30 October 2009

Tingkatkan Thiqah, Jauhi Taasub!

Assalamualaikum w.b.t.

Kata saya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang mungkin ada agenda saraf, mungkin ada tujuan tertentu yang ahli macam kita sukar untuk faham, mungkin juga Allah nak uji sejauh mana tahap thiqah kita kepada pimpinan jemaah.

Eh, nta jangan taasub syeikh! tegur sahabat saya..apa yang betul kita kena kata betul, yang salah kena tolak.

Masalahnya sekarang apa ukuran betul atau salah itu? apa authoriti kita nak hukum orang tu betul orang ni salah, apakah sudah cukup sahih dan memadai maklumat yang kita ada untuk membuat kesimpulan? Dari mana kebanyakan sumber maklumat kita? Sumber fasiq ke sumber yang bertaqwa? Pendirian saya, selagi mana belum diputuskan oleh Majlis Syura, jawatankuasa disiplin parti, selagi itu kewajipan thiqah terhadap pimpinan tidak tertanggal.

Nahnu nahkum bizzawahir syeikh.. dia berhujjah..

Masalahnya zawahirnyapun nta belum jelas.. macamana nak nahkum.. bimbang juga takut jadi, nahnu nahkum bil jawahil! Tak ke zalim tu.. pimpinan kita ahli ilmu, mereka ada hujjah atas tindakan mereka, apakah hujjah kita dihadapan Allah untuk membela diri atas tuduhan2 kita pada mereka.

Apa beza thiqah ngan taasub syeikh? tanya sahabat saya lagi..

Thiqah ni syeikh, kita kena letak sepenuh keyakinan bahawa apa yang diputuskan oleh jamaah (amal jama'i) (tak termasuk pandangan peribadi) ia ada kemaslahatan tertentu samaada kita dapat faham atau tidak, samaada sesuai dengan pendirian kita atau berbeza.

Tapi syeikh, kalau keputusan tu dibuat sorang2 jadi keputusan jemaah tak?

Syeikh, Amal jamai ni tak semestinya kena ramai2. Kalau kenyataan atau keputusan dibuat atas kapasiti jawatan yang dipegang (bidang kuasa), maka ia juga boleh termasuk sebagai amal jama'i.

Taasub pulak?

Taasub ni kita membela orang yang kita suka tanpa asas yang syarie pada masa yang sama kita membuat tuduhan kepada orang yang kita kurang suka tanpa hujah2 yang kukuh mengikut kaedah2 Islam.

Tapi ana kena bersuara syeikh.. sebab ana sayangkan jemaah. Ana tak nak apa2 yang tak elok terjadi pada jemaah yang ana sayang ni..

Baguslah pendirian nta tu. Kita kena sama2 semaikan cinta sayang kita pada jemaah. Kita sama2 betulkan apa yang tak betul. Mungkin pimpinan terlepas pandang. Ayuh kita guna saluran yang betul. Saluran yang benar2 dapat menyampaikan teguran kita pada yang terlibat. Jangan tiru perangai UMNO, nak tegur pimpinan mulakan dengan bentuk team. Hasut supaya taasub. Kemudian serang pimpinan secara tak beradab. Jangan syeikh!

Saranan saya:
Ayuh kita bezakan diri kita sebagai ahli gerakan Islam dengan akhlak musuh Islam. Kita ada etika, kita ada kepimpinan, kita ada majlis syura. Tugas kita memberi penjelasan yang baik kepada masyarakat yang sedang keliru, dan bukannya kita menmbahkan kekeliruan yang ada dengan sebab kegelojohan kita. Thiqah tunggak perpaduan, Taasub racun jamaah!

Salam Perjuangan!

No comments: