19 February 2010

APA KHABAR IMPIAN ANDA?


Apa impian anda? Sudahkah anda mencapai impian anda itu? Apakah anda begitu merindui untuk melihat impian anda terlaksana?

Setiap insan pasti mempunyai impian. Tetapi ada juga orang yang tidak yakin malah takut untuk memasang impian.

Walau apapun impian anda, hakikatnya ia hanya berkisar kepada 3 perkara pokok.

1. Kesihatan

2. Kemewahan

3. Kebebasan

Kesihatan bukanlah suatu yang boleh diambil mudah. Ia merupakan nikmat yang sangat bernilai. Pelbagai aktiviti dan amal kita bergantung kepada keadaan kesihatan kita. Apakah anda meletakkan bahawa mengekalkan kesihatan yang optimum menjadi impian yang ulung? Tanpa kesihatan yang baik segala impian kita tidak dapat kita kecapi dengan sepenuhnya. Oleh itu, fikirkan cara dan kaedah untuk memastikan kesihatan kita terjamin sebelum memasang impian seterusnya.

Kedua, impian manusia berkisar di sekitar mahu memiliki kemewahan. Kemewahan bermaksud kita mempunyai kuasa menarik wang. Maksudnya, kita tidak lagi menjadi hamba kepada wang bahkan menjadikan wang sebagai hamba abdi yang setia. Hakikatnya semua orang berimpian ingin bersara awal dengan memiliki aset yang bernilai tinggi. Aset- aset inilah yang akan bekerja untuk mereka walaupun ketika itu mereka sedang seronok bercuti.

Hasil daripada memiliki kesihatan dan kemewahanlah akan tercetusnya impian yang ketiga iaitu kebebasan. Kebebasan beerti kita memiliki kemampuan. Tiada lagi keterbatasan waktu dan kewangan, mahupun keterbatasan kesihatan. Anda mampu melakukan apa yang anda gemari. Andai suatu hari nanti anda bersuara kepada isteri anda bahawa anda ingin beristeri lagi, isteri tanpa resah gelisah merestui anda kerana kemampuan anda telah terbukti dan kini menjadikan anda benar- benar bebas!.