29 December 2009

Belajarlah menjadi ikhlas.


Ikhlas, suatu kata yang ringan dilidah namun tak ternilai harganya. Ia satu2nya penentu siapa kita pada pandangan makhluk dilangit dan di bumi.

Sebagai sahabat, keihklasan akan melahirkan kemesraan hakiki. Pemberian tanpa niat mahukan balasan walaupun sepatah pujian, sangat memberi kesan dalam persahabatan. Alangkah tulusnya.

Dalam rumah tangga, keikhlasan akan menjelmakan rasa hormat. Rasa Hormat pula kunci kebahagiaan. Suami memberi dengan redha, Isteri memberi tanpa berkira. Ungkit mengungkit racun yang paling berbisa dalam rumah tangga. Jauhilah.

Dalam masyarakat, alangkah indahnya andai pemimpin dan rakyat saling ikhlas dalam muamalat. Timbullah rasa percaya mempercayai. Agenda tersembunyi akan mengundang pesimis dan prejudis. Percayakah anda sukar dicari pemimpin didunia ini yang tidak mempunyai agenda disebalik pemberian. Kalau ada alangkah indahnya.

Dalam MLM, keikhlasan adalah kunci sebenar keseronokan membantu manusia membina kehidupan. Kata orang2 yang berjaya, anda akan berjaya jika anda melakukan pekerjaan yang anda seronok melakukannya. Dalam MLM, kunci kejayaan adalah membantu dengan ikhlas.

Dalam berkarya, menulislah dari hati yang ikhlas supaya sampai juga kepada pemilik hati yang ikhlas. Niatkan untuk membantu pembaca membina pemikiran, mencetus wawasan, membakar semangat untuk berubah. Bantulah! Bantulah.

Alangkah indahnya hidup ini andai ikhlas menjadi latarnya. Jadilah seorang pemberi yang suka memberi kepada orang yang konfirm takkan membalas pemberian anda! Terbukti, anda seorang yang ikhlas!.

........................................................
Tapi nape gambar tandas??
>Walaupun anda seorang paling tak ikhlas atas dunia, masa anda menggunakan ini anda memang seorang yang sangat ikhlas. Kerana tak pernah terdetik apa yang anda berikan itu, anda nak balik...

08 December 2009

MAJLIS KORBAN FAMILY QARD jr






Miau.. miauuu... eh silap.. boohhh...












Masuk la kalau berani!!












Pegang hidung die... hahaha














Mati dalam iman!!!

19 November 2009

Cahaya Lilin Anda kan Malap?

" Cahaya lilin anda tidak malap apabila anda menyalakan lilin yang lain"



Tiada perkara yang lebih menyentuh perasaan orang ramai daripada melihat pemimpin yang dermawan. Sikap murah hati yang sebenar bukanlah ritual tahunan, bulanan atau bersedekah sekali- sekala sahaja.

Sikap pemimpin yang benar2 pemurah dapat dilihat daripada segala aspek kehidupannya. Beliau akan sanggup berkongsi masa, wang ringgit, bakat dan harta bendanya dengan rela hati setiap masa.

Pemimpin yang efektif dan disayangi pengikutnya tidak mengumpul harta dan sumber untuk dirinya sahaja, tetapi bagi dikongsi bersama. Pupuklah sikap murah hati ini dalam jiwa anda dengan mengamalkan perkara berikut;


  • Bersyukur dengan apa yang ada
"Jika anda tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang, anda masih tidak akan berpuas hati walaupun lebih kaya nanti"
  • Dahulukan orang lain
"Pemimpin yang baik tidak diukur dengan berapa ramai pengikutnya, tetapi berapa ramai orang yang sudah beliau bantu"
  • Jangan gila harta
"Jika anda mahu mengawal hati anda, jangan biarkan harta benda mengawal hidup anda"
  • Lihatlah wang hanya sebagai sumber
"Wang boleh menjadi hamba yang baik ataupun tuan yang sungguh dahsyat,. Jika dibiarkan ia menguasaimu, anda akan terseksa menjadi hamba abdinya"
  • Pupuk tabiat memberi
"Perbuatan melepaskan wang ataupun harta benda yang lain membawa perubahan pada jiwa kita. Ia menghapuskan sikap tamak dalam diri kita"

....................................................
Renungkan kata2 ini:

"Hari ini tidak bermakna selagi anda tidak membuat sesuatu untuk orang yang tidak mungkin membalas budi baik anda"

note: Artikel ini diolah dan disusun daripada buku "The 21 Indispensible Qualities of A Leader tulisan John C. Maxwell.

09 November 2009

Mak Ayah Bergaduh, Abang2 buat kalut...

Sudah sunnatullah, perjalanan hidup ini penuh ujian. Kerana dengan ujian inilah dapat dinilai harga sebenar seorang insan.

Akhir2 ini kita dikejutkan dengan gejolak deras yang sedang melanda bahtera perjuangan kita. Pimpinan dan ahli sedang diuji Tuhan.

Kali ini Qard jr nak menyentuh sikap abang2 sulung yang faham dan berdepan secara terus dengan gejolak diantara ayah dan ibu jemaah besar kita. Apa yang Qard jr maksudkan adalah pimpinan peringkat bawah yang mencuri2 dengar apa yang berlaku diantara ayah dan ibu.

Apa sikap kita terhadap adik2 yang masih belum mengerti? kadang2 mereka mendengar dentuman lesung dan kuali yang dibaling ibu pada ayah. Tapi mereka tak faham, kenapa lesung itu dibaling.. apa salah lesung..

Ketika adik2 sedang kebingungan terperuk ketakutan di ceruk dinding, datang sang abang sulung yang bahlul. Lalu bersyarahlah dia. Adik2 tahu tak, ayah pukul ibu tadi.. guna lesung..jahat kan ayah..

Sebelah petang kaklong pula berbisik pada adik.. ayah tak salah, ibu yang curang.. masa ayah takde ibu selalu kuar rumah..

Adik pening...

Jangan jadi abang2 dan kakak yang macam tu dalam jemaah kita....

Kan lebih elok kalau begini..
"Adik, mari dekat abang. Mak dengan ayah tak apa2.. mereka sedang menyelesaikan masalah mereka. Yang penting, mari kita teruskan kerja2 kita. Bina keluarga yang baik. Kita doakan mak dan ayah kita dapat selesaikan masalah mereka dengan baik ye. Kita doakan agar mereka saling menyayangi" Jom ikut abang pegi main kat luar.

Sebagai abang yang bertanggung jawab, nasihatilah ayah. Dekatilah ibu, bantulah mereka mencari jalan keluar. If tak mampu menegur ayah dan ibu, kita masih mampu menjaga emosi adik2!

Qard jr...

06 November 2009

Terima Kasih Dato'


Alhamdulillah. semenjak qard jr. mencebur diri dalam dunia bisnes ni dah macam2 orang yang dapat qard jr jumpa.

Yang terbaru, Dato' Aminuddin Baki Esa (Pak Sepupu si Uzair Rusli Bio-M). Dekat 3-4 jam jugak duk borak ngan dia. Bincang pasal bisnes MLM. Banyak jugak ilmu baru yang Qard jr dapat kutip hasil pengalaman luas Dato' Amin. Kerjaya utama dia sebagai Strategic Project Advisor kat Integrasi Erat Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding IT.

Asalnya, Dr. Azwan sendiri nak turun untuk closing qard jr tentang produk Alpha Lipid, tapi ada musyaqqah. Walaubagaimanapun Dato' pun tak mengecewakan. Dalam NZ New Image (Pembekal susu Alpha Lipid) dia dah dapat pangkat Emerald.

Antara mutiara yang dapat Qard kutip sepanjang pertemuan di Kedai Nasi Ayam Hainan Batu Buruk adalah;

1. Ramai manusia tak bersyukur atas kurniaan potensi aqal yang dikuniakan Allah. Tak ramai yang guna akal untuk capai peringkat optimum dalam hidup.

2. Kunci kejayaan dalam bisnes MLM adalah memahami Bisnes Plannya.

3. Orang muda ada hammasah yang sangat penting untuk berjaya dalam MLM.

4. Alang2 nak wat MLM.. biar sampai tidur atas duit...banyaknya....

kata2 akhir sebelum berpisah.... Zul, keep in touch ye!
Insyaallah Dato'!

Alhamdulillah... jom wat bisnes..

30 October 2009

Tingkatkan Thiqah, Jauhi Taasub!

Assalamualaikum w.b.t.

Kata saya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang mungkin ada agenda saraf, mungkin ada tujuan tertentu yang ahli macam kita sukar untuk faham, mungkin juga Allah nak uji sejauh mana tahap thiqah kita kepada pimpinan jemaah.

Eh, nta jangan taasub syeikh! tegur sahabat saya..apa yang betul kita kena kata betul, yang salah kena tolak.

Masalahnya sekarang apa ukuran betul atau salah itu? apa authoriti kita nak hukum orang tu betul orang ni salah, apakah sudah cukup sahih dan memadai maklumat yang kita ada untuk membuat kesimpulan? Dari mana kebanyakan sumber maklumat kita? Sumber fasiq ke sumber yang bertaqwa? Pendirian saya, selagi mana belum diputuskan oleh Majlis Syura, jawatankuasa disiplin parti, selagi itu kewajipan thiqah terhadap pimpinan tidak tertanggal.

Nahnu nahkum bizzawahir syeikh.. dia berhujjah..

Masalahnya zawahirnyapun nta belum jelas.. macamana nak nahkum.. bimbang juga takut jadi, nahnu nahkum bil jawahil! Tak ke zalim tu.. pimpinan kita ahli ilmu, mereka ada hujjah atas tindakan mereka, apakah hujjah kita dihadapan Allah untuk membela diri atas tuduhan2 kita pada mereka.

Apa beza thiqah ngan taasub syeikh? tanya sahabat saya lagi..

Thiqah ni syeikh, kita kena letak sepenuh keyakinan bahawa apa yang diputuskan oleh jamaah (amal jama'i) (tak termasuk pandangan peribadi) ia ada kemaslahatan tertentu samaada kita dapat faham atau tidak, samaada sesuai dengan pendirian kita atau berbeza.

Tapi syeikh, kalau keputusan tu dibuat sorang2 jadi keputusan jemaah tak?

Syeikh, Amal jamai ni tak semestinya kena ramai2. Kalau kenyataan atau keputusan dibuat atas kapasiti jawatan yang dipegang (bidang kuasa), maka ia juga boleh termasuk sebagai amal jama'i.

Taasub pulak?

Taasub ni kita membela orang yang kita suka tanpa asas yang syarie pada masa yang sama kita membuat tuduhan kepada orang yang kita kurang suka tanpa hujah2 yang kukuh mengikut kaedah2 Islam.

Tapi ana kena bersuara syeikh.. sebab ana sayangkan jemaah. Ana tak nak apa2 yang tak elok terjadi pada jemaah yang ana sayang ni..

Baguslah pendirian nta tu. Kita kena sama2 semaikan cinta sayang kita pada jemaah. Kita sama2 betulkan apa yang tak betul. Mungkin pimpinan terlepas pandang. Ayuh kita guna saluran yang betul. Saluran yang benar2 dapat menyampaikan teguran kita pada yang terlibat. Jangan tiru perangai UMNO, nak tegur pimpinan mulakan dengan bentuk team. Hasut supaya taasub. Kemudian serang pimpinan secara tak beradab. Jangan syeikh!

Saranan saya:
Ayuh kita bezakan diri kita sebagai ahli gerakan Islam dengan akhlak musuh Islam. Kita ada etika, kita ada kepimpinan, kita ada majlis syura. Tugas kita memberi penjelasan yang baik kepada masyarakat yang sedang keliru, dan bukannya kita menmbahkan kekeliruan yang ada dengan sebab kegelojohan kita. Thiqah tunggak perpaduan, Taasub racun jamaah!

Salam Perjuangan!

23 October 2009

TARGET SAYA BULAN OKTOBER

NAK SAMBAR LAPTOP COMPAQ PRESARIO SEBIJIK UNTUK PRESENT BISNES.

21 October 2009

PENGUMUMAN JAWATAN KOSONG!

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada para pengunjung yang dikasihi sekalian,

Sukacita saya memaklumkan terdapat beberapa kekosongan jawatan dalam organisasi saya. Oleh yang demikian saudara/ saudari yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut bolehlah menghubungi saya dengan kadar yang segera. Zul (013-9915927)

Kerja boleh dilakukan secara part time atau full time. Tiada tangga gaji. Jumlah gaji di tetapkan oleh anda sendiri. Gaji akan masuk ke akaun anda 4 kali sebulan.

Bidang tugas:

1. Bertindak sebagai promoter syarikat untuk mewar- warkan kekosongan jawatan untuk di isi dalam syarikat. Anda akan di bayar sebanyak RM 100 untuk jawatan leader yang terisi dan RM 450 untuk jawatan berpangkat diamond. Seandainya anda dapat mendaftarkan sekurang- kurangnya 3 pekerja baru, anda layak untuk 3% daripada keuntungan syarikat.


Jawatan ini terbuka kepada semua yang berminat terutama yang mempunyai impian untuk menjadi jutawan muda.

Kelayakan yang diperlukan:
1. Mempunyai modal permulaan sebanyak RM 600 untuk pakej pertama dan RM2700 untuk pakej kedua.

2. Berminat untuk mengikuti latihan kemahiran usahawan yang dianjurkan selama 2 jam sebulan.

3. Sanggup bekerja secara berpasukan mahupun secara sendirian.

29 September 2009

Kau ditakdirkan kurang hensem berbanding aku..

Pandangan Qard jr

Situasi1:

“Kalaulah Tuhan jadikan aku cantik macam dia tu, kan bagus!”. “ Seronoknya dia.. dahlah parent dia kaya, pandai bergaul pula. Tapi aku, takde sape pun yang sudi jeling aku, kalaupun dengan sebelah mata”. “Asyik2 dia.. asyik2 dia.. mungkin aku dah ditakdirkan macam ni. Tuhan memang tak adil!”

------------------------------------------------------

Firman Allah; surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

Sebaik kejadian di sini bukan pada pandangan manusia. Tapi Pada pandangan Allah yang Maha Mengetahui. Sebab pandangan Allah paling sempurna. Berbanding pandangan manusia adalah berdasarkan kepentingan dan kepuasan masing2.

Kita cuba perhatikan, sesetengah lelaki india yang berkulit gelap berpendapat wanita yang berkulit gelap lah yang paling cun. Tapi tidak pada sesetengah yang lain yang mengimpikan wanita putih melepak.

“ Kalau nak jadi orang yang sempurna, kenalah pandai, hensem, kaya, muka bujur sirih, rajin, gigi putih, rambut belah tengah dan segala2nya kena 100% lah”. Benar ke macam tu baru di kira manusia yang sempurna?

Contoh yang familiar; Cuba bagitau apa sifat2 dadu yang sempurna? Ada 6 sisi, ada nombor 1 hingga 6, berbentuk kubus. Sempurnakah dadu itu, kalau semua nombornya 6 belaka? Cacat namanya kan…

Begitulah manusia, Allah ciptakan kita sangat sempurna. Tiada siapa yang patut dihina kerana sifat kejadiannya. Kerana yang menghina juga ada nombor satunya dan ada nombor enamnya.

Kata Imam Al-Ghazali, "manusia itu dipuji bukan kerana kehebatannya, tetapi kerana Allah menutup keaibannya dan kelemahannya" Bersyukurlah.

Setiap manusia akan berusaha untuk menonjolkan sifat2 yang terbaik yang ada pada dirinya. Bagi yang Cantik, dia seolah2 cuba menutup kelemahan- kelemahan nya yang lain dengan meng ‘highlight’kan kecantikannya pada pandangan umum. Macam dadu jugak, kalau boleh dia nak supaya sentiasa paparkan nombor 6 supaya dapat mengembirakan tuannya.

Makin lama kita mengenali sahabat kita, makin banyak sisi2 yang cuba disembunyikannya akan terserlah jua. Sifat itu telah ada seiring dengan sifat ditonjolkan dulu. Sebab itu, jika nak pilih pasangan hidup, pilih yang paling tertonjol sisi kenal dirinya, paling kuat pegangan agamanya. Kerana sifat itu akan membuatkan kita lebih redha dengan sifat2nya yang tersembunyi sekiranya terserlah suatu hari nanti. Melihat yang baru, memang sentiasa nampak sempurna. Tetapi bakal kelihatan tidak sempurna bila yang baru lain pula menjelma.

Bukti bahawa Allah menciptakan manusia sebagai makhluk interaksi adalah kepelbagaian sifat dan bakat manusia. Lihat saja pada kecenderungan ujian IQ. Ada orang yang tinggi kecerdasan kinetik macam Beckam, tapi tak tinggi kecerdasan Matematiknya. Ada orang begitu menonjol kecerdasan lingguistiknya seperti sukarno tapi rendah pula kecerdasan artistiknya.

Wujudnya perbedaan ini menyebabkan wujudnya saling memerlukan. Saya memerlukan anda, dan anda pula memerlukan saya!. Gabungan kepelbagaian inilah yang akan membentuk hidup yang rukun dan bahagia. Itulah formula kebahagiaan rumahtangga mahupun kesejahteraan Ummat.

Kerosakan yang berlaku di muka bumi bila adanya orang yang merasa dirinya sudah cukup. Sudah tak perlukan orang lain. Firman Allah dalam surah Al- Alaq ayat 6 dan 7:

“Demi sesungguhnya manusia itu akan menjadi melampau. Bila dia melihat dirinya mencukupi”

Sifat Istigna’ (mencukupi) itu hanya ada pada Allah. Manusia bersifat dengan fakir (memerlukan). Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Sesunguhnya apa yang di berikan kepada kita itu adalah ujian. Pahalah yang besarlah bagi orang yang memanfaatkannya, dan balalah bagi mereka yang tidak bersyukur.


Al-Faqir wal Hakir ilallah.

07 September 2009

Endometriosis: Dilema Wanita Moden

Endometriosis adalah kecelaruan di dalam sistem reproduktif wanita. Dalam keadaan endometriosis, diding uterus yang disebut endometrium yang mana ketika normal melapisi dinding uterus, tetapi tumbuh dan membesar di lokasi yang bukan sepatutnya. Kebanyakannya tumbuh di tiub fallopio, ovari dan sekeliling tisu pelvik.

Walaupun tisu endometrial tidak berada di dinding uterus sebagaimana biasa, namun ia tetap berfungsi sepanjang proses haid. Ia menebal, runtuh dan berdarah setiap bulan. Oleh kerana tiada saluran untuk mengeluarkan darah itu, maka ia terperangkap dan bertakung dan mengganggu tisu- tisu disekelilingnya.

Darah yang bertakung akan membentuk sista( cyst), tisu parut( scar tissue) dan bertindak sebagai pelekat (adhesions) kepada beberapa tisu yang berhampiran. Keadaan ini mengakibatkan kesakitan pada pelvik terutama semasa tempoh haid. Endometriosis juga boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Faktor- faktor yang mendorong Endometriosis sentiasa tumbuh dan membiak walaupun selepas pembedahan.

Terdapat 2 persoalan asas yang berkaitan dengan survival pertumbuhan berterusan sel endometriosis.

1. Kenapa percambahan sel endo dapat terselamat daripada serangan sistem imun badan pesakit yang mana berfungsi untuk melawan sebarang sel, virus atau bendasing yang hadir di dalam badan?

2. Bagaimana tisu endometrial membina jaringan saluran darah dan menanam akar sel mereka apabila menempel disesuatu lokasi.

Sistem imun yang lemah. Banyak kajian telah dilakukan bertumpu kepada kemungkinan kecelaruan sistem imun di dalam tubuh wanita telah menyebabkan sel endometriosis mudah membiak. Kajian- kajian tersebut telah merumuskan satu teori iaitu, wanita yang mengalami endometriosis mempunyai sel pembunuh semulajadi (Natural Killer cell) NK, yang sedikit. Dimana, NK merupakan komponen pertahanan yang paling ampuh dalam system imuniti badan. Apabila jumlah NK terlalu sedikit, imun sistem akan menjadi lemah. Akibatnya tisu endometrial akan menyerbu dan membenamkan akarnya.

Kajian terbaru juga mendapati bahawa sel imuniti yang lain juga (selain NK) turut didapati sangat lemah di dalam badan wanita yang menghidap endometriosis. Oleh sebab itu, sel badan pesakit sangat mudah terdedah kepada percambahan tisu endometrial yang berikutnya.

Sesetengah dapatan, membuktikan bahawa, endometriosis adalah mewakili simpton- simpton penyakit auto imun iaitu kecelaruan memori pada sistem imun menyebabkan berlakunya serangan terhadap sel dan tisu sendiri. Penyakit- penyakit lain yang dikategorikan sebagai auto imun adalah seperti, Lupus [Systemic Lupus Erythematosus], Rheumatoid arthritis (RA) dan Diabetes Mellitus type1 (kencing manis pada kanak- kanak).

Testimoni Endometriosis:

I found my endometriosis 3 years ago and since then I have been in several treatments like laparascopy, Lupron, birth control pills and pain killers with no relief of my lower back pain, pain during and after intercourse, really bad menstrual cramps and depression because of the pain. Until last October 2005 that I found from a friend of mine a natural supplement that help increase my immune system in 437% after 5 days of using this product my pain went away. I had medical appointments every month before October and now is February and I haven't been in a doctor's office. I will like to tell all the women that suffer the pain because of this condition (Endo)that there is a nature miracle that can help you to have a better quality of life and for those women that are looking for a relief of their pain. You are free to call me at my home phone number (410) 676-2028 or send me ane-mail eliloupr@yahoo.com

God bless you!

Dena

UMNO TAK RETI JADI PEMBANGKANG YANG BAIK.

Assalamualaikum W.B.T.

Menjadi pembangkan bukanlah suatu yang mengaibkan di mana2 dewan undangan negeri atau dewan Rakyat. Kerana ia tetap wakil rakyat yang menang di kawasan masing2 bagi mewakili suara rakyat. Mereka juga sangat diperlukan dalam pembagunan negara.

Namun, tidak bagi UMNO. Menjadi pembangkang adalah suatu yang sangat mengaibkan. Oleh kerana mereka tidak terbiasa menjadi pembangkang dan tidak mahu pula sedar diri dan peranan bahawa dia seorang pembangkan menyebabkan dia tak mahu belajar bagaimana menjadi pembangkang yang efektif.

