14 September 2007

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Terlebih dahulu elok kiranya saya ucapkan selamat berpesta pada pembaca semua.. pesta ibadah maksud saya.
Masing- masing berlumba- lumba mengumpul pahala, membersih diri dengan menjaga puasa, berterawikh, solat berjemaah, baca Al-quran dan lainnya.
Namun, ada satu lagi ibadat yang amat baik untuk dilakukan pada bulan mulia ini adalah bersedekah. Namun sebelum itu, cuba renung sejenak apakah kita masih ada hutang berbaki yang belum dilunaskan.. kalu ada silakan berusaha untuk melunasinya... kerana ia jua suatu ibadat. Berazam untuk membayar hutang, bekerja bersungguh- sungguh untuk menjelaskan hutang adalah 2 amalan yang amat terpuji.
Kenapa ia terpuji dan terbaik? kerana pada pandangan Allah amalan yang memerlukan jihad dan pengorbanan dan iltizam yang tinggi itu lebih dicintai oleh Allah kerana ia memerlukan elemen taabbud.
Amat senang untuk memimjam @ berhutang tetapi membayarnya tidak semudah itu.. betul kan? Oleh itu, mari kita sama- sama menyelesaikan hutang- hutang kita termasuk juga hutang kita dengan Allah... hutang solat, hutang puasa dan sebagainya... cepat- cepatlah Qadha...terutama di bulan limpahan bonus dari Allah.. Ramadhan Karim.

Selamat berbuka!

No comments: