11 January 2010

UJIAN TUHAN YANG BERBENTUK WANITA.

Qard jr menulis...
Betapa ramai lelaki yang hebat jatuh, dek kerana tewas dengan godaan sang wanita. Itu lelaki yang hebat, apa pulak lelaki yang lemah? Baru dipanggil abang, dah luluh hancur segala iman didada. Alahai....

Lelaki jenis ini memang tak boleh diharap. Kalau nak buat suami, jangan pilih lelaki jenis ini. Memang dah diciptakan wanita mudah lemas dengan penangan nafsu, maka disinilah peranan lelaki yang baik, bimbing dan jaga, nasihat dan cegah, bukan turut cair mahupun mengambil kesempatan keatas kelemahan itu.

Lelaki yang kuat bukanlah hanya dilihat dari sisi fizikalnya sahaja, tetapi paling penting harus dinilai berapa kuatkah dia berpegang pada prinsip hidupnya. Betapa kuatkah dia dalam menjaga batasan agama. Jangan suka menyalahkan wanita jika ia menggoda. Tapi salahkan dirimu kerana mudah tergoda.

Bimbinglah kaum hawa ini dengan bimbingan wahyu. Jangan mengharapkan si dia membimbingmu, menegur lakumu, oh, bagaimana mungkin orang yang sudah lemas mampu menyelamatkan orang yang lemas??

Apa perananmu kaum adam??
1. Mendalami selok belok agama. Tahu yang mana harus, makruh dan haram untuk dilakukan.
2. Sematkan disiplin itu dalam sanubari menjadi prinsip yang kau pertahankan
3. Awasilah wanita disekelilingmu daripada lemas, selamatkanlah ia jika dah lemas bukannya bersubahat melemaskannya.
4. Jika wanita disekelilingmu lemas maka kau adalah lelaki yang lemah!

Ingatlah, kau adalah pemimpin!

1 comment:

TRANSFERFACTOR@UAK said...

oH BAGUS TULISANI.. SAYA MINAT..