21 April 2008

Penasihat @Pengampu?

Assalamualaikum w.b.t.

Allah s.w.t. berfirman; " Hanyasanya orang yang takutkan Allah itu dari kalangan hambanya adalah orang-orang alim"
Namun, di sana Imam Al-Ghazali membahagikan golongan ulama' atau orang2 alim ini kepada 2, iaitu Ulama' akhirat dan Ulama' dunia atau dengan istilah lain, ulama' khair dan ulama' suu'
Ulama akhirat adalah ulama' yang amanah dengan ilmunya dan berpegang teguh dengan prinsip Al-Quran dan Assunnah dan berhikmah dalam berijtihad. Manakala ulama' dunia pula adalah sebagaimana sebaliknya.
____________________________________________
Fudhail bin Iyadh:
Ketika beliau diminta nasihat oleh kerajaan Harun Ar-Rasyid untuk membetulkan tindakannya, tanpa rasa gerun, mengampu dan sebagainya beliau berkata; " Hai orang yang berwajah rupawan, andalah yang akan dipertanggungjawabkan Allah yang Maha Kuasa di hari kiamat nanti. Apakah anda mampu menyelamatkan wajahmu itu? Ingatlah mulai hari ini bersihkan hatimu daripada kecurangan dan penipuan terhadap rakyat. Kerana Rasulullah pernah bersabda;" Barang siapa pada setiap pagi hari hatinya masih berfikir menipu rakyatnya, orang tersebut tidak akan dapat mencium bau syurga"
____________________________________________
Imam Ahmad bin Hambal:
"Andaikata kami mempunyai dakwah yang dipenuhi, tentu kami akan berdakwah kepada para pemimpin"
Kerana dengan kebaikan pemimpin, sekian ramai manusia juga menjadi baik.
____________________________________________
Qard jr:
Jangan hanya sekadar makan gaji, tapi berusahalah untuk berdakwah dengan cara yang paling berhikmah. "Tak mampu buat semua, jangan ditinggal semua". Takutlah kepada Allah mengatasi takut kepada manusia.

2 comments:

Hint PerihaL said...

Pengampu atau yg suka diampu..sama2 utk mendapat kpntingan..yg si pengampu mendapat habuan dan yg diampu pula menjadikan pengampu sbg anjing surhan..

bukti kepmpinan lepas..anjing suruhan masih ramai lagi dlm kpimpinan skrg..shingga mengisytiharkan kekalahan di sbbkn unsur sabotaj...

kenytaan pemimpin yg tak menerima hakikat kalah ataupun mmg org bawahan beliau lebih takutkan kepimpinan lepas...

ZULKIFLI BIN CHE NOH said...

Firman Allah; " Bertolong bantulahlah kamu diatas perkara kebaikan dan kataqwaan, dan jangan kamu bertolong bantu dalam dalam perkara dosa dan permusuhan"

Kalu pemimpin buat benda buruk pun kita duk sokong kita pun dapat saham samalah..

kita bagi satu undi, dengan undi tu kerajaan menang, kalu kerajaan buat dasar Islam, kita pun dapat sahamnya...

zass...