03 December 2007

Sebuah Renungan buat hatiku....


Pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nak pinang seorang gadis, tengok dia selidik dulu, bila selidik-selidik gadis ni tak pernah sakit, Rasulullah kata jangan kamu kahwin dengan dia sebab dia tak ada perhatian Tuhan. Kalau kita tentulah nak kahwin dengan yang sihat, tapi Rasulullah kata jangan, kalau awak kahwin juga tak ada berkat.

2 comments:

Dr Zhy said...

Dari perspektif psikologi, teenagers atau remaja ,merupakan golongan yang sangat penting dalam menentukan halatuju dan kepimpinan sesebuah negara khususnya dan dunia amnya. Pada Peringkat ini juga, remaja akan cuba mencari sesuatu identiti yang dirasakan signifikan dengan diri mereka. Dalam masa yang sama, mereka akan mengalami kekeliruan untuk menentukan halatuju dan matlamat hidupnya. Dengan istilah psikologinya, ia disebut sebagai " Identity Crisis"... Oleh sebab itu, peranan ibu-bapa, guru, peers dan masyarakat sangat penting dalam menangani masalah ini. Bukan hanya tahu menghukum dan menyalahkan mereka, tetapi sama-sama untuk turun padang membantu remaja yang kini sangat terdedah dengan anasir luar yang agak mengancam nilai-nilai moral manusia sejagat. Saya percaya, pembaca lebih sedia maklum dengan masalah dan gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja. Pengalaman menjadi kaunselor di penjara cukup memberi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna untuk lebih menghargai golongan pelapis negara ini. Apa yang cukup menyedihkan, remaja lelaki berusia 19 tahun (ketika saya mengendalikan satu kes) sudah disahkan doktor POSITIF HIV. Sememangnya bukan mudah untuk menyuntikkan semangat kepada adik yang dikasihi ini untuk meneruskan hidup, namun percaya lah dengan usaha kita yang sedikit ini(seperti yang disebut oleh Leftenan Zul) boleh mengubat dirinya walaupun hanya untuk sementara... Sayangilah Remaja...
-Hasil kajian dan pemerhatian saya ketika bertugas di Penjara X, mendapati majoriti penghuni penjara terdiri dari golongan remaja yang terlibat dengan kes curi dan samun (catat bilangan paling famous), dadah, rogol, cabul,samun bersenjata, bunuh etc. Sangat menyedihkan melihat "orang Melayu kita" ramai menjadi penghuni di sini. "Semoga adik-adik di sana tabah dan melakukan perubahan seperti yang adik-adik janjikan dengan cikgu suatu masa dahulu"... Mereka nak berubah, tapi tidak diberi peluang oleh kita...
-Tangan yang tercapai, akhir layu terkulai, seluruh harapannya berderai...-

Anonymous said...

salam..betul 2. so ada hajat nak meminang sesape ke?? cepat2 ckit kalau nak meminang. tp utamakan petunjuk Allah dulu. semoga berjaya...!