08 December 2009

MAJLIS KORBAN FAMILY QARD jr






Miau.. miauuu... eh silap.. boohhh...












Masuk la kalau berani!!












Pegang hidung die... hahaha














Mati dalam iman!!!

19 November 2009

Cahaya Lilin Anda kan Malap?

" Cahaya lilin anda tidak malap apabila anda menyalakan lilin yang lain"



Tiada perkara yang lebih menyentuh perasaan orang ramai daripada melihat pemimpin yang dermawan. Sikap murah hati yang sebenar bukanlah ritual tahunan, bulanan atau bersedekah sekali- sekala sahaja.

Sikap pemimpin yang benar2 pemurah dapat dilihat daripada segala aspek kehidupannya. Beliau akan sanggup berkongsi masa, wang ringgit, bakat dan harta bendanya dengan rela hati setiap masa.

Pemimpin yang efektif dan disayangi pengikutnya tidak mengumpul harta dan sumber untuk dirinya sahaja, tetapi bagi dikongsi bersama. Pupuklah sikap murah hati ini dalam jiwa anda dengan mengamalkan perkara berikut;


  • Bersyukur dengan apa yang ada
"Jika anda tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang, anda masih tidak akan berpuas hati walaupun lebih kaya nanti"
  • Dahulukan orang lain
"Pemimpin yang baik tidak diukur dengan berapa ramai pengikutnya, tetapi berapa ramai orang yang sudah beliau bantu"
  • Jangan gila harta
"Jika anda mahu mengawal hati anda, jangan biarkan harta benda mengawal hidup anda"
  • Lihatlah wang hanya sebagai sumber
"Wang boleh menjadi hamba yang baik ataupun tuan yang sungguh dahsyat,. Jika dibiarkan ia menguasaimu, anda akan terseksa menjadi hamba abdinya"
  • Pupuk tabiat memberi
"Perbuatan melepaskan wang ataupun harta benda yang lain membawa perubahan pada jiwa kita. Ia menghapuskan sikap tamak dalam diri kita"

....................................................
Renungkan kata2 ini:

"Hari ini tidak bermakna selagi anda tidak membuat sesuatu untuk orang yang tidak mungkin membalas budi baik anda"

note: Artikel ini diolah dan disusun daripada buku "The 21 Indispensible Qualities of A Leader tulisan John C. Maxwell.

09 November 2009

Mak Ayah Bergaduh, Abang2 buat kalut...

Sudah sunnatullah, perjalanan hidup ini penuh ujian. Kerana dengan ujian inilah dapat dinilai harga sebenar seorang insan.

Akhir2 ini kita dikejutkan dengan gejolak deras yang sedang melanda bahtera perjuangan kita. Pimpinan dan ahli sedang diuji Tuhan.

Kali ini Qard jr nak menyentuh sikap abang2 sulung yang faham dan berdepan secara terus dengan gejolak diantara ayah dan ibu jemaah besar kita. Apa yang Qard jr maksudkan adalah pimpinan peringkat bawah yang mencuri2 dengar apa yang berlaku diantara ayah dan ibu.

Apa sikap kita terhadap adik2 yang masih belum mengerti? kadang2 mereka mendengar dentuman lesung dan kuali yang dibaling ibu pada ayah. Tapi mereka tak faham, kenapa lesung itu dibaling.. apa salah lesung..

Ketika adik2 sedang kebingungan terperuk ketakutan di ceruk dinding, datang sang abang sulung yang bahlul. Lalu bersyarahlah dia. Adik2 tahu tak, ayah pukul ibu tadi.. guna lesung..jahat kan ayah..

Sebelah petang kaklong pula berbisik pada adik.. ayah tak salah, ibu yang curang.. masa ayah takde ibu selalu kuar rumah..

Adik pening...

Jangan jadi abang2 dan kakak yang macam tu dalam jemaah kita....

Kan lebih elok kalau begini..
"Adik, mari dekat abang. Mak dengan ayah tak apa2.. mereka sedang menyelesaikan masalah mereka. Yang penting, mari kita teruskan kerja2 kita. Bina keluarga yang baik. Kita doakan mak dan ayah kita dapat selesaikan masalah mereka dengan baik ye. Kita doakan agar mereka saling menyayangi" Jom ikut abang pegi main kat luar.

Sebagai abang yang bertanggung jawab, nasihatilah ayah. Dekatilah ibu, bantulah mereka mencari jalan keluar. If tak mampu menegur ayah dan ibu, kita masih mampu menjaga emosi adik2!

Qard jr...

06 November 2009

Terima Kasih Dato'


Alhamdulillah. semenjak qard jr. mencebur diri dalam dunia bisnes ni dah macam2 orang yang dapat qard jr jumpa.

Yang terbaru, Dato' Aminuddin Baki Esa (Pak Sepupu si Uzair Rusli Bio-M). Dekat 3-4 jam jugak duk borak ngan dia. Bincang pasal bisnes MLM. Banyak jugak ilmu baru yang Qard jr dapat kutip hasil pengalaman luas Dato' Amin. Kerjaya utama dia sebagai Strategic Project Advisor kat Integrasi Erat Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding IT.

