15 November 2007
SYUKRAN JAZILAN UMMI... UHIBBUKI ABADA INSYA ALLAH!
Ana sayang Cik...... :)
Menumpang di segenap ruang
Yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
Kepahitan itu kau rasa indah demi anakmu
Setitis air mata ibu
yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga
jika tiada keampunannya
azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam....
Awas makanan HARAM berleluasa di Malaysia!!
Terkejut juga bila ,membaca kenyataan akhbar JAKIM bahawa mereka tiada kuasa untuk menyekat pengedaran makanan yang mengandungi bahan HARAM walaupun diedar secara terbuka. Nah! satu lagi projek Islam Hadhari untuk menghitamlegamkan hati perut umat Islam. Oleh itu, saya menyeru sahabat2 semua berhati- hatilah dalam memilih makanan kita. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa sesungguhnya setiap daging yang tumbuh dari sumber yang HARAM maka api nerakalah yang paling layak untuknya.
14 November 2007
Trip Memancing laut dalam November 2007
10 haribulan yang lepas menyaksikan satu lagi sejarah telah tercipta. Kali pertama semenjak mencebur diri dalam dunia pancingan rekreasi ni, saya telah berjaya menaikkan seekor Aruan Tasik 3kg dan pelbagai ikan bersaiz pra mega yang lain... ni upah mabuk laut yang saya hadapi pada malam tu kot. sampai tak larat nak bangun dibuatnya.
Baru kusedari betapa perit jerihnya para nelayan bot kecil berjuang mencari secebis rezeki untuk anak isteri... berterima kasihlah!
11 November 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)