26 May 2009

Bila Artis Berpoligami


Kecoh dua tiga hari ni kat media isu poligami Ustaz Akhil Hay dan Wahida. Namun, di sana ada beberapa pelajaran yang boleh kita pelajari. Antaranya

  1. Poligami sudah dapat diterima secara positif oleh majoriti masyarakat kita pada hari ini.
  2. Suami yang mampu dan terbukti mampu dalam segala aspek rumah tangga saja layak menjalani poligami untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap poligami tercetus semula.
  3. Diantara bukti kemampuan suami adalah mampu memberitahu isterinya hasrat untuk berpoligami tanpa menimbulkan polemik yang besar dan kronik.
  4. Sesungguhnya, suami yang baik dan bertanggungjawab akan disayangi isteri. Perasaan sayang inilah yang menjadikannya tidak sanggup untuk kehilangan suami meskipun perlu bermadu.
  5. Jika isteri pertama anda terdetik mintak diceraikan jika anda menyuarakan hasrat mahu berpoligami, itu beerti anda masih belum mampu berpoligami. Itu juga membawa maksud, anda bukanlah murabbi yang baik kepada isteri anda.
  6. Ciri- ciri suami yang layak berpoligami adalah suami yang tidak mengabaikan peranannya sebagai suami kepada isterinya, ayah kepada anak- anaknya, anak kepada ibu- bapanya dan menantu kepada mertuanya.
  7. Suami perlulah menyedari bahawa tujuan diharuskan poligami adalah untuk membela wanita bukan untuk menganiayai mereka. Oleh itu, jika anda rasa tindakan anda berpoligami akan menyebabkan ada wanita teraniaya dan terzalimi zahir dan batinnya maka hukum harus itu sudah bertukar menjadi haram.
  8. Sesungguhnya poligami adalah untuk orang yang mampu sahaja. Anda mampu? Tak mahukah anda menjadi mampu? Atau anda sememangnya golongan Orang Kurang Upaya kekal.
  9. Orang Islam adalah orang yang mampu. Usaha menjadi mampu adalah menjadi kewajipan. Kenapa Islam wajibkan mencari rezeki? Mengapa Islam wajibkan menuntut ilmu? Semuanya adalah bagi melahirkan ummah yang mampu.
  10. Elakkan diri anda dari poligami jika sekiranya anda;
  • Tiada ilmu 'fiqh poligami' iaitu kefahaman tentang hukum dan batasan syara' mengenai poligami .
  • Tidak pernah memiliki seorangpun kawan yang berpoligami
  • Tidak tahu sebab kenapa anda 'wajib' berpoligami. (sejak bila pulak poligami ni jadi wajib?) jika anda tak tahu nak jawab soalan ni tak payah lah fikir nak poligami. Pegi belajar dulu.

5 comments:

Cik Awan Butirstar said...

ambo setuju benar tuh.

gapo-gapo pun kita kena ada ilmu. Baru jadi kijo.

Tok kiro lah ilmu poligami ke, ilmu akademik ke, ilmu pertanian ke, ilmu memancing ke dan macam-macam lagi lah ilmu yang mesti kita ada.

Kalu bab poligami ni kita kena memandang poligami adalah suatu penyelesaian dan memberikan kebaikan kepada kita. Kenapa saya kata begitu kerana ramai antara kita memandang serong poligami ni termasuklah media massa yang suka menyiarkan kesan buruk poligami. Walhal banyak lagi kesan baik poligami tetapi tidak ditonjolkan.

Pada era globalisasikan ni kita mesti membuat anjakan paradigma kita dengan mengamalkan poligami ni. Ini kerana saya melihat poligami dapat menyelamatkan kaum wanita yang sekarang ni ditindas.

Buktinya ialah kes akhil hay. KAlau akhil hay tidak kahwin dengan waheeda siapa lgi nak kahwin dengan dia?

Tindakan akhil hay berpoligami adalah satu tindakan yang bijak. Cuma konflik yang berlaku dengan isteri pertama perlu dibincang dengan lebih lanjut. JAngan kita cepat melatah.

ZULKIFLI BIN CHE NOH said...

Em.. bagus2 cik awan. Apapun, berpoligamilah atas misi dakwah. Sesiapa yang layak dan mampu terutama ahli haraki sepatutnya mengamalkan poligami. Hal ini kerana mereka yang memahami ini dapat menunjukkan kepada masyarakat bagaimana berpoligami menurut syariat Islam. Jangan biarkan poligami dipelopori oleh orang yang tak faham Islam. Mereka nilah yang terus menconteng arang dimuka poligami. Lalu masyarakat mengatakan; "Huh, lihatlah betapa buruknya poligami"!.

syuhadah zawawi said...

Cantik pandangan tu..pemikiran yang hebat dari orang yang hebat..if bleh kupas lagi dan pnjangkan lg isu poligami dari sudut haraki lg bagus..

tapi suke jg pd pndngan ust hasrizal "bahagiakn diri dengan satu isteri.." (^_^)

ZULKIFLI BIN CHE NOH said...

Syukran cik syuhadah,
Saya setuju dengan petikan kata2 ust hasrizal "bahagiakan isteri dengan satu isteri"

Ia adalah jalan yang paling selamat, paling sedikit risiko (walaupun sebenarnya besar jugak), sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Namun, bagi orang yang suka mencabar diri, orang yang ada misi dakwah tersendiri, maka eloklah dia membuat persediaan awal bagi melengkapkan diri dengan ilmu, perkongsian pengalaman, senarai masalah2 yang selalu dihadapi oleh poligamist serta langkah penyelesaian terbaik.

Wallahua'lam.

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

“Marry women of your choice, two, or three, or four; but if ye fear thatye shall not be able to deal justly (with them), then only one.”
[Al-Qur’an 4:3]