20 March 2010

REZEKIKU REZEKIKU JUA!


Macamane kau nak kawen duit takde? Kau nak bagi anak bini kau makan apa nanti?

Setiap yang lahir dimuka bumi ini telah dijamin rezekinya oleh Allah. Bagaimana ia datang, berapa banyak jumlahnya itu semua ujian dari Allah. Sebagai seorang mukmin, mengurus harta adalah suatu ibadah. Jangan tunggu harta melimpah dulu baru fikir nak belajar mengurus harta. Walaupun 10 sen harta anda, ia tetap perlu diurus dengan amanah kerana ia bakal dipersoal di akhirat kelak apatah lagi sejuta. Pastikan halal baru ambil!

Rezeki ini sifatnya mengalir. Ia untuk kita tapi mengalir dari tangan2 manusia. Meskipun begitu, rezeki itu dari Tuhan yang Maha Pemurah! Dan perlu diingat wang yang mengalir masuk ke poket anda belum tentu ia menjadi rezeki anda. Kadangkala ia menjadi rezeki anak anda, mungkin isteri anda, mungkin rezeki hospital, bengkel kereta, mak anda dan sebagainya. Apa yang menjadi darah daging juga bakal menjadi rezeki ulat dan cacing.

Jadi, yang mana bahagian kita?

Harta yang menjadi saham pahala kepada pemiliknya itulah yang dinamakan rezeki. Manakala yang menjadi penyebab dosa pula adalah istidraj. Istidraj ibarat umpan yang enak tetapi tersembunyi mata kail yang tajam yang bakal merentap urat jantung anda bila2 masa!

Seringkali kita meleleh air liur bila melihat kemewahan yang dimiliki orang lain. Banyak kali juga stering kereta kancil tiba2 menjadi lembut bila selisih dengan kereta jaguar v12 di lampu isyarat. Apa yang kita fikir adalah, seronoknya jika kita dapat pandu kereta sebegitu..

Pernah tak kita fikir;

1) Berapa banyak yang dia perlu bayar untuk dapat sebegitu mewah?
2) Dari sumber yang halalkah dia dapat kemewahan itu?

Kalau kita hanya mampu pandu kancil buruk tetapi tak pening kepala memikirkan ansuran yang bakal dibayar setiap akhir bulan, maka itulah yang terbaik untuk kita. Bahagia.

Kalau kereta kancil yang kita beli bebas dari unsur2 yang haram, ia lebih bahagia berbanding mercedes s500.

Tetapi jika dapat pandu ferrari dan mampu pula untuk membiyainya, dan halal pula caranya mendapatkannya, ia adalah yang terbaik!

_____________________________________

Kembali kepada tajuk di atas,

Bila rezeki ditakdirkan untuk kita, ia takkan dapat kepada orang lain. seorang suami yang memberi nafkah kepada isterinya tak boleh mendabik dada mengatakan isterinya memakan rezeki suami, tetapi itulah rezeki isteri. Sebab itulah, jangan sesekali berkahwin dengan niat nak menumpang rezeki pasangan.

Anak2 yang lahir juga membawa rezeki masing2.

Jadi tugas kita apa? Sebagai muslim yang mukmin, kita wajib berusaha mencari rezeki yang halal sehabis daya, seterusnya kita berdoa mohon murah rezeki dari Yang Maha Pemberi Rezeki lagi maha Pemurah, akhirnya tawakkal atas kadar mana rezeki yang kita dapat. Redha dan syukurlah kerana ia kunci kepada kebahagiaan!

Gambatte Kuddasai!

1 comment:

Qirmumtaz said...

"Kata Imam Al-Ghazali, syarat kebahagian itu 4; kau ingat segala kebaikan orang padamu, kau lupakan segala kebaikanmu pada orang, kau ingat segala keburukanmu pada orang, dan kau lupakan segala keburukan orang padamu. Pasti kau beroleh bahagia!"

~Teringat ayah yang selalu nasihat kami kecik2 dulu dengan kata-kata ni...