15 November 2007

Terokaan Seluas Lautan

Kawasan Sampling Final Year Project di Sungai Setiu, Besut.

SYUKRAN JAZILAN UMMI... UHIBBUKI ABADA INSYA ALLAH!

Cik,
Ana sayang Cik...... :)
Menumpang di segenap ruang
Yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
Kepahitan itu kau rasa indah demi anakmu
Setitis air mata ibu
yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga
jika tiada keampunannya
azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam....

Awas makanan HARAM berleluasa di Malaysia!!


Terkejut juga bila ,membaca kenyataan akhbar JAKIM bahawa mereka tiada kuasa untuk menyekat pengedaran makanan yang mengandungi bahan HARAM walaupun diedar secara terbuka. Nah! satu lagi projek Islam Hadhari untuk menghitamlegamkan hati perut umat Islam. Oleh itu, saya menyeru sahabat2 semua berhati- hatilah dalam memilih makanan kita. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa sesungguhnya setiap daging yang tumbuh dari sumber yang HARAM maka api nerakalah yang paling layak untuknya.

14 November 2007

Trip Memancing laut dalam November 2007


10 haribulan yang lepas menyaksikan satu lagi sejarah telah tercipta. Kali pertama semenjak mencebur diri dalam dunia pancingan rekreasi ni, saya telah berjaya menaikkan seekor Aruan Tasik 3kg dan pelbagai ikan bersaiz pra mega yang lain... ni upah mabuk laut yang saya hadapi pada malam tu kot. sampai tak larat nak bangun dibuatnya.
Baru kusedari betapa perit jerihnya para nelayan bot kecil berjuang mencari secebis rezeki untuk anak isteri... berterima kasihlah!

Salam Sejagat.

Doakan Rohazwan cepat sembut ya. Syukran

11 November 2007

Ahad, 11 November 2007


Ya Allah Kurniakanlah kepada kami para isteri dan zuriat yang menjinakkan mata- mata kami dan jadikanlah kami semua pimpinan tauladan kepada orang- orang yang bertaqwa.