02 April 2008
01 April 2008
Cinta Ku Fana
Jihad yang Hilang: Cinta dalam Islam
G. Willow Wilson
"Di jantung semua makhluklah terletak sumber kehancuran mereka," tulis penulis Mesir Adhaf Soueif dalam novelnya, The Map of Love.
Ia menuruti kata hatinya dalam sebuah penyimpangan yang ditulis dengan sangat indah dari tatabahasa Arab, dengan membandingkan kata-kata yang berasal dari akar yang sama: dalam hal ini, qalb, "jantung"; dan enqilab, "kehancuran". Pada tingkat ini, tempat hubungan antara makna dan bangunannya jelas terlihat, bahasa Arab menjadi sebuah bahasa yang luar biasa, menautkan konsep dan gagasan yang dalam bahasa Inggeris sama sekali tak berhubungan.
Terlepas dari rentang dan kegunaan konseptualnya yang besar, yang disediakan oleh akar dan pola sistem bahasa tersebut, ada sebuah anggapan umum di kalangan bukan pengguna bahawa bahasa Arab – dan kerananya, Islam – tidak memiliki kata yang sebanding dengan agapé, sebuah istilah Yunani yang digunakan umat Kristian untuk memaknai cinta tak berbatas, yang penuh pengorbanan diri antara orang-orang beriman, atau antara seorang beriman dengan Tuhan. Kata tersebut memiliki ghairah lebih besar daripada filia, namun tidak sejelas eros, agapé adalah cinta yang tidak memiliki pengharapan, yang di dalamnya seorang pencinta direndahkan dan didisiplinkan sebelum dicintai. Sebuah pencarian Google bagi kata “agapé” dan “Islam” menghasilkan ratusan laman yang mengatakan bahawa istilah tersebut tidak ditemukan dalam bahasa Arab, dan menggambarkan Islam sebagai agama yang kering dan tidak berperasaan kerana ketiadaan kata tersebut.
Selama bertahun-tahun, Muslim Sufi telah merujuk kepada berbagai kata yang romantik dalam bahasa Arab bagi cinta dan membuat kata-kata itu berfungsi sebagai sebuah gagasan yang sangat serupa dengan agapé. Puisi Sufi yang berasal dari abad ke-10 dan ke-11, mengilhami budaya troubadour dan gagasan-gagasan cinta penuh kesantunan yang berkembang di kerajaan-kerajaan abad pertengahan di selatan Perancis, Navarre, dan Aragonne; salah satu perkembangan ertistik positif yang muncul dari hubungan antara orang Eropah Kristian dan Timur Dekat Muslim selama Perang Salib.
Tetapi banyak dari para pemikir terbesar Sufi, termasuk al Ghazali, sesungguhnya dipengaruhi oleh gagasan-gagasan Platonik, Neoplatonik, dan Kristian Gnostik tentang cinta, tetap terpelihara di Timur Tengah abad pertengahan kerana penterjemahan tulisan-tulisan berbahasa Yunani, Romawi, dan Bizantium ke dalam bahasa Arab dan Persia. Pertanyaan yang tersisa adalah: kita mengetahui Nabi Muhammad menginginkan umat Muslim untuk mencintai dan melayani Tuhan, tetapi adakah ia menginginkan mereka saling cinta-mencintai dengan Tuhan – dan mencerminkan cinta dan pengabdian ini satu sama lain?
Secara mudah, jawabannya adalah ya. Walapun ia secara klasik telah diabaikan oleh para pengecam Islam, ada sebuah kata bagi agapé dalam bahasa Arab. Ia membawa konotasi “ketakterbatasan” abstrak yang sama seperti kata Yunani tesebut, dan digunakan dalam konteks yang sama. Terlebih lagi, kata tersebut sepenuhnya asli; tidak dipinjam, disesuaikan, atau diserap dari bahasa lain. Kata bahasa Arab bagi agapé adalah Mahubba, dan kata tersebut sangat menarik kerana dua alasan: satu, kerana ia berasal dari hub – dalam bentuk femininnya – yang bererti cinta. Dua, kerana awalan ‘ma’. Penambahan huruf mim di awal sebuah kata dalam bahasa Arab bererti "orang yang melakukan/sedang melakukan", "yang melakukan/sedang melakukan ", atau "dalam suatu keadaan" dari kata yang mengikutinya. Junun bererti gila, dan majnun bererti "orang gila" atau "dalam keadaan gila"; baraka bererti rahmat, dan mubarak adalah "orang yang dirahmati" atau "dalam keadaan penuh kerahmatan ".
Kerana itu, Mahubba secara harfiah bererti “dalam cinta”, tetapi jarang digunakan dalam pengertian erotik. Ia dapat menggambarkan cinta di antara sesama manusia atau cinta kepada ilahi, dan paling sering digunakan dalam konteks spiritual untuk kedua hal tersebut. Kandungan implisit dalam Mahubba adalah pengabdian; seorang pecinta menempatkan yang dicintainya di tengah wacana, dan berserah kepada tuntutan-tuntutannya. Penulis Fethullah Gulen menggambarkan Mahubba sebagai "kepatuhan, kepasrahan, dan penyerahan tanpa syarat" kepada yang dicintai, dengan mengutip bait-bait Sufi
Rabi'a al-Adawiya, "Jika engkau jujur dalam cintamu, engkau akan mematuhi-Nya, kerana seorang pecinta taat kepada yang dicintainya."
Sekali lagi, walaupun gagasan Mahubba disebarkan terutama oleh tokoh-tokoh Sufi selama berabad-abad, kata dan konsep tersebut sesungguhnya berakar dalam tradisi Islam arus utama: Al Qur'an ayat 3:31 kadang disebut 'ayat ul'Mahubba', dan berbunyi: "Katakanlah, jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikuti aku, dan niscaya Allah akan mengasihimu." Sebuah hadits qudsi (Perkataan Tuhan yang disampaikan kembali oleh Nabi Muhammad) yang diikutsetakan dalam kumpulan hadits susunan Imam Malik bahkan lebih jelas lagi: "Tuhan berkata, 'Cinta-Ku [Mahubbati] hanya dimiliki mereka yang saling mencintai satu sama lain [mutahubinna] demi Aku, duduk bersama demi Aku, saling mengunjungi demi Aku, dan beramal dengan murah hati kepada satu sama lain kerana Aku."
Mahubba berbeda dari agapé adalah satu hal yang sangat penting: kerana melayani dan mendekati yang dicintai merupakan sebuah bentuk dari perjuangan pribadi yang terus berkelanjutan, Mahubba adalah sebuah bentuk dari jihad. Jauh dari "jihad kecil" penuh kekerasan dan sembarangan yang dikhotbahkan oleh para militan, Mahubba adalah sebentuk jihad yang lebih besar, atau jihad melawan nafsu kita sendiri. Adhaf Soueif benar kiranya: di jantung semua makhluk terdapat sumber kejatuhan mereka. Perjuangan melayani Tuhan, dan sesama umat manusia, kerana cinta, merupakan jihad potensi kemanusiaan melawan jihad dari ideologi kekerasan. Jika dihidupkan lagi, ia memiliki kekuatan mengubah dunia.
###
*G. Willow Wilson adalah seorang penulis dan eseis Muslim. artikel-artikelnya telah diterbitkan di berbagai media, termasuk New York Times dan Atlantic Monthly. Novel bergambarnya CAIRO, dengan ertis MK Perker, sekarang tersedia di Vertigo Comics.
Kembali Berkarya...
Assalamualaikum...
Sahabat- sahabat pengungjung yang dikasihi sekalian....
Rindu nye kat hangpa semua...
Sawadde Kap!
Alhamdulillah hari ini saya dapat menulis semula kat blog kesayangan nih.. setelah lima hari berada di negeri orang..
25 hb yang lalu kami berlapan (2 staf, 1 Pemancing undangan dan 5 Student Perikanan Rekreasi (termasuk saya) memulakan misi ke Koh Adang (Pulau Adang) Thailand...
Dengan menaiki Nissan Frontier dan Toyota Hilux kami menjelajah utara tanah air menuju ke Wang Klian untuk ke Satun...
Setelah menjelaskan sewaan bot sebanyak 19,000 Bath bersamaan RM1,900 Kami menaiki bot yang akan membawa kami selama 3 hari 3 malam di tengah lautan Thailand...
Yang menarik laut satun yang sangat tenang macam dalam Tasik Kenyir... Kata orang kalau dah ada pengalaman mabuk di laut Terengganu,, maka xde masalah di laut pantai barat..
Sungguh puas dan penuh pengalaman.. Itulah ungkapan yang dapat diungkapkan bagi menjelaskan trip ini.. Saya sendiri telah berjaya menaikan seekor ibu Kerapu seberat 6 kilo lebih..
Selain itu, ikan jenahak, ikan baracuda, ikan gerepoh, ikan Tambak dan banyak lagi... Tapi kesian.. ada seekor Dolphin juga tersangkut kat candat kami... yang sedihnya tali putus... Kami hanya mampu berdoa moga2 dia terus hidup...
Paling penting.. Orang Thai sangat cintakan bahasa ibundanya.. kalau (Medai Put Thai) tak tau cakap siam.. alamatnya susahlah hidup...
4 hari berada kat thailand ada beberapa perkataan yang sempat saya hafal...
antaranya; Kap kun kap= terima kasih, Pla= Ikan, Kai tot= Telur goreng, Kin Kau= Makan Nasi, Ki Bath?= Berapa Bath?, Sup Buri= Hisap Rokok dan beberapa perkataan lagi...
Kap Kun Kap!
Abdullah Undur Kau Undur! (AUKU)
Buletin Utama jam 8 malam ( 25 . 03 . 08 ) di TV 3 telah mengemukakan topik : AUKU wajar di mansuhkan ! Setuju atau Tidak ? untuk dipilih oleh penontonnya.
Akhir sessi Buletin , seperti biasa disiarkan keputusan undian atau pilihan penonton dan jelas apa yang muktamad ialah tertera keputusannya : 91% SETUJU AUKU di mansuhkan !
Akhir sessi Buletin , seperti biasa disiarkan keputusan undian atau pilihan penonton dan jelas apa yang muktamad ialah tertera keputusannya : 91% SETUJU AUKU di mansuhkan !
Subscribe to:
Posts (Atom)