22 October 2008

UKHUWAH@ OH KUAH!! (UP DATED)

SITUASI 1:

IKHTILAT @ OH SILAP suatu muhasabah...

Jantan dan betina, lelaki dan wanita sudah sinonim mengundang pelbagai polemik sejak dari zaman Nabi Adam 'alaihissalam hinggalah ke hari ini. Cerita nya sama cuma wataknya berbeda. Betapa ramai pemimpin2 agung dunia jatuh tersungkur dek kerana wanita. Tapi jangan kita lupa, lelaki2 yang hebat didunia juga ada wanita hebat dibelakangnya.

ayuh kita selongkar,
masalah ikhtilat, hubungan cintan-cintun antara muslimin dan muslimat haraki bukanlah suatu yang baru. Majalah i pun suatu ketika dahulu pernah melontarkan kebimbangannya.
Bagi saya,

1. Pertamanya saya harap pembaca dapat mengenali beza antara cinta dan nafsu. Cinta adalah fitrah. setiap lelaki normal akan ada rasa cinta pada wanita. cuma bagaimana ia mengendalikannya. Pertama, kita kena ada ilmu. Sebagaimana kita kena ada ilmu untuk laksanakan ibadat solat. Hal ini kerana rasa nak menyembah tuhan adalah fitrah, maka Islam mengajar manusia caranya. Rasa cinta juga fitrah, Islam juga mengajar caranya. Saya suka untuk menyebut cinta sebagai ibadat. Ok, Ibadat cinta ada sah batalnya sama dengan sembahyang. nak tahu ibadat kita sah atau batal tak lain tak bukan kena suluh dengan ilmu. Mungkin ulama' fiqh kontemporari kena khususkan satu lagi bidang kajian iaitu Fiqh Cinta. saya dah serik bila masyarakat mempunyai persepsi bahawa cinta adalah suatu yang keji. Inilah akibatnya melaksanakan ibadat cinta tanpa ilmu dan membawa fitnah.. akhirnya sesat' sebenarnya cinta adalah suci.
Adakah cinta yang menghampirkan manusia dengan zina??.. oh dangkal sungguh.. sungguh jauh bezanya antara cinta dan nafsu. Cinta mendorong manusia taqarrub ilallah manakala nafsu menjauhkan hati manusia dari zikrullah. Sekarang mari kita suluh diri kita.. yang menimbulkan masalah sekarang Cinta @ Nafsu??

Baiklah, bila masalahnya adalah dengan nafsu, maka eloklah kita ambil langkah2 mencegah. kerana mencegah itu lebih baik dari merawat. Alhamdulillah, ada di kalangan muslimat dan juga muslimin yang peka terhadap kepentingan membataskan ikhtilat agar tidak terjerumus kepada penyuburan nafsu. Ayuh kita kuburkan nafsu yang jahat itu! Namun jangan sampai menguburkan CINTA dalam liang lahad yang sama. Cinta terbit dari ukhuwah! manakala Nafsu terbit dari kedengkian dan kebencian. Pelik?? Bila muslimin mencintai muslimat matlamatnya adalah menyelamatkan keturunannya dari murka Allah, berbeza bila muslimin me'nafsui' muslimat tujuannya menghancurkan kesucian zuriatnya.

Saya mencadangkan;
1. Kita semua harus faham dalam lingkungan usia sekarang, adalah masa Allah mencampakkan rasa nak berpasangan kepada muslimin mahupun muslimat. Masing2 ada rasa nak memiliki dan dimiliki.
2. Harus ada usaha untuk meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban terhadap cinta dikalangan ahli. Harus ada galakan menuntut ilmu batas2 ikhtilat dalam Islam.
3. Peranan sahabat senior membimbing bukan mencela dan memulau apatah lagi memusuhi sahabat@ sahabiah yang berdepan dengan ujian cinta. Kerana dijatuhi cinta bukanlah sesuatu yang di minta tetapi ia ujian Allah. Ini paling berat....
4. Muslimin dan muslimat yang diuji dengan cinta harus sentiasa bermuhasabah.. apakah mereka berjaya atau selalu gagal dalam ujian cinta.. yang pernah gagal bangkitlah dengan keazaman membaiki diri dan perhubungan. Ayuh kita tuju Baitul Muslim!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam..
menarik postingnya..
menyedarkan..
menginsafkan..
tapi..
mudah bicara, sukar laksanakannya.
betul?
muslimin, tolonglah hormati pendirian kami sebagai muslimat. Kami mahu ada batas dalam pergaulan. Mesej atau call janganlah berpanjangn. seminggu sekali. Ada muslimat kurang pengetahuan, mungkin akan tersalah faham.mungkin kerana urusan kerja. tapi kadang2 ada juga terselit perkara lain sehingga sampai satu tahap hati dah terusik, susah nak di ubat lagi. Muslimat lemah perlu bimbingan. bukan di ambil kesempatan. maaf ana katakan, muslimin sememangnya kurang matang. ukhuwah, tetap ukhuwah, sekadarnya sahaja tetapi hebat di pandangan Allah!. bukan di sebabkan ukhuwah semuanya menjadi BOLEH. mesej selalu apatah lagi di tengah malam, call. semua jadi BOLEH kerana ukhuwah. nak ambil berat tentang muslimat, cukup sekadar bertanya khabar apabla setiap kali meeting atau berjumpa dalam halaqoh. panggilan? bagi kami, kami amat selesa memanggil muslimin sebagai ustaz. terlalu fleksible dan mengikut waqi' akan menyebabkan ada segelintir pejuang islam tergelincir dek kealpaan dan keterlaluan dalam ikhtilat.Ingat! kerana di antara lelaki dan perempuan pasti ada syaitan laknattullah.

Anonymous said...

Maafkan ana di ats komen yang agak menyakitkan..syukran..