Barisan pembangkang sebenarnya berperanan sebagai check & balance kepada sesebuah kerajaan saamada negeri atau pusat. Tetapi bila dah tersentak kehilangan kuasa secara mengejut, UMNO tak keruan dan tak dapat terima kenyataan yang kerajaan sudah bertukar pentadbir. Banyak benefit yang mereka dapat ketika jadi kerajaan dulu tiba2 sahaja tersekat. Sedangkan villa, kereta2 mewah saham- saham mereka perlu terus dibayar. Yang paling buat mereka tak senang duduk adalah kerana takut penyelewang dan penyalahgunaan kuasa yang bertimbun itu didedahkan satu- persatu oleh keajaan yang baru.

Nak tak nak mereka cuba sedaya upaya untuk mengganggu pentadbiran, membuat tuduhan jahat, konspirasai dan sebagainya untuk menjatuhkan kerajaan secepat mungkin sebelum tembelang mereka pecah.

Sedangkan mereka lupa, tugas mereka yang sebenar. Sepatutnya mereka menumpukan soal perbincangan di dalam dewan untuk memberi komen, cadangan dari perspektif berbeza terhadap dasar2 yang akan diputuskan oleh kerajaan.

Itulah yang berlaku di Perak. Mereka takut untuk memberi peluang kepada kerajaan baru, kerana semakin hari pelbagai projek pembangunan rakyat dilaksanakan dan rakyat dapat menikmati hasilnya secara lebih lumayan. Kedaan ini jika dibiarkan berterusan dilihat akan menutup peluang untuk UMNO- Bn untuk memerintah semula untuk penggal- penggal yang seterusnya.

Oleh itu, apa yang dapat kita pelajari dari fenomena politik UMNO hari ini adalah:
1. Berpolitik biarlah bersih, barulah tiada kerunsingan walaupun kerajaan bertukar tangan.
2. Kepentingan rakyat harus diutamakan dari kepentingan survivor parti. Dalam keadaan kegawatan ekonomi, kekurangan barangan asas, kenaikan harga minyak, kemerosotan eksport negara, bersatulah.
3. Manusia yang baik adalah manusia yang dapat menerima takdir, sedar diri dan berperanan.
4. Kita seharusnya menjadi pemerhati yang aktif walaupun dengan sekadar secoret komen.




05 September 2009

Program Kempen Kecek Kelate

Vocabulary :
Bokbong – spesis musang
Ttuyup – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Kkhonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, gatal, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau

nyaknyo = kesian

bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kelantan + English?? = “Kelantalish”
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll…
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bu(kan)?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
LAMOKEY = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…Yang popular digunakan antaranya:
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud “tidak kena mengena”, bagi org KL,ia bermaksud “kaum kerabat” contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje) membawa erti janda kl di kelantan.
SIAL = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,’ am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth :
Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male

Akhir sekali, peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,
Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless) .Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)

so itula tutorial kite ttg bhs kelantan…( kl nk himpun bnyk lg)

Bukuku Bukuku Jua

Tadarrus sinergi tarawikh.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah masuk hari yang ke15 hari ni. Sila tanya diri masing2 dah berapa juzuk dah tadarrus kita? Dah khatam? Alhamdulillah.

Qard jr suka untuk berkongsi satu kaedah tadarrus bagi golongan yang sangat sibuk umpamanya orang2 berbisnes dan sebagainya.

Nama kaedah ini adalah Sinergi Tadarrus Tarawikh. Caranya, kita pi solat Isyak berjemaah, kemudian balik solat terawikh kat umah. Sebelum solat tu pastikan anda ada sebuah Al-Quran yang bersaiz agak besar. Kecil pun takpe if mata anda cerah bak purnama merindu :-). Amik bangku@ kerusi plastik atau pape jelah yang boleh buat lapik dan sandarkan al-Quran. Letak kerusi tu kat depan sejadah anda dengan kadar anda bleh membacanya dengan baik.

If anda dapat baca al-quran tu sambil berdiri qiam, maka berdirilah. Tapi kalau kena duduk baru boleh baca dengan terang, maka duduk lebih baik. Takbir dan bacalah semuka surat untuk satu rakaat. If anda wat 20 rakaat, secara tak langsung anda dah baca al-quran sebanyak 1 juzuk. Alhamdulillah. Kemudian anda boleh tambah lagi setengah atau satu juzuk bila bangun qiamullail.

___________________________________________________

Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya; sesiapa yang tidak membaca ayat 2 al-quran sekurang- kurangnya 50 ayat setiap hari maka dia tergolong dalam kalangan orang2 yang lalai.

02 September 2009

Hari ni untung dalam rugi


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Konsep untung rugi adalah rencah dalam perniagaan. Kadangkala kita terpaksa rancang untuk rugi. Pelik kan? bagi ahli perniagaan ia bukan suatu yang janggal. Malah ia merupakan pelaburan yang terpaksa di laburkan untuk mendapatkan laba yang lebih besar.

Syarikat Sipu Enterprise telah mengunjurkan kadar kerugian untuk sepanjang tempoh promosi perniagaan sebanyak RM 1500. Sehinggakan pada bulan ogos 2008, elaun yang Qard jr terima hanya sebanyak RM14.30.

Namun, hasilnya pulangan berbalik sepanjang setahun selepas promosi adalah sepuluh kali ganda dari nilai kerugian yang diunjurkan tadi.

Nah, hari ini setelah lebih setahun ujian ini di tempuhi dengan sabar. Alhamdulillah, satu demi satu kejayaan yang telah dilakarkan oleh SIPU ENTERPRISE. Tahniah!


Terima Kasih customer, agen dan supplier kami yang setia di atas sokongan anda semua.

01 September 2009

Selamat Menjelma Kembali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah setelah sekian lama Qard jr menyepi dari alam maya, akhirnya bermula hari ini Qard jr memutuskan untuk aktif kembali dalam memberi buah pandangan, komentar, cadangan jua perbincangan mengenai pelbagai isu termasuk politik, pendidikan, motivasi dan kesihatan. InsyaAllah.

Rasa rugi pulak bila melihat satu persatu isu dalam dan luar negara datang dan pergi tanpa sebarang komen mahupun ulasan. Bila dah lama tak menulis, makin tumpul dah skill "menggoreng".

Buat masa ni, Qard jr masih lagi meneruskan perniagaan di SIPU ENTERPRISE. Alhamdulillah, setelah menyambut anniversary yang pertama pada 21 julai 2009 yang lalu, Qard jr merasakan, persekitaran perniagaan semakin menyebelahi perniagaan kami. Itulah fitrah perniagaan. Bila dah melepasi tahun- tahun yang menguji istiqamah, maka peluang, kabel dan lubang2 supplier makin jelas terbuka satu persatu. Maka margin keuntungan makin melebar luas. Sedaplah sikit main harga.
Akhir bulan julai hari tu, Qard jr mula membuka hati setelah sekian lama diperkenalkan dengan suppliment kesihatan terunggul di abad ini. Transfer Factor. Tapi daftar pakej Leader je.. Sebab tak cukup bajet masa tu.. kalu difikirkan balik menyesal la pulak tak daftar pakej diamond. Sebab kalau betul- betul nak meniaga lama, elok amik pakej tu. Sebab bonus dia infiniti. Tapi if fikir nak meniaga kejap, baik tak payah join MLM.. buat hilang wang pertaruhan je.

Ok lah.. selamat berjuang... bersambung lagi.. ngantuk dah.. kul 12.30 mlm.

18 August 2009

PENAWAR H1N1

“MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT” Kata- kata hukamak.

Udara disekeliling kita telah lama tercemar dengan pelbagai virus berbahaya. Kali ini kita dikejutkan lagi dengan serangan wabak virus selsema babi, H1N1. Tiada seorang pun manusia yang bernafas terlepas daripada virus selsema babi H1N1 ini.

Virus ini akan hinggap, membiak dan menjajah sistem badan manusia. Kecuali orang yang memiliki sistem imun yang kuat. Sistem imun dalam badan manusia berfungsi sebagai tentera untuk mengenalpasti virus dan seterusnya membunuh virus tersebut.

Proses mengenalpasti virus inilah menjadi permasalahan kepada kita pada hari ini. Akhir- akhir ini virus yang muncul sangat pelik dan pintar. Sehingga sel- sel imun (tentera dalam badan) tidak dapat mengenalpasti yang mana virus.

Ini akan memberi peluang kepada virus untuk membiak di dalam badan yang kita sebut sebagai endemic dan juga tersebar kepada orang lain yang kita sebut sebagai pendemic.

Sebagaimana semua tahu, virus selsema babi ini menyerang paru- paru. Modus operandinya mudah. Hinggap, Tawan dan Perintah. Virus selsema babi yang masuk melalui pernafasan akan menyerang sel imun yang lemah pada paru- paru.

Virus ini akan menakluk dan mengarahkan sistem imun pada paru- paru untuk menghasilkn cecair cytokines yang tak terkawal. Sel imun seolah- olah hilang ingatan lalu menganggap sel paru- paru adalah musuh yang sebenar dan perlu dihapuskan. Sel paru- paru akhirnya dimusnahkan oleh tentera kita sendiri.

