24 April 2010

PENDAPAT SAYA UNTUK SEBUAH KEPRIHATINAN (II)


Assalamualaikum..

Alhamdulillah makin lama makin ramai masyarakat sudah buka mata dan mula menerima konsep perniagaan berbilang tingkat (MLM). Bukan mudah kita nak meyakinkan masyarakat bahawa konsep perniagaan seperti ini bukanlah suatu yang asing. Namun, oleh kerana sudah lama kita terdedah dengan kaedah pemasaran secara konvensional maka agak sukar untuk kita perkenalkan suatu konsep pemasaran yang baru.

Persepsi masyarakat yang seringkali ditipu oleh beberapa sindiket penipuan juga menjadi cabaran kepada para usahawan MLM. Sesetengah masyarakat nampaknya sudah fobia dan keliru dengan kesahihan MLM. Ini semua kerana terdapat sindiket penipuan yang menggunakan nama MLM sebagai topeng penipuan mereka.

Hakikatnya, manusia akan memusuhi apa yang mereka tidak kenal. Jadi normallah apabila ada orang tidak dapat menerima konsep MLM ini kerana ia masih baru dan banyak dikelabui oleh persepsi2 negatif orang2 yang kecewa.

Namun, MLM tetaplah MLM, ia suci dan halal selagi mana tidak dicemari oleh unsur2 yang haram. Atas dasar itulah Ustaz Zaharudin juga menubuhkan suatu perniagaan berkonsepkan MLM. Beliau mahu, apa yang beliau ucapkan, komen, mengenai MLM dipraktikkan secara reality. Jadi orang boleh lihat dan menilai MLM macamanakah yang dibolehkan dalam Islam.

Ok, perkara pertama dah setel. Iaitu, Asal hukum MLM adalah harus. Sebagaimana harusnya SLM (Single Level Marketing).

Kembali pada persoalan tadi, Setahu saya dalam 4life tiada panel syariah yang tertentu. Namun, setakat hari ini sistem yang diguna pakai untuk pembayaran bonus iaitu sistem Leveraging Compress adalah sangat adil dan tiada fatwa yang pernah mengharamkannya.

Selaku pakar muamalat Islam juga, saya tidak pernah membaca sebarang komen negative daripada Ustaz Zaharudin atau mana2 pakar mengenai Syarikat 4life Research yang mana mustahil Ustaz tak pernah mengkaji tentang syarikat ini memandangkan beliau juga seorang pengamal MLM.

Saya juga tidak pernah mendengar para pengedar memberi komplen mengenai sistem pembayaran bonus dalam 4life Research melainkan komplen yang positif. Namun, saya mengalu- alukan sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang sistem ini bolehlah melayari website seperti; http://www.professionalnetworkers.com/ dalam tajuk science behind plan.

Saya secara tegas menyatakan, adalah tidak adil dan berniat jahat untuk menuduh secara melulu mana2 perniagaan sebagai HARAM sebelum dikaji dan difahami dengan teliti.

Soalan kedua pula mengenai harga. Harga adalah suatu yang bersifat subjektif. Ia tidak statik. Sebagai contoh, sebagai peminat batu permata, Batu Zamrud adalah batu yang dikelaskan sebagai bernilai tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit. Sebagai peminat permata zamrud, saya tak kata ia terlalu mahal dan tak munasabah sebab saya bandingkan dengan kualitinya yang hebat itu.

Bagaimana anda mahu mengatakan kereta BMW itu terlalu mahal berbanding kereta kancil. Harga ini menindas? Sesiapa yang mahu membeli BMW silakan, yang tak mampu sila jalan kaki! Transfer Factor adalah makanan tambahan, Syarikat 4life Research tidak pernah mewajibkan mana2 individu untuk mengambilnya. Dan ia bukan pula makanan asasi manusia. Kalau anda mampu anda beli, kalau anda tak mampu anda buat bisnes 4life supaya anda jadi mampu. Untuk pengetahuan anda saya dan ibu dapat makan Transfer Factor secara percuma setiap bulan. Apa yang mahalnya?

Untuk pengetahuan anda, Transfer Factor bukanlah barang sembarangan yang boleh nak dibandingkan dengan harga sebungkus tepung gandum.. Clumsy! Anda harus tahu, untuk menghasilkan transfer factor yang mendapat tempat pertama dalam rangking makanan kesihatan dunia, ia mengambil masa lebih 50 tahun kajian yang menelan belanja lebih 40 juta USD. Pada anda berapa sepatutnya harga yang sesuai dengan produk sebegini?

Anda boleh katakan spirulina syarikat A lebih mahal berbanding syarikat B. Tetapi anda harus tahu, di dalam dunia ini hanya Syarikat 4life Research yang mengeluarkan Transfer Factor. Jadi anda kata ia mahal, anda bandingkan dengan syarikat mana?

Hakikatnya barangan akan menjadi lebih murah bila ia didagangkan menggunakan sistem MLM. Murah tak beerti harga rendah, tetapi ia berpatutan dengan apa yang kita bayar. Produk2 tidak berkualiti biasanya tidak akan didagangkan dalam MLM. Kerana MLM memerlukan belian ulangan (repeat sale) untuk terus hidup. Malah di dalam MLM terdapat bayaran balik dalam bentuk bonus atas pembelian yang dibuat. Ia berbaloi bukan?.

Selamat mengkaji. Seorang qadhi pun akan mengkaji terlebih dahulu sebelum menghukum, apakan pula seorang daei seperti kita…

Pandangan diatas sebagai memberi pendapat kepada soalan berikut;

1)dlm 4life ni ada x org islam yg btul2 pakar tentang kewangan Islam. tolong ana nak kupas/ setelkan persoalan ni deh.

2)dan dgn harga yg terlalu tinggi, mcm menindas (menyusahkan) org je,padahal harga sebenar xde la semahal tu. tapi sebab produk MLM dia selalu mahal.

04 April 2010

Ini Semua Kau Punya Pasal!!


Assalamualaikum..

Andai saya dapat berjumpa dengan Dr. Fadhilah Kamsah, pasti akan saya ucapkan terima kasih padanya. Sebab ada suatu ilmu yang berkat yang saya dapat simpan daripada beliau;

"Sebelum kita tidur, maafkanlah semua orang, buang segala dendam, InsyaAllah Allah akan mudahkan orang lain untuk memaafkan kita".

Bagi saya ini adalah suatu azimat yang tak ternilai harganya, yang telah membuatkan saya hingga ke hari ini tidak mempunyai musuh yang patut saya dendami.

Kata Imam Al-Ghazali, syarat kebahagian itu 4; kau ingat segala kebaikan orang padamu, kau lupakan segala kebaikanmu pada orang, kau ingat segala keburukanmu pada orang, dan kau lupakan segala keburukan orang padamu. Pasti kau beroleh bahagia!

Orang yang ada sekelumit dendam dalam hatinya tidak ada bahagia. Dia mudah terkena penyakit. Dia mudah menjadi pemarah. Dia mudah menjadi pendengki.

Dendam itu racun.

Kita adalah manusia, tak lepas dari membuat orang sakit hati. Oleh itu, terimalah juga kenyataan bahawa orang disekeliling kita juga manusia yang mempunyai sifat kejadian yang sama. Apa yang paling penting, siapakah diantara kita yang mampu memaafkan kesalahan orang lain. Dialah yang terbaik.

Marilah kita mengamalkan konsep muhasabah. Setiap benda buruk yang berlaku, reflekkan balik kepada kita. Mungkin ini kifarah kepada kesilapan langkah yang kita ambil. Jangan mudah menunding jari kepada kelemahan orang lain sebab orang lain juga bukan susah untuk menunding jari kearah kita.

Kalau mereka tak pernah menunding jari kepada kita, itu bukanlah menggambarkan kita tak pernah menyakitkan hati mereka, tapi, mereka sedang bersabar dengan karenah kita.

Kalau kita nak senaraikan kelemahan dan kesilapan orang memang sangat senang, tetapi alangkah baiknya kalau setiap hari kita senaraikan kebaikan dan jasa orang pada kita. Pasti kita akan malu dan segan untuk bersikap buruk padanya.

Cuba senaraikan kebaikan dan jasa yang pernah ibu kita berikan pada kita, nah sekarang sanggupkah anda bertindak kurang ajar dengan ibu anda?

Begitulah juga manusia disekeliling kita.. Kawan2 kita, bukan sedikit jasa mereka pada kita, mereka bersama mencorak kanvas kehidupan kita dari mula bertemu hingga hari ini. Andai kita tahu dan sedar tentang ini, kita tidak akan sanggup untuk melukai mereka walau dengan sebaris cerca! Apatah lagi mendendami.

Akhirnya; ingatlah kata2 Imam Al-Ghazali;
"Andai ada orang memujimu, itu bukan beerti kau ada sesuatu kelebihan dan kehebatan, tetapi itu hanyalah kerana Allah masih menutup keaibanmu". Oleh itu, Bersyukurlah!

20 March 2010

REZEKIKU REZEKIKU JUA!


Macamane kau nak kawen duit takde? Kau nak bagi anak bini kau makan apa nanti?

Setiap yang lahir dimuka bumi ini telah dijamin rezekinya oleh Allah. Bagaimana ia datang, berapa banyak jumlahnya itu semua ujian dari Allah. Sebagai seorang mukmin, mengurus harta adalah suatu ibadah. Jangan tunggu harta melimpah dulu baru fikir nak belajar mengurus harta. Walaupun 10 sen harta anda, ia tetap perlu diurus dengan amanah kerana ia bakal dipersoal di akhirat kelak apatah lagi sejuta. Pastikan halal baru ambil!

