Assalamualaikum w.b.t.
-( )-
Baru2 ni saya ada mengunjungi sebuah laman forum, salah seorang daripada mereka telah mencadangkan satu tajuk yang sangat menarik iaitu pandangan mengenai tahap kebersihan di Kelantan. Secara keseluruhannya, majoriti panel forum itu bersetuju tahap kebersihan di bandar2 di negeri Kelantan masih ditahap yang rendah. Hasil daripada forum tersebut telah dimuat turunkan dan diserah kepada Exco Kerajaan Kelantan sebagai memorendum.
-( )-
Kerajaan negeri baru2 ini seolah2 menyatakan kekesalannya kerana gagal mendidik rakyat terutama warga kota untuk menjiwai budaya bersih. ‘Kempen Jumpa Sampah Kutip’ seolah2 tak berbekas di hati rakyat. Namun, pihak kerajaan negeri tak seharusnya berputus asa dalam merealisasikan salah satu dari 5 tonggak Bandaraya Islam iaitu kebersihan. Kajian demi kajian mencari pendekatan baru yang lebih efektif perlu dicari dengan segera. Sudah lama imej Bandaraya Islam seolah- olah tercemar dek kerana isu kebersihan.
-( )-
Sememangnya saya tak senang duduk bila keadaan ini seolah- olah tidak diambil ‘concern’ oleh pihak MPKBBRI. Sebagai seorang pengembara, saya mengimpikan seten bas Kota Bharu sebersih Melaka Sentral. Pasar dan kedai makan di Kota Bharu seelok R&R Ipoh Utara, tandas awam se-eksklusif di Dataran Shahbandar, Terengganu.. Tetapi sampai sekarang saya isu ini tak mampu saya jawab jika ada orang luar hujahkan. Saya hanya mampu tunduk dan membisu. Malu.
-( )-
Saya pernah mencadangkan kepada pihak MPKBBRI melalui sistem aduannya, bahawa untuk mengatasi masalah ini kita perlu menswastakan kerja2 pembersihan dan penceriaan bandar kepada kontraktor swasta. Hal yang serupa dilakukan dan terbukti berjaya di tempat2 yang saya sebutkan tadi. Dan bukannya hanya menggaji seorang makcik tua yang menyapu sampah umpama melepaskan batuk di tangga. Nampak gayanya sampai bila pun Kota Bharu takkan bersih. Memastikan kawasan sentiasa dalam keadaan sangat bersih secara tak langsung mewujudkan rasa segan masyarakat untuk membuang sampah.
-( )-
Saya sangat bersetuju kepada satu kaedah yang dicadangkan oleh George L. Kelling dan Catherine Coles dalam bukunya a criminology and urban sociology yang diterbitkan pada 1996. Mereka mencadangkan suatu kaedah yang terbukti sangat berkesan menurunkan kadar jenayah vandalisme dan kebersihan seperti mana dipraktikkan juga di negara Jepun, Amerika dan beberapa Negara maju yang lain. Fixing Broken Windows Theory atau teori tingkap pecah ini menggunakan suatu konsep yang sangat mudah tetapi sangat berkesan. Sebagai contoh, Sesuatu kawasan yang kotor jika dibersihkan dengan baik, secara konsisten akan menyebabkan timbul rasa segan secara beransur2 dan seterusnya fenomena membuang sampah di kawasan itu akan terhenti.
-( )-
Sebaliknya apa yang berlaku di tempat kita, proses pembersihan kawasan tak dilakukan dengan sempurna, jadi masyarakat akan rasa tak bersalah walau sekelumit untuk membuang sampah kerana menganggap kawasan itu memang kotor. Malah sekeliling tong sampah yang kotor juga mempengaruhi masyarakat membuang sampah di luar tong. Betul tak?
-( )-
Oleh itu, saya berpendapat, kaedah kempen psikologi ini lebih berkesan daripada denda dan paksaan yang membuahkan manusia yang takutkan denda bukannya cintakan kebersihan.

____________________________________
Qard jr;
‘Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman’

1 comment:
Salam
Posting yang bagus. perkara yg selalu bermain difikiran bila pulang ke kampung. masuk je negeri sendiri, rasa malu menerjah di hati. sampah2 penuh hingga keluar tong. jauh berbeza dgn negeri yang kt p belajar.
Baru2 ni berbicara dgn ibu, katanya mungkin rakyat Kelantan ni lebih ramai dari negeri yang kita g belajar. sebab tu sampahnya tak sempat nak pungut. emmm=)
Apa yang penting, didik diri menjadi seorang pembersih, seterusnya keluarga yang dididik dgn keadaan yang pembersih, seterusnya masyarakat pembersih, then negara pasti bersih...
Post a Comment