09 July 2009

Akhirnya Bebalnya Terbungkam Jua.

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, kabinet mengumumkan PPSMI yang dipertahankan oleh juak2 dalam UBN
akhirnya akan dimansuhkan secara beransur2 bermula tahun 2012.

Sekalung tahniah kepada para pejuang bahasa yang tak pernah jemu walaupun
diancam, dihina, di sembur gas dan air kimia namun, akhirnya membuahkan hasil.

Inilah kekuatan rakyat, bila rakyat bersatu, kerajaan akan segan dan tidak akan
sewenang2nya akan menggubal sesuatu dasar yang tak menguntungkan rakyat ,malah
merugikan.

Sebagai ahli gerakan, kita mesti faham, kenapa kita menyokong perjuangan
mengembalikan peranan bahasa ibunda dalam negara kita.

Antara kepentingan yang menjadi asas perjuangan ini ialah:

1) Menyekat kemaraan agenda kolonialisme moden.
2) Meningkatkan Izzah jatidiri ummat dan menghapuskan kebergantungan kepada
kuasa barat.
3) Memastikan keperluan pendidikan rakyat dapat dipenuhi serta dapat
meningkatkan kualiti pencapaian murid.
4) Mengambil peluang siasah dengan menggunakan platform yang terbentuk dalam
menyampaikan dakwah serta menggunakan kesepakatan hak sepunya rakyat sekaligus
bersatu dalam memenangkan gerakan Islam.

Walaubagaimanapun, penguasaan pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Inggeris,
tamil dan mandarin dikalangan ahli gerakan untuk tujuan dakwah dan siasah amat
penting.

Oleh itu, perlu ada usaha dikalangan pimpinan dan ahli gerakan untuk merancang
dan menyediakan galakan dan program2 untuk menguasai bahasa2 ini.

06 July 2009

KUBA KU SAYANG 2



Kepada pengunjung setia yang nak sangat tengok gambar KUBA saya yang sebenar, inilah gambar dia. Dah dekat setahun saya bela kat umah.

KUBA saya ni pelik sikit perangai dia. Sampai ke la ni pun , kalau saya pangku dia, dia seolah- olah menyusu kat tangan saya. Bukan setakat hisap tangan saya sampai basah, ditekan2 kakinya macam sedang betul menyusu ngan ibu dia. Mungkin masa dia kecil dulu dia tak sempat puas menyusu dengan ibu dia.

Satu lagi sifat istimewa KUBA saya ni, jari tangan kiri dan kanannya 6.

Bila saya balik 2 hari lepas, dia dah tak aktif lagi. Banyak tido, dan kelihatan tak cergas. Mak saya cakap dia baru lepas tersepit kat celah pintu masa ribut hari tu.

Moga dia akan kembali sembuh...

21 June 2009

ISU KERAJAAN PERPADUAN PADA SISI PANDANG QARD jr

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

KERAJAAN PERPADUAN
Era baharu politik Malaysia membuka suatu lembaran peluang yang sangat cerah kepada Gerakan Islam di negara ini. Kegagalan serta kebobrokan pemerintahan yang di dominasi oleh UBN selama ini membuahkan suatu renaisan politik yang mahukan perubahan total di peringkat tertinggi negara.

Rakyat sudah tidak meletakkan harapan mereka kepada kepada UBN, namun, persoalannya apakah selaras dengan itu, rakyat meyakini PR terutama PAS dapat menjadi galang gantinya?
Secara amnya, rakyat tidak yakin dengan sosok Anwar Ibrahim dek imejnya yang dirosak teruk saban hari.

Lalu, siapakah figure yang boleh diletakkan sebagai 'PM in waiting' oleh rakyat? Tuan Guru Haji Hadi? Ustaz Nasa? Datuk Husam Musa?selagimana PAS tidak dapat mengemukakan ikon rakyat yang diyakini, selagi itulah kita tidak mampu menumbangkan UBN. Kerana rakyat sudah tentulah tidak akan memperjudikan nasib mereka kepada suatu yang belum jelas.

Rakyat tidak meyakini kepimpinan kita bukan kerana kita tak mampu menjadi pemimpin bersih, mereka tak yakin dengan pimpinan kita bukan kerana kita tak tahu urus ekonomi.

Tetapi apa yang paling penting ciri utama yang rakyat mahu lihat pada sosok yang mahu menjadi pemimpin tertinggi negara adalah individu yang dapat meraikan diversiti budaya, agama, dan aliran pemikiran yang ada di Malaysia pada masa kini tanpa mengorbankan prinsip- prinsip agama.

Oleh itu, langkah pembinaan karekter yang dilakukan oleh pimpinan PAS pusat, sebagaimana yang diterjemahkan pada muktamar yang baru- baru ini sebagai keterbukaan/ diplomasi PAS dengan kelompok utama diMalaysia iaitu UMNO dengan idea kerajaan perpaduannya seharusnya difahami dalam konteks yang positif oleh semua lapisan ahli PAS.

Ia melambangkan, PAS sudah sedar dan sedang merangka strategi melahirkan figure yang bakal menjadi pemimpin untuk seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja pimpinan yang hebat untuk orang Islam Melayu sahaja.

Kehebatan kita dalam berdiplomasi, akan menghilangkan rasa bimbang dan gusar rakyat seterusnya membina keyakinan bahawa inilah "pemimpin Kita"!Yakinlah kita ke arah itu! Berilah peluang seluas- seluasnya untuk Saf Pimpinan kita untuk berijtihad dalam mencapai matlamat yang murni ini.


PRK MANIK URAI
Yakinlah bahawa pimpinan kita bukanlah calang- orang. Mereka tidak bertindak melainkan arahan jamaah yang merupakan strategi licik untuk memeningkan musuh.

Kita usah terkejut, bila berlakunya percanggahan pendapat antara Tn Guru Nik Aziz dengan Pimpinan PAS pusat dalam soal Kerajaan Perpaduan kerana perselisihan ini merupakan strategi yang terancang.
Pas pusat harus komited dengan janjinya untuk menjayakan pembentukan figure untuk rakyat.Supaya ia tidak dilihat sebagai retorik semata- mata.

Namun, selaku tuan Rumah untuk pilihanraya kecil Manik urai pula Tuan Guru Nik Aziz sangat memahami waqi' serta karekter pengundi di sana. Manik Urai terletak agak pedalaman di Kuala Krai, ahli- ahli Pas disana adalah penyokong tegar yang boleh disifatkan masih konservatif dan agak susah untuk menerima perubahan yang terlalu cepat.

Mereka masih menyokong PAS atas dasar UMNO adalah parti yang melawan hukum Allah.
Antara isu yang diambil kesempatan oleh UMNO untuk berkempen adalah dengan menyatakan bahawa perjuangan PAS dan UMNO adalan sama sahaja. buktinya, Pimpinan PAS nak bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan Perpaduan.

Saban hari, UMNO menayangkan kemesraan dan keterbukaan Pimpinan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS dan disambut baik oleh pimpinan tertinggi PAS seolah- olah membuktikan dakwaan UMNO dalam kempennya itu adalah benar.

Racun ini sangat membekas dihati pengundi tegar dan atas pagar di Manek Urai. Kalau tidak dirawat, ia akan menyebabkan hilang percaya pengundi kepada PAS. Dan tidak mustahil PAS akan tewas di Manik Urai.

Melihat perkembangan yang membimbangkan inilah, Tn Guru Nik Aziz mengambil tindakan membangkang idea kerajaan perpaduan. Supaya harapan rakyat Manik Urai kembali kuat dan yakin bahawa hanya PAS lah wadah perjuangan mereka.

Kemarahan Tn Guru Nik Aziz kepada ustaz Nasarudin adalah gimik yang paling cemerlang. Walaupun ia dilihat sebagai negatif oleh sesetengah pihak, namun sudut positifnya lebih memihak kepada kita.

Tindakan membuat kenyataan bahawa TN GUru Nik Aziz sebagai Tidak faham situasi adalah kenyataan yang naif dan cetek akal.

Sebagai Ahli kita sepatutnya bersangka baik dengan tindakan pimpinan dan jangan mudah menuduh itu dan ini kelak menampakkan kejahilan kita dalam mentafsir strategi politik.

Akhirnya, kita sebagai ahli, seharusnya berusaha membina diri menjadi ikon kebanggaan dan harapan rakyat bermula dari dimana kita berada sekarang. Kerana Rakyat sudah meletakkan bibik harapan kepada kita untuk memimpin mereka. Jangan hancurkan kepercayaan kereka ini, kelak kita tidak akan dipercayai lagi buat selama- lamanya.

Wallahua'lam.

01 June 2009

Pendekar Laut

"Kalau kail panjang sejengkal lautan luas jangan diduga"
"Ikutlah resmi padi, makin berisi makin menunduk"

"Bersusah- susah dulu"
"Bersenang- senang kemudian"
"Bersenang lagi..
Duniaku Pancing!