05 September 2007

Pandangan Para Ulama' Sekitar Tawassul

Makna tawassul
· Perantaraan dalam berdoa atau seumpamanya. Biasanya peribadi yang terlibat dalam tawassul ialah para rasul, nabi, para wali, solihin sama ada hidup ataupun yang telah mati. (Mohd Ziadi, 2000)
· Bermohon kepada Allah dengan kehebatan seseorang atau dengan haknya atau seumpamanya sebagai perantaraan (Al-Khatib, 2001)
· Bersumpah kepada Allah dengan para anbiya’dan para solihin atau bermohon dengan diri mereka (sebagai perantaraan).
· Contoh tawassul: Ya Allah, aku mohon kepadamu dengan berkat dan kehebatan si fulan bin si fulan maka perkenankanlah doaku….

Hukum bertawassul
· Ahli sunnah menghukumkan tawassul sebagai harus iaitu dibolehkan.
· Sesetengah ulama’ menegah amalan bertawassul kerana dibimbangi masyarakat awam terlibat dengan syirik kepada Allah.

Kesan tawassul terhadap ‘aqidah
· Tawassul bukanlah termasuk perbuatan yang syirik kerana kita tidak beri’tiqad bahawa mereka yang memberi bekas dan kesan tetapi hanya Allah yang menentukan segalanya.
· Sebelum bertawassul, orang yang terlibat mesti beri’tiqad bahawa Allah sahaja yang memberi kesan dan bekas dalam sesuatu keputusan manakala orang yang ditawassulkan itu hanyalah penyebab sahaja.
· Sekiranya orang yang bertawassul beranggapan bahawa orang yang ditawassulkan (perantaraan) itu mempunyai kuasa mutlak (dalam menunaikan hajatnya) dan bukan kuasa Allah, maka baru boleh dihukumkan syirik (Mohd Ziadi, 2000)

Pendapat Imam Hassan Al- Banna mengenai tawassul.
· Masalah tawassul adalah khilaf far’i (perselisihan pada perkara cabang).
· Sebagai ahli gerakan Islam, kita tidak boleh ta’asub pada pihak yang mengharuskan tawassul mahupun pihak yang menegahnya kerana tiada nas yang qat’i dalam masalah ini.
· Namun, tiada tegahan untuk meneliti secara ilmiyyah dan murni pada perkara ini tanpa mengeheretnya kepada perdebatan yang tercela, ta’asub, saling kafir- mengkafir dan menuduh fasiq. Wallahua’lam.

Rujukan:
Mohd Ziadi Abdullah (2000). Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal- Jamaah, Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup. Kuala Lumpur. Syathariyah Niagajaya Sdn Bhd.
Muhammad ‘Abdullah Al- Khatib (2001). Penjelasan di Sekitar Risalah Ta’alim. Shah Alam. Dewan Pustaka Fajar.

No comments: