26 May 2009

Bila Artis Berpoligami


Kecoh dua tiga hari ni kat media isu poligami Ustaz Akhil Hay dan Wahida. Namun, di sana ada beberapa pelajaran yang boleh kita pelajari. Antaranya

  1. Poligami sudah dapat diterima secara positif oleh majoriti masyarakat kita pada hari ini.
  2. Suami yang mampu dan terbukti mampu dalam segala aspek rumah tangga saja layak menjalani poligami untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap poligami tercetus semula.
  3. Diantara bukti kemampuan suami adalah mampu memberitahu isterinya hasrat untuk berpoligami tanpa menimbulkan polemik yang besar dan kronik.
  4. Sesungguhnya, suami yang baik dan bertanggungjawab akan disayangi isteri. Perasaan sayang inilah yang menjadikannya tidak sanggup untuk kehilangan suami meskipun perlu bermadu.
  5. Jika isteri pertama anda terdetik mintak diceraikan jika anda menyuarakan hasrat mahu berpoligami, itu beerti anda masih belum mampu berpoligami. Itu juga membawa maksud, anda bukanlah murabbi yang baik kepada isteri anda.
  6. Ciri- ciri suami yang layak berpoligami adalah suami yang tidak mengabaikan peranannya sebagai suami kepada isterinya, ayah kepada anak- anaknya, anak kepada ibu- bapanya dan menantu kepada mertuanya.
  7. Suami perlulah menyedari bahawa tujuan diharuskan poligami adalah untuk membela wanita bukan untuk menganiayai mereka. Oleh itu, jika anda rasa tindakan anda berpoligami akan menyebabkan ada wanita teraniaya dan terzalimi zahir dan batinnya maka hukum harus itu sudah bertukar menjadi haram.
  8. Sesungguhnya poligami adalah untuk orang yang mampu sahaja. Anda mampu? Tak mahukah anda menjadi mampu? Atau anda sememangnya golongan Orang Kurang Upaya kekal.
  9. Orang Islam adalah orang yang mampu. Usaha menjadi mampu adalah menjadi kewajipan. Kenapa Islam wajibkan mencari rezeki? Mengapa Islam wajibkan menuntut ilmu? Semuanya adalah bagi melahirkan ummah yang mampu.
  10. Elakkan diri anda dari poligami jika sekiranya anda;
  • Tiada ilmu 'fiqh poligami' iaitu kefahaman tentang hukum dan batasan syara' mengenai poligami .
  • Tidak pernah memiliki seorangpun kawan yang berpoligami
  • Tidak tahu sebab kenapa anda 'wajib' berpoligami. (sejak bila pulak poligami ni jadi wajib?) jika anda tak tahu nak jawab soalan ni tak payah lah fikir nak poligami. Pegi belajar dulu.

18 April 2009

Kuba ku Sayang..

Saya sangat sayang kucing
kucing mengajar saya erti kasih sayang
Kasih pada binatang membawa berkat
Berkat dalam hidup
dan dia sentiasa mendoakan kita
Jangan benarkan dia didera
Kerana dia ciptakan untuk disayang

sajak ini ku tujukan kepada kucingku, KUBA jr.

08 April 2009

Jutaan tahniah kepada para pimpinan PAS, Pakatan Rakyat, para petugas pilihanraya dan semua ahli gerakan Islam kerana berjaya mengekalkan momentum gelombang perubahan rakyat. Terbuktilah rakyat kini tidak mudah digula- gula dengan retorik murahan BN.

26 March 2009

Persediaan Sebelum Trip

InsyaAllah, kalau takde aral melintang SIPU enterprise CEO's akan menyertai trip memancing perairan Bidong- Redang pada Sabtu & Ahad (28-29/3/09). Trip ni adalah kali yang ke 6 yang Qard jr ikuti di perairan Terengganu. Ia sudah pasti menjanjikan seribu satu cabaran terutama pada kaki mabuk laut. Dan InsyaAllah laporan yang akan Qard jr buat sekembalinya nanti dari trip adalah berfokus kepada fenomena "Mabuk Laut" di kalangan pemancing.InsyaAllah.

Pancingan rekreasi adalah hobi elit dan mewah sebenarnya. Apa tidaknya setiap kali turun trip sekurang2nya perlu perabis dalam Seratus Dua. Sewa bot dah RM 30, Umpan RM10, Alat2 memancing lebih kurang RM 50-RM100, tu pun kalau joran dan mesin dah ada.


Kali ini Qard jr nak kongsi sedikit mengenai persediaan sebelum turun memancing di laut. Kata orang; "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga" ada juga yang berkata; "kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai" Semua ini menggambarkan kepada kita bahawa dunia lautan adalah dunia yang sangat mencabar dan menguji kekuatan mental dan fizikal. Sekali kita turun ke laut, hanya dua kemungkinan yang akan kita hadapi; antara balik dan tidak.

Tapi jangan takut, kerana fakta menunjukkan jumlah manusia yang mati di laut adalah sangat sedikit berbanding di darat. Yang penting di mana pun kita, sentiasa bersedia untuk mati.

Namun, persediaan yang kita nak kongsi di sini adalah dari sudut persediaan peralatan dan bekalan yang sepatutnya kita bawa bersama sebelum melangkah naik bot.

Qard jr bahagikan persediaan ini kepada beberapa bahagian;

1) Peralatan (lure)
Seeloknya setiap pemancing mempunyai tool boxnya sendiri. Tool box atau kotak peralatan tersebut hendaklah terisi dengan peralatan2 asas memancing yang cukup. Supaya bila diatas bot nanti kita tidak banyak bergerak ke sana ke mari untuk meminjam alatan dan sebagainya. Hal ini akan mengganggu konsentrasi kita dan orang lain. Banyak bergerak juga boleh menyebabkan pemancing cepat mabuk laut dan mendedahkan diri kepada bahaya.

Peralatan asas yang perlu dibeli dan dibawa semasa menacing dilaut adalah seperti;Rod atau joran. Ada beberapa jenis jorang yang sesuai digunakan semasa memancing di laut. Pertama, joran bottom (pancing dasar), kedua jorang jigging dan ketiga joran popping. Ada juga yang bawa joran untuk trawling( tundaan).

Untuk trip kali ini dijangka hanya aktiviti pancingan dasar, mencandat sotong, mengacau (apollo) akan dilakukan. Tu pun bagi yang tak mabuk je la...biasa yang mabuk akan memancing dalam mimpi saje.. katanya banyak jugak dapat ikan..

Untuk pancingan dasar, selain dari menggunakan joran heavy duty, reel multiplier juga adalah yang paling sesuai. Ia adalah kerana feel tarikan ikan dapat terus dirasai masa proses karauan. Walaubagaimanapun spinning reel juga boleh digunakan.

Selain rod dan reel, eksesori wajib yang lain adalah seperti Swivel (chilly), Ranggun, Perambut, Mata kail, Batu ladung, pisau, plyer dan juga mata candat dan apollo. Yang paling penting umpan. Semua peralatan diatas hendaklah dibawa secukup rasa.


2) Makanan
Selain peralatan memancing dan umpan untuk ikan, janganlah dilupakan umpan untuk tuan ikan. Bawalah air mineral, air hundred plus limau, roti, buah2 dan sebagainya. Walaupun sebenarnya itu semua hanya untuk ditelan sementara sahaja. Seterusnya akan didermakan kepada ikan dengan penuh perasaan. Penting juga bagi yang tak tahan mabuk, bawalah ubat mabuk. Boleh diambil di pusat kesihatan kampus... hehe free... Dulu2 pernah juga bawa koyot untuk tampal kat perut.. tapi yang derma tetap derma...

3) Kamera dan Handset
Kamera dan hanphone perlulah di cas penuh2 takut2 masa dapat ikan besar nanti kamera pulak wat hal. Paling penting ada pape kecemasan nanti, tak lah panik sangat.

4) Pakaian
Selain itu, bekalan pakaian juga penting. Terutama kain pelikat.. untuk solat, selain itu bot2 di terngganu ni takde tandas.. hanya ada open toilet..jadi kalau bawa kain pelikat boleh lah wat cover supaya pelaburan dapat di lakukan dengan tenang hati. Bawalah juga tuala kecil untuk mengelap tangan selepas menyangkut umpat. Suatu yang perlu ditekankan adalah penjagaan kebersihan diri. Walaupun hanya sehari, seeloknya bawalah berus gigi dan pembersih muka. Untuk keselesaan kita dan rakan2 pemancing yang lain.

Akhir kata; Majulah memancing untuk negara.

23 March 2009

BICARA BUKU 1


Buah ranum dari taman ini..

  • Menyelesaikan sesuatu masalah adalah lebih baik ditumpukan (dimuhasabahkan) pada soal dalaman (circle of control) justeru ia akan membawa kepada langkah penyelesaian yang bersifat proaktif daripada terus menyalahkan soal luaran (circle of concern) yang bersifat reaktif.
  • 4 faktor penting yang menjamin kejayaan seseorang @ sesebuah organisasi adalah ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap. Namun, mengikut kajian oleh Harvard Business School dan disokong pula oleh Prof. Dr. Thomas Barry, antara keempat- empat faktor itu, sikap merupakan elemen yang paling dominan yang mana sebanyak 93% kejayaan disumbang oleh factor sikap manakala faktor ilmu, maklumat dan kemahiran hanya 3%.
  • Sikap adalah tenaga penggerak dalam jiwayang memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku di 3 daerahnya yakni personal, interpersonal dan profesyen.
  • Menurut pakar sosiologi orang yang Berjaya mempunyai kepelbagaian cita- cita dan cita rasa tanpa mudah dipengaruhi.

  • Jika ingin mengubah dunia, ubahlah manusia. Jika ingin mengubah manusia maka ubahlah hatinya. Dengan mengubah hati kita akan mengubah dunia.
  • Setelah tahu dan mahu, manusia hendaklah dilatih menjadi mampu. Mampu mengubah sikapnya.