Asalnya, Dr. Azwan sendiri nak turun untuk closing qard jr tentang produk Alpha Lipid, tapi ada musyaqqah. Walaubagaimanapun Dato' pun tak mengecewakan. Dalam NZ New Image (Pembekal susu Alpha Lipid) dia dah dapat pangkat Emerald.

Antara mutiara yang dapat Qard kutip sepanjang pertemuan di Kedai Nasi Ayam Hainan Batu Buruk adalah;

1. Ramai manusia tak bersyukur atas kurniaan potensi aqal yang dikuniakan Allah. Tak ramai yang guna akal untuk capai peringkat optimum dalam hidup.

2. Kunci kejayaan dalam bisnes MLM adalah memahami Bisnes Plannya.

3. Orang muda ada hammasah yang sangat penting untuk berjaya dalam MLM.

4. Alang2 nak wat MLM.. biar sampai tidur atas duit...banyaknya....

kata2 akhir sebelum berpisah.... Zul, keep in touch ye!
Insyaallah Dato'!

Alhamdulillah... jom wat bisnes..

30 October 2009

Tingkatkan Thiqah, Jauhi Taasub!

Assalamualaikum w.b.t.

Kata saya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang mungkin ada agenda saraf, mungkin ada tujuan tertentu yang ahli macam kita sukar untuk faham, mungkin juga Allah nak uji sejauh mana tahap thiqah kita kepada pimpinan jemaah.

Eh, nta jangan taasub syeikh! tegur sahabat saya..apa yang betul kita kena kata betul, yang salah kena tolak.

Masalahnya sekarang apa ukuran betul atau salah itu? apa authoriti kita nak hukum orang tu betul orang ni salah, apakah sudah cukup sahih dan memadai maklumat yang kita ada untuk membuat kesimpulan? Dari mana kebanyakan sumber maklumat kita? Sumber fasiq ke sumber yang bertaqwa? Pendirian saya, selagi mana belum diputuskan oleh Majlis Syura, jawatankuasa disiplin parti, selagi itu kewajipan thiqah terhadap pimpinan tidak tertanggal.

Nahnu nahkum bizzawahir syeikh.. dia berhujjah..

Masalahnya zawahirnyapun nta belum jelas.. macamana nak nahkum.. bimbang juga takut jadi, nahnu nahkum bil jawahil! Tak ke zalim tu.. pimpinan kita ahli ilmu, mereka ada hujjah atas tindakan mereka, apakah hujjah kita dihadapan Allah untuk membela diri atas tuduhan2 kita pada mereka.

Apa beza thiqah ngan taasub syeikh? tanya sahabat saya lagi..

Thiqah ni syeikh, kita kena letak sepenuh keyakinan bahawa apa yang diputuskan oleh jamaah (amal jama'i) (tak termasuk pandangan peribadi) ia ada kemaslahatan tertentu samaada kita dapat faham atau tidak, samaada sesuai dengan pendirian kita atau berbeza.

Tapi syeikh, kalau keputusan tu dibuat sorang2 jadi keputusan jemaah tak?

Syeikh, Amal jamai ni tak semestinya kena ramai2. Kalau kenyataan atau keputusan dibuat atas kapasiti jawatan yang dipegang (bidang kuasa), maka ia juga boleh termasuk sebagai amal jama'i.

Taasub pulak?

Taasub ni kita membela orang yang kita suka tanpa asas yang syarie pada masa yang sama kita membuat tuduhan kepada orang yang kita kurang suka tanpa hujah2 yang kukuh mengikut kaedah2 Islam.

Tapi ana kena bersuara syeikh.. sebab ana sayangkan jemaah. Ana tak nak apa2 yang tak elok terjadi pada jemaah yang ana sayang ni..

Baguslah pendirian nta tu. Kita kena sama2 semaikan cinta sayang kita pada jemaah. Kita sama2 betulkan apa yang tak betul. Mungkin pimpinan terlepas pandang. Ayuh kita guna saluran yang betul. Saluran yang benar2 dapat menyampaikan teguran kita pada yang terlibat. Jangan tiru perangai UMNO, nak tegur pimpinan mulakan dengan bentuk team. Hasut supaya taasub. Kemudian serang pimpinan secara tak beradab. Jangan syeikh!

Saranan saya:
Ayuh kita bezakan diri kita sebagai ahli gerakan Islam dengan akhlak musuh Islam. Kita ada etika, kita ada kepimpinan, kita ada majlis syura. Tugas kita memberi penjelasan yang baik kepada masyarakat yang sedang keliru, dan bukannya kita menmbahkan kekeliruan yang ada dengan sebab kegelojohan kita. Thiqah tunggak perpaduan, Taasub racun jamaah!

Salam Perjuangan!