27 February 2010

PENDAPAT SAYA UNTUK SEBUAH KEPRIHATINAN


Alhamdulillah, syukur di atas nikmat Allah yang tidak terhitung hebatnya. Hanya orang yang berusaha bermuhasabah, bermujahadah mencari siapa hakikat diri yang akan menemui rahsia keagungan Allah yang begitu hampir kepadanya, lebih hampir dari urat nadinya sendiri.

Memadailah bagi orang celik mata hatinya untuk memerhati kejadian penciptaan dirinya yang amat sempurna dan hebat untuk mengenali kesempurnaan dan keagungan Penciptanya. Begitu sistematik dan tersusun, saling berinteraksi antara satu sistem dengan yang lain, tiada konflik melainkan yang disebabkan oleh tangan- tangan manusia yang merosakkan.

Allah yang menciptakan makhluknya yang bernama virus, bakteria, hama, kulat dan sel- sel kanser. Allah juga yang mencipta sistem imun yang menjadi pengawal setia dan doktor peribadi kepada tubuh badan makhluknya. Semuanya adalah sebagai ujian. Apakah manusia lebih mengagungkan makhluknya atau penciptanya?

Bertepatan dengan Sabda Rasulullah, "Setiap penyakit itu ada penawarnya"

Orang mukmin tidak mengagung2kan kehebatan sistem imun dan bahan yang boleh menguatkannya samaada susu, herba2, madu, kurma bahkan Transfer Factor sekalipun. Kerana sistem imun itu makhluk seperti kita. Tetapi sujud dan syukurlah kepada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Penyayang, sang pencipta sistem imun dan bahan2 yang menguatkannya.

Tetap menjadi syirik jika seseorang meyakini bahawa habbatus sauda' lah yang menyembuhkan penyakit dengan tidak bersandarkan kepada Allah. Sekalipun Habbatus sauda' itu disebut dalam hadis Rasulullah. Begitu juga Transfer Factor yang di ekstrak juga daripada makan sunnah iaitu susu.

Ramai juga yang terjerumus ke lembah syirik dengan hanya disebabkan meyakini air kosong yang dibacakan ayat2 al-Quran itulah yang menyembuhkannya. Apakah kita perlu melulu mengharamkan air kosong kerana ia telah melalaikan manusia?

Tugas sebenar kita adalah menyedarkan manusia tentang kewajipan berusaha, berdoa dan bertawakkal. Berusaha sehabis baik, berdoa sehabis harap, dan bertawakkal sehabis nekad.

Maksudnya, menjadi kewajipan kita sebagai daei mencadangkan ubat yang paling baik, penawar yang paling berkesan dan ubat yang paling berkualiti. Seterusnya sedarkan pesakit tentang kebesaran Pencipta yang sentiasa merindui rintihan dan pengaduan hambanya. Dan akhirnya, fahamkan dia bahawa Allah jualah yang akan menyembuhkan penyakitnya atas kehendak dan inayahNya.

'Sesiapa yang kenal dirinya, maka kenal Tuhannya'
-----------------------------------------------
Seorang sahabat yang prihatin bertanya;
"Salam. Mf mengganggu. just nak bertanya. TF ni Xda kaitan dgn Illmuminati ke? sbb agenda unfinisd pyramid, freemansory bakal tercapai apabila manusia berhibur sehingga melupakan Allah. iaitu seluruh manusia meletak percaya kpd TF n tak nampak kuasa Allah. Memang bahnnnya HALAL. HALAL itu mungkin nak alih pandangan kt semata untuk lari dari ubat hospital yang ada dadah kepada produk SEMULAJADI, tp yang ada behind agenda yahudi beratus tahun dulu. dan kemudian miracle kpd BCG yg telah membutakan sistem imun dtg selepas puluhan tahun dengan nama TF, dimana ia memberi CONTACT LENS kpd imun melihat dengan jelas. adakah filem 2012 yang dibuat oleh amarika menjadi noktah bahawa amarika penyelamat manusia dengan wujudnya TF dari USA sendiri. dan illuminati pula, mengumpul kekayaan membina senjata api dan pada akhirnya sistem imun yang bijak membuatkan kita menolak sunnah. ana tak ingat hadis apa, tapi lebih kurang la, ummat akhir zaman ni akan melihat amalan2 sunnah adalah pelik... em, apa pendapat nta?.....
----------------------------------------------

Sekadar sebuah pandangan,
1. Sabda Rasulullah; Kebijaksanaan itu adalah barang yang tercicir dari orang mukmin, di mana sahaja kamu menemuinya ambillah ia"

Keunikan Transfer Factor adalah pada Teknologi dan Method untuk mengekstraknya dari kolustrum. Dalam susu awal ibu, bahan yang dominan adalah TF. Ia ibarat sebuah Installer kepada sistem imun. Sebuah installer yang mengandungi sistem operasi dan database untuk memastikan sistem imun yang ada dalam tubuh bayi yang dilahirkan supaya dapat menjalankan fungsinya dapat mengenali musuh (patogen) dengan cekap. Subhanallah!.

Sekian lama manusia menyedari bahawa kolustrum mengandungi TF yang menjadi kunci kepada kesihatan manusia. Namun, tiada teknologi untuk mengekstraknya. Mereka terpaksa mengambil kolustrum secara penuh. TF adalah jujukan protein yang tidak spesific spisis. TF daripada haiwan juga boleh berfungsi dengan baik dalam tubuh manusia. Tetapi dalam Kolustrum haiwan terdapat juga komponen2 lain yang spesific spesies seperti lipid, IGg dan sebagainya yang boleh menyebabkan alergi kepada sesetengah orang.

Kajian demi kajian selama lebih 50 tahun, maka terhasillah beribu2 jurnal dan clinical abstrak. Hasil akhirnya adalah penemuan sebuah method untuk mengekstrak TF dari kolustrum. Penemuan ini amat mengembirakan manusia sejagat. Ia ditakdirkan ditemui oleh sekumpulan Saintis dari sebuah makmal yang bernama 4life Resesarch. Soalnya kenapa mereka? Tidak Muslim yang menjumpai method itu?

Kini jutaan manusia di lebih 50 buah negara sedang mengambil manfaat daripada penemuan bersejarah ini. Termasuklah pesaing paling sengit kepada Amerika iaitu negara Russia. Mereka membuat kajian lanjutan terhadap produk ini, dan setelah 3 tahun, secara rasminya Kementerian Kesihatannya meluluskan TF untuk digunakan di Hospital Kerajaan Rusia dan hospital2 swasta mereka.

Bagaimana kita?
Professor Dr. Hapipah Mohd Ali seorang saintis di Jabatan Kimia, Universiti Malaya telah membuat review dan kajian lanjutan di makmalnya. Hasilnya sungguh menakjubkan.

Sehingga akhir tahun 2009 sahaja, sudah lebih dari 600 orang medical doctor yang aktif menggunakan dan mengedarkan TF di seluruh negara.

2. Illuminati adalah perancangan rahsia. yang merangkumi segenap bidang kehidupan. Kita disuruh berhati- hati dengan agenda musuh namun jangan membiarkan andaian2 kita mendahului fakta. Kita diajar berhukum atas perkara yang kita jelas. Perkara yang tersembunyi dan sangkaan berdasarkan teori2 tertentu tidaklah boleh dijadikan asas hukum dalam menentukan halal dan haram, boleh dan tidak sesuatu perbuatan kerana yang Halal itu jelas, Yang haram juga jelas di antara keduanya ada perkara yang syubhah. Sabda Rasulullah;

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

3. Tidak semua perkara yang datang daripada Amerika adalah jahat dan memudharatkan dan yang datang dari orang Malaysia adalah baik dan patut dipuja dan disanjung. Batasan georafi adalah ciptaan Allah. Kita menetang kebatilan, bukannya bangsa atau sesebuah negara dan rakyatnya. Apa yang baik kita sokong, apa yang buruk tiada kompromi untuk ditentang.

Oleh itu, menghukum semua yang datang dari amerika adalah batil adalah kurang tepat. Bahkan dalam sesuatu sudut mereka kelihatannya lebih beretika dan sistematik berbanding kita. Mereka lebih menjaga hak2 dan professionalisme berbanding kita. Ayuh, kita perjuangkan yang haq walaupun ia dari orang yang kita benci, kita tentang kebatilan sekuatnya walaupun ia dari dari orang yang kita paling sayangi.

4. Usahlah kita cemburu dengan kejayaan orang lain yang berjaya mencipta itu dan ini, tetapi jadikan mereka suatu cabaran untuk kita berubah menjadi yang terbaik. Mujahadahlah mencari ilmu, Bersabarlah menjalani latihan membentuk pengalaman, jadilah ummat yang mahir! Jauhi buruk sangka dan hasad dengki.

"Seandainya TF datang dari ummat Islam, nescaya mereka juga akan sujud merayu untuk mendapatkan nya dari kita!." Percayalah.

Wallahua'lam.


1 comment:

Anonymous said...

salam. sahabat yang dimuliakan,ana x mau comment apa2 cuma memberi cetusan peringatan..ingat x syahadah yang anda lafazkan setiap kali tahiyyat awal dan akhir,ingat dak fatihah yang ada baca setiap raka'at sholat,ingat x do'a yang anda baca untuk kesejahteraan seluruh ummat islam dan kecelakaan bagi Nasrani dan Yahudi..bagaimana ini akan terkabul jika apa yang anda makan masih belum halal dan toyyib,bagaimana ISLAM akan bangkit semula jika kita masih terus menyumbang kepada Yahudi dan Nasrani hanya demi kepentingan diri sendiri..hanya dengan terbina PASAR ANSAR yahudi di Madinah dapat Nabi s.a.w lumpuhkan..jadi marilah bersatu bawah PASAR KITA SENDIRI..