13 January 2010
KESIHATAN IMUN VS KESIHATAN IMAN
Komponen jasmani dan rohani dalam tubuh manusia saling berkait dan berimbangan. Jika salah satunya tak mendapat keperluannya, ia sudah pasti turut menjejaskan yang satu lagi.
Kedua2 komponen ini perlu berada dalam keadaan yang stabil dan optimum setiap masa. namun, persekitaran yang pelbagai menyebabkan berlakunya turun dan naik dan pasang surut. Ketika melawat seorang sahabat di hospital, saya dapat melihat ramainya orang sedang mengalami sakit jasmani. Namun, di pantai yang tak jauh dari hospital kelihatan ramai remaja dan retua yang sedang mengalami sakit rohani berada dalam khayalan nafsu.
Bagi memastikan kedua2 komponen penting ini sentiasa 'sihat'. Allah bekalkan kepada manusia 2 doktor peribadi yang dinamakan Sistem Imun dan Sistem Iman. Pasti kita selalu dengar tentang sistem imun, tapi sistem iman amat jarang dikupas.
Hakikatnya, jasmani atau tubuh fizikal kita adalah tempat yang sangat subur dan menjadi rebutan untuk dijadikan tempat pembiakan segala micro organisma termasuk virus, bakteria, kulat dan segala jenis parasit. Di samping itu, sel- sel mutan seperti sel kanser, sis dan segala jenis ketumbuhan juga sangat cepat berkembang biak kerana mendapat bekalan nutrien yang tak putus- putus dari apa yang kita makan dan minum.
Begitu juga jasmani kita tak lekang dari menerima ancaman dan cubaan menjajah oleh syaitan yang terlaknat, nafsu yang menghasut kearah kejahatan, orang kafir yang memerangi, orang munafik yang bermuka- muka serta orang Islam yang dengki dan khianat. Kelima- lima musuh jahat ini tidak mensasarkan kemusnahan fizikal sebagai fokus utama, tetapi visi meraka adalah untuk melihat rohani manusia tunduk patuh pada jajahan mereka. Jika kemusnahan fizikal menjadi tujuan mereka, sudah pastilah orang yang tidak beriman juga menjadi sasaran mereka. Tapi ternyata, hanya orang beriman sahaja yang dijadikan mangsa.
Sistem imun bertindak sebagai pengawal keselamatan yang akan memastikan anasir penceroboh jasmani dapat dikekang sebelum ia bertindak melumpuhkan sistem badan. Begitu juga sistem iman menjalankan fungsi sebagai tentera yang kuat dalam memerangi musuh rohani.
Namun, harus diingat, kunci kepada kekuatan jasmani dan rohani manusia terletak pada kesihatan dan kemampuan imun dan iman. Oleh itu, ia sering kali dijadikan sasaran serangan, dan sering kali juga kita tewas tersungkur.
Kaitan rapat antara iman dan imun sudah dapat dikaitkan secara saintifik akhir- akhir ini. Pada Hari sabtu yang lalu, GID Dr. Tamilselvan membentangkan bahawa, kunci utama dalam penjagaan kesihatan adalah memastikan tahap stress (sistem iman) pada tahap paling minima, dan tahap mengambilan makanan seimbang paling tinggi (sistem imun).
Ramai orang yang mendapat sakit kerana tahap stress yang tinggi. Oleh itu penyelesaian yang Islam cadangkan adalah dengan ibadat dan amalan yang boleh memberi ketenangan. Disamping itu, Islam mewajibkan ummatnya memilih makanan yang halal lagi baik untuk memastikan sistem imun dalam tubuh dapat dipertingkatkan.
Sekian...Qard jr.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment