Buah ranum dari taman ini..
- Menyelesaikan sesuatu masalah adalah lebih baik ditumpukan (dimuhasabahkan) pada soal dalaman (circle of control) justeru ia akan membawa kepada langkah penyelesaian yang bersifat proaktif daripada terus menyalahkan soal luaran (circle of concern) yang bersifat reaktif.
- 4 faktor penting yang menjamin kejayaan seseorang @ sesebuah organisasi adalah ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap. Namun, mengikut kajian oleh Harvard Business School dan disokong pula oleh Prof. Dr. Thomas Barry, antara keempat- empat faktor itu, sikap merupakan elemen yang paling dominan yang mana sebanyak 93% kejayaan disumbang oleh factor sikap manakala faktor ilmu, maklumat dan kemahiran hanya 3%.
- Sikap adalah tenaga penggerak dalam jiwayang memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku di 3 daerahnya yakni personal, interpersonal dan profesyen.
- Menurut pakar sosiologi orang yang Berjaya mempunyai kepelbagaian cita- cita dan cita rasa tanpa mudah dipengaruhi.
- Jika ingin mengubah dunia, ubahlah manusia. Jika ingin mengubah manusia maka ubahlah hatinya. Dengan mengubah hati kita akan mengubah dunia.
- Setelah tahu dan mahu, manusia hendaklah dilatih menjadi mampu. Mampu mengubah sikapnya.
No comments:
Post a Comment