09 January 2008

Kuliah Pengurusan Cinta 3

Assalamualaikum sahabat- sahabat tercinta..
Ohio gozaimas!
Kuliah yang lepas kita membicarakan bagaimana manusia terjerumus ke lembah syirik dalam mencintai thaghut. Ayuh sahabat, pada siri ini cuba lihat penjelasan kepada persoalan yang lepas.. Benarkah cinta Allah tidak boleh di duakan.? maksudnya kita mencintai Khaliq dengan sepenuh hati namun kita juga mencintai makhluq.
Jawabnya begini,
Katakanlah seorang suami sangat ingin isterinya menyayangi ibunya sebagaimana dia menyayanginya. Jadi apa mungkin si suami akan murka jika si isteri menyayangi ibu si suami kerana itulah yang disuruhnya. Tetapi bagaimana pula jika si isteri melebihkan ibu mertuanya itu sehingga mengabaikan suaminya. Ia pasti akan membibitkan rasa tak puas hati pada sang suami kan?..
Dalam Al-Quran Allah memerintah kita supaya mencintai makhluq- makluq yang dicintainya.
Para Rasul, malaikat, para sahabat, para auliya, ulama', ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga, sesama manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Namun cinta kepada semua ini janganlah membawa kita semakin jauh dari Allah.
Cinta itu sebahagian dari Iman...
Sahabat- sahabat bagaimana cinta yang boleh menyuburkan iman....?

08 January 2008

Kuliah Pengurusan Cinta 2


Assalamualaikum..
Ayuh kita sambung berbicara tentang cinta..

Menjawab soalan terdahulu bagaimana manusia mensyirikkan Allah pada aspek kecintaan..

Jika ditanya kepada para suami apakan anda selesa jika isteri anda mencintai orang lain yang tak sepatutnya dia cintai pada pandangan anda? sudah barang pastilah lelaki yang baik menjawab tidak mungkin.

Jika ditanya pada sang ketua apakah perasaan anda bila mengetahui anak buah anda lebih setia kepada musuh atau orang yang anda benci? sudah tentu semuanya akan terasa hati, nak marah dan meluat.

Ketahuilah, mencintai taghut (semua jenis makhluk yang melalaikan manusia dari cinta Alah) bermakna anda mensyirikkan Allah dari aspek kecintaan. Kerana tumpuan kecintaan kita hanya kepada Allah yang satu.

Jadi bagaimana dengan cinta kepada nabi, ibu bapa, keluarga, sesama mukmin...??? adakah ia juga syirik?

Amatur Angler

Assalamualaikum..

Sahabat sekalian,

Minat yang mendalam terhadap sesuatu aktiviti akan mendorong seseorang untuk berbelanja besar. Secara azalinya bidang memancing atau kini disebut sebagai pancingan rekreasi (recreational angling) merupakan aktiviti kesukaan ana sejak kecil lagi.

Pengalaman mengikuti trip- trip memancing air masin dan air tawar dapat memberikan kepuasan yang maksimum.

Untuk trip terbaru ini ana berbelanja tidak kurang dari RM 200 untuk upgrading peralatan memancing. diantaranya sebuah spinning reel Banax SX 5000 dengan harga RM 108, rod Broadbill bernilai RM 70, Tali tomman 5o lbs berharga RM 29, 2 meter perambut Berkly Vanish 20lbs flourocarbon berharga RM 6 dan Sure Catch multiperpose plyer.