Rezeki ini sifatnya mengalir. Ia untuk kita tapi mengalir dari tangan2 manusia. Meskipun begitu, rezeki itu dari Tuhan yang Maha Pemurah! Dan perlu diingat wang yang mengalir masuk ke poket anda belum tentu ia menjadi rezeki anda. Kadangkala ia menjadi rezeki anak anda, mungkin isteri anda, mungkin rezeki hospital, bengkel kereta, mak anda dan sebagainya. Apa yang menjadi darah daging juga bakal menjadi rezeki ulat dan cacing.

Jadi, yang mana bahagian kita?

Harta yang menjadi saham pahala kepada pemiliknya itulah yang dinamakan rezeki. Manakala yang menjadi penyebab dosa pula adalah istidraj. Istidraj ibarat umpan yang enak tetapi tersembunyi mata kail yang tajam yang bakal merentap urat jantung anda bila2 masa!

Seringkali kita meleleh air liur bila melihat kemewahan yang dimiliki orang lain. Banyak kali juga stering kereta kancil tiba2 menjadi lembut bila selisih dengan kereta jaguar v12 di lampu isyarat. Apa yang kita fikir adalah, seronoknya jika kita dapat pandu kereta sebegitu..

Pernah tak kita fikir;

1) Berapa banyak yang dia perlu bayar untuk dapat sebegitu mewah?
2) Dari sumber yang halalkah dia dapat kemewahan itu?

Kalau kita hanya mampu pandu kancil buruk tetapi tak pening kepala memikirkan ansuran yang bakal dibayar setiap akhir bulan, maka itulah yang terbaik untuk kita. Bahagia.

Kalau kereta kancil yang kita beli bebas dari unsur2 yang haram, ia lebih bahagia berbanding mercedes s500.

Tetapi jika dapat pandu ferrari dan mampu pula untuk membiyainya, dan halal pula caranya mendapatkannya, ia adalah yang terbaik!

_____________________________________

Kembali kepada tajuk di atas,

Bila rezeki ditakdirkan untuk kita, ia takkan dapat kepada orang lain. seorang suami yang memberi nafkah kepada isterinya tak boleh mendabik dada mengatakan isterinya memakan rezeki suami, tetapi itulah rezeki isteri. Sebab itulah, jangan sesekali berkahwin dengan niat nak menumpang rezeki pasangan.

Anak2 yang lahir juga membawa rezeki masing2.

Jadi tugas kita apa? Sebagai muslim yang mukmin, kita wajib berusaha mencari rezeki yang halal sehabis daya, seterusnya kita berdoa mohon murah rezeki dari Yang Maha Pemberi Rezeki lagi maha Pemurah, akhirnya tawakkal atas kadar mana rezeki yang kita dapat. Redha dan syukurlah kerana ia kunci kepada kebahagiaan!

Gambatte Kuddasai!

27 February 2010

MISI SAYA ADALAH MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG HEBAT!


MLM adalah media terbaik untuk lahirkan pemimpin yang teoritikal dan praktikal. Selangkah anda masuk ke dalama dunia MLM, apa yang anda harus fikirkan adalah bagai mana anda mahu memiliki seterusnya memimpin kumpulan anda dengan baik.

Setiap orang adalah leader kepada kumpulannya sendiri. Ia tiada kaitan dengan orang atas anda. Anda akan dibayar atas kapasiti anda sebagai CEO kepada organisasi anda. Walaubagaimana hebat sekalipun upline anda, jika anda hanya ada kumpulan yang kecil dan pasif, anda tetap kerdil.

Anda harus pandai menjana tenaga kumpulan anda agar dapat disatukan membentuk gelombang yang besar. Anda harus bermentaliti pemimpin.

Apa yang harus anda lakukan adalah sedarkan ahli kumpulan anda bahawa mereka adalah pemimpin kepada kumpulan mereka. Dan mereka akan dibayar berdasarkan keberkesanan kepimpinan mereka. Mereka harus ada inisiatif tersendiri untuk menjadikan kumpulan mereka berdaya saing. Oleh itu, siapa upline kita itu tidak penting dalam MLM. Namun, banyak manfaat yang boleh kita cedok dari upline2 kita.

Pemimpin yang hebat sentiasa memperbaiki kebolehan dan kemampuan yang ada pada diri mereka. Anda harus sedarkan minda separa sedar anda dengan potensi besar yang anda ada. Anda diciptakan untuk pergi lebih jauh dari apa yang anda ada pada hari ini.

Jadilah pemimpin yang tak segan untuk berkorban demi organisasi. Jangan pagari diri anda dengan seribu alasan kerana alasan2 itulah yang akan menjadi tembok pendinding anda dengan kejayaan.

Selalulah berhubung dengan ahli2 anda, bertanya khabar dan memberi bimbingan. Anda sebagai pemimpin juga perlu ada inisiatif bagi mengatasi masalah ahli yang kurang aktif. Kalau dia segan untuk menghubungi anda, anda perlu menghubungi mereka.

Sedarkan mereka ilmu dan pengalaman tidak dapat dibeli tetapi perlu bermujahadah mencarinya. Budayakan kaedah mengadap guru dalam hidup, pasti ilmu yang kita dapat lebih berkat.