05 September 2009

Tadarrus sinergi tarawikh.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah masuk hari yang ke15 hari ni. Sila tanya diri masing2 dah berapa juzuk dah tadarrus kita? Dah khatam? Alhamdulillah.

Qard jr suka untuk berkongsi satu kaedah tadarrus bagi golongan yang sangat sibuk umpamanya orang2 berbisnes dan sebagainya.

Nama kaedah ini adalah Sinergi Tadarrus Tarawikh. Caranya, kita pi solat Isyak berjemaah, kemudian balik solat terawikh kat umah. Sebelum solat tu pastikan anda ada sebuah Al-Quran yang bersaiz agak besar. Kecil pun takpe if mata anda cerah bak purnama merindu :-). Amik bangku@ kerusi plastik atau pape jelah yang boleh buat lapik dan sandarkan al-Quran. Letak kerusi tu kat depan sejadah anda dengan kadar anda bleh membacanya dengan baik.

If anda dapat baca al-quran tu sambil berdiri qiam, maka berdirilah. Tapi kalau kena duduk baru boleh baca dengan terang, maka duduk lebih baik. Takbir dan bacalah semuka surat untuk satu rakaat. If anda wat 20 rakaat, secara tak langsung anda dah baca al-quran sebanyak 1 juzuk. Alhamdulillah. Kemudian anda boleh tambah lagi setengah atau satu juzuk bila bangun qiamullail.

___________________________________________________

Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya; sesiapa yang tidak membaca ayat 2 al-quran sekurang- kurangnya 50 ayat setiap hari maka dia tergolong dalam kalangan orang2 yang lalai.

No comments: