Pandangan Qard jr
Situasi1:
“Kalaulah Tuhan jadikan aku cantik macam dia tu, kan bagus!”. “ Seronoknya dia.. dahlah parent dia kaya, pandai bergaul pula. Tapi aku, takde sape pun yang sudi jeling aku, kalaupun dengan sebelah mata”. “Asyik2 dia.. asyik2 dia.. mungkin aku dah ditakdirkan macam ni. Tuhan memang tak adil!”
------------------------------------------------------
Firman Allah; surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “
Sebaik kejadian di sini bukan pada pandangan manusia. Tapi Pada pandangan Allah yang Maha Mengetahui. Sebab pandangan Allah paling sempurna. Berbanding pandangan manusia adalah berdasarkan kepentingan dan kepuasan masing2.
Kita cuba perhatikan, sesetengah lelaki india yang berkulit gelap berpendapat wanita yang berkulit gelap lah yang paling cun. Tapi tidak pada sesetengah yang lain yang mengimpikan wanita putih melepak.
“ Kalau nak jadi orang yang sempurna, kenalah pandai, hensem, kaya, muka bujur sirih, rajin, gigi putih, rambut belah tengah dan segala2nya kena 100% lah”. Benar ke macam tu baru di kira manusia yang sempurna?
Contoh yang familiar; Cuba bagitau apa sifat2 dadu yang sempurna? Ada 6 sisi, ada nombor 1 hingga 6, berbentuk kubus. Sempurnakah dadu itu, kalau semua nombornya 6 belaka? Cacat namanya kan…
Begitulah manusia, Allah ciptakan kita sangat sempurna. Tiada siapa yang patut dihina kerana sifat kejadiannya. Kerana yang menghina juga ada nombor satunya dan ada nombor enamnya.
Kata Imam Al-Ghazali, "manusia itu dipuji bukan kerana kehebatannya, tetapi kerana Allah menutup keaibannya dan kelemahannya" Bersyukurlah.
Setiap manusia akan berusaha untuk menonjolkan sifat2 yang terbaik yang ada pada dirinya. Bagi yang Cantik, dia seolah2 cuba menutup kelemahan- kelemahan nya yang lain dengan meng ‘highlight’kan kecantikannya pada pandangan umum. Macam dadu jugak, kalau boleh dia nak supaya sentiasa paparkan nombor 6 supaya dapat mengembirakan tuannya.
Makin lama kita mengenali sahabat kita, makin banyak sisi2 yang cuba disembunyikannya akan terserlah jua. Sifat itu telah ada seiring dengan sifat ditonjolkan dulu. Sebab itu, jika nak pilih pasangan hidup, pilih yang paling tertonjol sisi kenal dirinya, paling kuat pegangan agamanya. Kerana sifat itu akan membuatkan kita lebih redha dengan sifat2nya yang tersembunyi sekiranya terserlah suatu hari nanti. Melihat yang baru, memang sentiasa nampak sempurna. Tetapi bakal kelihatan tidak sempurna bila yang baru lain pula menjelma.
Bukti bahawa Allah menciptakan manusia sebagai makhluk interaksi adalah kepelbagaian sifat dan bakat manusia. Lihat saja pada kecenderungan ujian IQ. Ada orang yang tinggi kecerdasan kinetik macam Beckam, tapi tak tinggi kecerdasan Matematiknya. Ada orang begitu menonjol kecerdasan lingguistiknya seperti sukarno tapi rendah pula kecerdasan artistiknya.
Wujudnya perbedaan ini menyebabkan wujudnya saling memerlukan. Saya memerlukan anda, dan anda pula memerlukan saya!. Gabungan kepelbagaian inilah yang akan membentuk hidup yang rukun dan bahagia. Itulah formula kebahagiaan rumahtangga mahupun kesejahteraan Ummat.
Kerosakan yang berlaku di muka bumi bila adanya orang yang merasa dirinya sudah cukup. Sudah tak perlukan orang lain. Firman Allah dalam surah Al- Alaq ayat 6 dan 7:
“Demi sesungguhnya manusia itu akan menjadi melampau. Bila dia melihat dirinya mencukupi”
Sifat Istigna’ (mencukupi) itu hanya ada pada Allah. Manusia bersifat dengan fakir (memerlukan). Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Sesunguhnya apa yang di berikan kepada kita itu adalah ujian. Pahalah yang besarlah bagi orang yang memanfaatkannya, dan balalah bagi mereka yang tidak bersyukur.
Al-Faqir wal Hakir ilallah.