicadangkan oleh
George L. Kelling dan Catherine Coles dalam bukunya a criminology and urban sociology yang diterbitkan pada 1996. Mereka mencadangkan suatu kaedah yang terbukti sangat berkesan menurunkan kadar jenayah vandalisme dan kebersihan seperti mana dipraktikkan juga di negara Jepun, Amerika dan beberapa Negara maju yang lain. Fixing Broken Windows Theory atau teori tingkap pecah ini menggunakan suatu konsep yang sangat mudah tetapi sangat berkesan. Sebagai contoh, Sesuatu kawasan yang kotor jika dibersihkan dengan baik, secara konsisten akan menyebabkan timbul rasa segan secara beransur2 dan seterusnya fenomena membuang sampah di kawasan itu akan terhenti.
-( )-
Sebaliknya apa yang berlaku di tempat kita, proses pembersihan kawasan tak dilakukan dengan sempurna, jadi masyarakat akan rasa tak bersalah walau sekelumit untuk membuang sampah kerana menganggap kawasan itu memang kotor. Malah sekeliling tong sampah yang kotor juga mempengaruhi masyarakat membuang sampah di luar tong. Betul tak?
-( )-
Oleh itu, saya berpendapat, kaedah kempen psikologi ini lebih berkesan daripada denda dan paksaan yang membuahkan manusia yang takutkan denda bukannya cintakan kebersihan.
____________________________________
Qard jr;
‘Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman’

29 April 2008

Bila persatuan Islam dimusuhi..

Assalamualaikum w.b.t.
*
Firman Allah: " Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (Islam) dan jangan kamu berpecah belah"
*
1. Persatuan Pelajar Islam sebagai simbol perpaduan
Saudara,
Walau di mana pun kita berada Islam yang kita imani menyuruh kita hidup bersatu padu. Bersatu padu atas dasar ukhuwah Islamiyyah yang meletakkan aqidah sebagai terasnya. Jadi, bagi komuniti universiti, bagaimana kita menzahirkan perpaduan dikalangan mahasiswa2 muslim? jika tidak bersama persatuan2 Islam. Di sana wujudnya ukhwah sejati yang membuahkan kasih sayang. Kasih sayang yang melahirkan keprihatinan.
___________________________________________________
2. Persatuan Islam sebagai pusat pendidikan
Saudara,
Islam memiliki suatu sifat yang unggul iaitu syumuliyah (lengkap dan sempurnaan). Kesempurnaan ini tidak akan diperolehi melainkan melalui pendidikan. Persatuan2 Islam memandang berat soal keilmuan ahlinya dan ummat seluruhnya. Pendidikan yang berkesan dibantu oleh suasana yang kondusif, yang jauh dari unsur2 yang merosakkan insaniyah manusia.
___________________________________________________
3. Persatuan Islam sebagai kumpulan amar maaruf nahi mungkar
Saudara,
Keprihatinan terhasil dari kasih sayang yang ikhlas. Kasih sayang sehingga ingin melihat saudaranya merasai kebahagian, kasih sayang sehingga menderita melihat sahabat nya menderita. Bahagia dunia dan akhirat, menderita dunia dan akhirat. Maka atas dasar inilah, wujudnya Amar Maaruf Nahi Mungkar". Inilah sifat2 khaira ummah (umat terbaik) acuan Al-Quran.
___________________________________________________
4. Persatuan Islam sebagai memenuhi tuntutan kewajipan berpersatuan
Saudara,
Ingatlah pesan Saidina Umar ketika membuka kota Baitul Maqdis, "Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Jika kita mengkesampingkan Islam, maka kita akan dihina dan hilang keizzahan diri". Kekuatan Islam ini terzahir dengan kesatuan ummatnya yang giat merencana dan bertindak membelaNya. Sebab itulah berpersatuan adalah wajib. Ketiadaan persatuan Islam bermakna tergantungnya satu kewajipan yang tak tertunai.
*
Sabda Rasulullah s.a.w.: " Beriltizamlah kamu dengan persatuan Islam dan pimpinan mereka"
___________________________________________________
Saudara,
Seruan bersatu atas dasar Islam amatlah berbeza dengan seruan2 yang lain. Kita lihat seruan berdasarkan kebangsaan mencetuskan taksubkan bangsa dan dengkikan kaum lain. Saudara, kesatuan Islam mengajar kita mencintai sesama Islam dengan bersungguh2 dan menyebarkan rahmat dan kasih sayang Islam keseluruh Alam.
___________________________________________________
Saudara,
Lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, nah! inilah hasil tangan2 manusia jahat, boneka kuffar yang dengkikan Islam terus mekar di bumi Allah ini. Hak kita untuk bersatu dibawah bumbung hidayah Islam dinafikan. Dibiarkan mahasiswa-mahasiswi kita terkontang- kanting memudahkan musuh2 menyambar.
___________________________________________________
Oleh itu saudara2ku,
Perjuangan kita menubuhkan persatuan Islam adalah ibadah, perjuangan kita memperkasakannya adalah ibadah, perjuangan kita mempertahankannya adalah ibadah!

26 April 2008

Kapitalis yang tak prihatin..

Apa nasib golongan fakir??
*
Itulah persoalan yang terjelepuk di pemikiran saya bila membaca berita pengumuman menarik balik subsidi terhadap harga diesel di pasaran. Langkah penyelesaian yang akan diambil kerajaan untuk memberi subsidi secara tunai kepada pengguna adalah dianggap tidak cerdik.
____________________________________________
Keratan akhbar:
*
PUTRAJAYA 25 April – Kerajaan akan memberikan subsidi diesel dalam bentuk wang tunai kepada golongan sasar seperti nelayan sekiranya subsidi bahan api itu dihapuskan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika ini, kerajaan sedang menentukan cara untuk menyalurkan wang tunai membantu golongan itu termasuk menerusi persatuan-persatuan nelayan.

*
Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan belum membuat keputusan sama ada minyak diesel yang disubsidikan itu tidak akan lagi dijual di stesen-stesen minyak seperti amalan sekarang. __________________

1) Kumpulan sasar peruntukan subsidi:
Bila kita berbicara soal harga diesel, maka kita perlu berbicara soal keperluan rakyat keseluruhannya. Bukan hanya kebajikan nelayan. Pada pemerhatian saya pemilik2 bot nelayan merupakan golongan yang kaya raya selama ini memungut keuntungan dari subsidi diesel dan petrol bersubsidi yang di bekal kerajaan. Sepatutnya kerajaan perlu mempertimbangkan nasib golongan rakyat marhein yang berada di bawah paras kemiskinan dalam soal ini. Mereka merupakan golongan yang menerima kesan langsung dari kenaikan harga bahan api. Apakah kerajaan hari ini buta? Atau buat2 buta?
*
2) Kaedah penyaluran subsidi:
Kita bukan tak tahu, bila sesuatu peruntukan disalurkan oleh kerajaan persekutuan, siapa yang akan bersorak gembira. Sudah tentulah JKKK dan kroni2nya bersorak galak menerima durian runtuh ini. Inilah faktanya. Jadi, yakinkah saudara orang2 fakir miskin yang tak reti nak mengampu golongan2 kapitalis ini akan mendapat faedah daripada skim subsidi tunai ini? Wang PPRT pun lesap apakan pula wang subsidi berjuta2..
____________________________________________
*
Qard jr:
Hidup Islam, nyahkan Kapitalisme!