Akibatnya pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh badan dan seterusnya berlakulah kematian organ penting seperti jantung, otak, hati dan sebagainya.

Hari ini orang lain yang mati, hari ini orang lain yang dikuarantin, hari ini orang lain yang menjadi suspek. Apakah kita betul- betul akan terselamat dari serangan virus global ini??

Ingatlah, virus ini tidak pernah mengenal siapa mangsa mereka yang keseterusnya. Pada tahun 1918, virus H1N1 ini telah meragut 50 ke 100 juta manusia di seluruh dunia. Kini ia telah muncul kembali.

Berapa puluh juta lagikah yang akan mati?? Tidak termasuk kita kah?? Persoalan yang perlu dijawab bersama.

Ada satu berita baik. Virus ini tidak akan menjejaskan sesiapa yang memiliki system imun yang mampu mengenalpasti virus dan mampu pula menghapuskannya. Mereka ini terdiri daripada bayi- bayi yang mendapat susu ibu pada hari pertama hingga ke sepuluh ketika dilahirkan.

Susu yang berwarna kuning cair itu disebut sebagai susu awal. Di dalam susu awal terdapat salinan memori senarai virus, serta penyakit lain yang pernah dikalahkan sepanjang hayat ibunya.

Apabila salinan senarai virus ini di ‘transfer’ kepada bayi yang baru lahir, maka antibodi yang ada didalam sel darah putih bayi akan mudah mengenali musuh dan mampu bertindak lebih cepat.

Namun, tidak semua virus yang ada pada hari ini pernah dihidapi oleh ibu kita. Contohnya selsema babi. Maka senarai selsema babi tidak ada dalam senarai virus yang terdapat dalam memori imun kita. Lalu bagaimana sistem imun kita nak mengenalpasti virus- virus yang baru ini?.

Contoh paling mudah, antivirus dalam computer. Sehebat manapun antivirus yang kita pasang pada computer kita, ia perlu di update selalu. Kerana setiap hari pelbagai virus baru muncul di internet. Bayangkan, ketika mana computer- computer lain semuanya kena virus, tiba- tiba ada computer yang terselamat.

Mungkin kita akan tertanya- Tanya , anti virus apakah yang dia pakai. Nampaknya antivirus dia mempunyai senarai virus tersebut sebab itu dia boleh scan. Lalu langkah yang bijak adalah, kita juga harus cepat- cepat install antivirus serupa.

Dalam sibuk- sibuk manusia dan babi kena virus selsema babi, tak perasankah kita binatang- binatang lain rilek je hidup.

Cuba kita perhatikan, Apakah binatang- binatang lain seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya tidak bernafas? Apakah mereka bernafas menggunakan udara yang berbeza dengan kita? Atau mungkinkah mereka memakai penapis udara yang berteknologi tinggi?. Sudah tentu antivirus binatang- binatang ini lebih canggih dari manusia. Antivirus mereka ada memori ini. Taknak install sama ke??

Maka muncullah pelbagai produk berasaskan susu awal. Oleh kerana lembulah binatang paling mudah didapati (selain babi) untuk mendapatkan susu awal, maka bertimbun- timbunlah produk yang berasaskan susu awal @ kolustrum@ igG di pasaran.

Maka timbullah pula masalah kegemukan dan komplikasi lain bila banyak makan susu. Memang patutlah, susu tu untuk anak lembu. Dalam susu bukan ada antibodi semata- mata, malah ada banyak lagi kandungannya seperti protein, lemak, serta nutrient- nutrient lain dalam jumlah tertentu yang dikhususkan untuk anak lembu.

Maka kajian demi kajian dilakukan untuk mengenalpasti kaedah untuk mengekstrak memori dalam susu awal lembu dan telur kuning ayam (antibodi binatang yang tak bersusu).

Akhirnya, setelah berpuluh- puluh tahun dan berpuluh- puluh juta dolar peruntukan di belanjakan, sekumpulan pakar saintis menemui kaedah yang berkesan untuk mengekstrak memori tersebut atau lebih dikenali dengan nama TRANFER FACTORTM. Kaedah canggih ini telah pun dipatentkan bagi mengelakkan diciplak dan dicetak rompak.

Maka, hari ini. Saya berasa sangat yakin, seandainya lembu dan ayam serta binatang lain tidak terjejas dengan serangan virus H1N1 ini, maka sesiapa yang mengambil TRANSFER FACTORTM juga akan selamat dari serangan wabak merbahaya ini. InsyaAllah.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN TRANSFER FACTORTM SILA HUBUNGI SAYA: 013-9915927 (EN.ZULKIFLI)