09 January 2008

Kuliah Pengurusan Cinta 3

Assalamualaikum sahabat- sahabat tercinta..
Ohio gozaimas!
Kuliah yang lepas kita membicarakan bagaimana manusia terjerumus ke lembah syirik dalam mencintai thaghut. Ayuh sahabat, pada siri ini cuba lihat penjelasan kepada persoalan yang lepas.. Benarkah cinta Allah tidak boleh di duakan.? maksudnya kita mencintai Khaliq dengan sepenuh hati namun kita juga mencintai makhluq.
Jawabnya begini,
Katakanlah seorang suami sangat ingin isterinya menyayangi ibunya sebagaimana dia menyayanginya. Jadi apa mungkin si suami akan murka jika si isteri menyayangi ibu si suami kerana itulah yang disuruhnya. Tetapi bagaimana pula jika si isteri melebihkan ibu mertuanya itu sehingga mengabaikan suaminya. Ia pasti akan membibitkan rasa tak puas hati pada sang suami kan?..
Dalam Al-Quran Allah memerintah kita supaya mencintai makhluq- makluq yang dicintainya.
Para Rasul, malaikat, para sahabat, para auliya, ulama', ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga, sesama manusia, haiwan mahupun tumbuhan. Namun cinta kepada semua ini janganlah membawa kita semakin jauh dari Allah.
Cinta itu sebahagian dari Iman...
Sahabat- sahabat bagaimana cinta yang boleh menyuburkan iman....?

1 comment:

Anonymous said...

salam...
erm...bagus2. makin bagus penulisan. ada peningkatan. Cinta..erm..that's right my friend! so lets love Allah n juga makhluqnya...=)

~Me~know ur SecreAt