Titisan wudhuk mendahului tarian penaku….
Bismillah..
Sumber: Akhbar Siasah (16-22 November 2008)
Kolum: Dari seberang lautan
Kolumnis: Muhaimin Sulam
Tajuk Artikel: Bertarung di kota buku
Bismillah..
Sumber: Akhbar Siasah (16-22 November 2008)
Kolum: Dari seberang lautan
Kolumnis: Muhaimin Sulam
Tajuk Artikel: Bertarung di kota buku
Penulis menggambarkan suatu identiti unik sebuah pekan yang menggambarkan ketamadunan ilmu. Pekan Hay-On-Wye atau Pekan Y-Gelli, terletak di Hereford, England, UK. Bersempadan dengan Wales, bersebelahan dengan Breacon Beacon National Park. Sebuah pekan buku yang terkenal dan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi bilangan penduduk yang ada di pekan itu (2000 orang) terutama pada hujung minggu. Segala- galanya adalah buku, buku dan buku.
Pekan Hay-On-Wye menyerupai sebuah kedai buku klasik yang besar seolah-olah sebuah pameran buku terbuka. Terdapat manuskrip, surat, diari, poskad, gambar dan yang paling penting BUKU. Ada puluhan rak buku yang diletak diluar bangunan untuk dipilih tanpa jurujual yang memantau. Anda hanya perlu pilih yang mana berkenan, baca sinopsis kat belakang buku untuk mengetahui idea umum buku, tengok biodata penulis dan bila dah lekat di hati, anda amiklah buku tu.. tapi jangan lupa tinggalkan wang bayaran di situ.
Kata penulis, di negara kita, ramai berpendapat, nak kena ada kedudukan dan kelulusan, dulu baru nak menulis. Sangat berbeza dengan sesetengah masyarakat barat, mereka jadikan menulis sebagai suatu aktiviti harian mereka. Mereka tulis apa sahaja, mereka tak kedekut berkongsi idea, pandangan, kritikan dan sebagainya melalui tulisan-tulisan.
Saya melihat orang kita lebih suka melontarkan pandangan dan menyuarakan pendapat dengan berbahas di kedai-kedai kopi. Pelbagai isu mereka bahaskan. Kemudian hilang begitu saja. Alangkah baiknya jika mereka tulis apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka lihat dan apa yang mereka rasakan. Ia lebih kekal dan boleh dimanfaatkan.
Menulis juga memaksa kita mengkaji dengan mendalam fakta- fakta sokongan yang ada. Contohnya bila kita menulis mengenai kambing, sudah pasti kita perlukan informasi asas tentang kambing. Nak atau tidak penulis kena membaca. Bahagian ni lah orang kita masih lemah. Orang kita malas membaca. Jadi, macam mana nak menulis. Kalau menulis pun tak jadi menarik sebab tak informatif.
Oleh itu, mulakan pembacaanmu dengan menulis dan tulislah apa yang kamu baca. Semoga tahap pemikiran masyarakat kita akan lebih baik.