22 November 2007

Kasih Allah tidak bertepi...


Alhamdulillah... suatu kalimah yang ringan di lidah namun berat di timbangan , ia manifestasi kerendahan hati mengakui terhutang budi yang takkan mampu terbalas. Ya Allah , zalimnya aku... tika aku melalui seorang pakcik di pasar malam Pak Tuyu... dia menadah memohon simpati sambil mengetuk ngetuk tamborin usang di tangannya, tanda berdikari. Moga gerincing yang terhasil mampu menghiburkan pengunjung pasar. Mungkin itu sahaja yang mampu beliau lakukan untuk menyara hidup meniti usia emasnya.


Namun, amat susah untuk hatiku terbuka menghulurkan sedikit lebihan nikmat yang ada pada diri. Aku cukup mewah berbanding dia... Aku cukup sihat berbanding dia.... Aku cukup sifat berbanding dia....


Cukup berat untuk aku hulurkan seringgit, cukup payah untuk aku keluarkan RM10, adalah mustahil untuk aku sedekahkan RM 100....

Wahai diriku,
Sanggupkah kau, andai Allah menukarkan kau menjadi seperti dia dengan bayaran RM 1? mahu? RM 10? mahu? RM 100? setuju? RM 1000? Sejuta????

Aku tak sanggup!!
Besyukurlah dikau wahai diri....

No comments: