19 March 2009

Fish Boy Return

Post Penuh Kepuasan!
Alhamdulillah, semalam saya dapat menambah satu lagi koleksi aset pancing berupa multiplier Banax Tracker 15L yang telah diupgrade handlenya dengan power knob. Harga selepas diskaun 15 % adalah RM209. Seterusnya spool terus diisi dengan tali sulam Sufix Perfomance 80 lbs 275 yards berharga RM135. Yang paling penting, pemasangan multipiler ini mendapat sentuhan istimewa dari pemancing professional terengganu, Pak Din.

Untuk menjadi pemancing yang baik, kita seharusnya bersikap rendah diri dan menunjukkan rasa nak belajar terutama bila berdamping dengan para pemancing senior.

Alhamdulillah, selama lebih 3 tahun saya mencebur diri dalam bidang pancingan rekreasi ni, dah ramai para tokoh pancing yang dah saya jumpa dan bina hubungan sebagai murid dan guru. Antaranya, En. Masduki Mohd Morni, pensyarah subjek pancingan rekreasi UMT yang merupakan collector barang pancing yang aktif. Teknik yang paling diminatinya adalah jigging.
Mesin paling mahal yang pernah dia bawa masa kami pegi mancing di Koh Adang Satun, Thailand adalah Penn International Reel;

Kedua, Abang Nazmi NR Cafe. Beliau merupakan sifu pancingan rekreasi yang kalau tak silap pernah menjadi pengerusi kelab pancingan rekreasi terengganu. Banyak juga amik ilmu dari pengalaman dia. Antaranya macamane nak sangkut umpan sotong hidup dan memilih ranggun yang sesuai. juga kelebihan multiplier reel berbanding spinning reel untuk pancingan laut. Katanya, kalau nak tahu seseorang pemancing tu pro atau tidak tengok apa mesin yang dia guna. Paling rendah spinning reel sebab paling mudah untuk dikendalikan. Kedua, Multiplier reel, dan paling expert kalau boleh kendali fly reel. Abang Nazmi juga menggunakan joran G-loomis custom made.

Individu ketiga yang saya jumpa adalah orang kuat Kelab Pemancing Utara, Pak Ali. Masa gi tahiland hari tu dia lah yang jadi Trip Manager. Oleh kerana selalu sangat memancing di Thailand, beliau fasih berbahasa Thai. Masa singgah kat umah dia banyak la gambar2 ikan yang beliau berjaya daratkan.. antara nya GT (Giant Trevally) atau nama saitifiknya Caranx ignobilis . Ikan ni paling digemari oleh pemancing terutama jigger kerana mempunyai simpanan tenaga yang sangat banyak. Hari tu dia ada bawak satu reel elektrik yang berharga lebih RM2000. Yang menarik perhatian saya adalah multiplier Accurate..

Keempat, Pakdin Izani Enterprise kat Wakaf Tengah. Banyak dapat info dari dia.. Semalam belajar isi braid dalam spool. Malam nanti nak minta dia ajar ikatan braid pada chilly pulak. Katanya, dia guna braid buatan jepun Harga dia RM 200 untuk seratus meter. Mesin dia boleh isi 6oo meter tali. Jadi harga tali saje dah mencecah RM 1200. Fuhh. Yang menariknya setiap kali nak buat sesuatu cam ikat tali, pasang skru reel dan pape pun bibir pak din tak lekang dengan bismillah. Suatu amalan yang sangat baik.

"Angling d Knowledge"

26 February 2009

Panduan Menghafaz Al-Quran

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Dipetik daripada website Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura
Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada penulisnya.

22 February 2009

SELAMAT DATANG KE PREMIS BARU KAMI


Segala puji bagi Allah di atas segala limpah kurnianNya yang tidak terhingga. Kini kami beroperasi di alamat C-17870 Kg Gong Pak Jin, 21030 Kuala Terengganu.

09 January 2009

Air Mata Palestina

Salam Intifadhah!

Tahun 2008 melabuhkan tirainya dengan suatu lagi PROJEK KERAJAAN HARAM BARISAN ISRAEL membunuh secara pukal ibu ayah, adik beradik kita di Palestin. Jenayah kemanusiaan terbesar ini sangat hina kerana serangan dilakukan keatas penduduk Gaza yang sedia terkepung dan terpenjara dalam ruang 30X70 km dengan kepadatan yang amat tinggi. Sebab itulah setiap inci bumi yang dibom zionis laknatullah akan mengenai anak2 kecil, wanita2 dan orang tua serta pemuda2 palestin.

Kekejaman ini dilaksanakan setelah segala bentuk hubungan kemanusiaan dan keperluan hidup penduduk Gaza dinafikan sejak sekalian lama.

Kita mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Sindrom PONDAN semakin menular dikalangan pemimpin negara2 umat Islam seperti Malaysia, Mesir, Sudan, Arab Saudi dan lain2. Inilah akibat salah memilih pemimpin. Pemimpin- pemimpin boneka yahudi ini tak mungkin punyai perasaan simpati atau belas kasihan apatah lagi rasa ukhuwah dengan penduduk Islam Palestin kerana Aqidah mereka tak punya hubungan batin dengan mereka. Aqidah mereka sudah lama selari dengan zionis laknatullah. Sebab itulah mereka lebih cenderung menyokong tindakan bacul zionis membantai umat Islam di depan mata mereka sendiri.

Tindakan mengundi calon parti punya pertalian aqidah dengan zionis, BN di Pilihanraya Kecil P036 merupakan suatu pengkhianatan terbuka kepada umat Islam di Palestin khasnya, dan umat Islam sejagat amnya. Ayuh buktikan!

OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini. Negara-negara umat Islam lain agar bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini.

Dalam waktu yang sama kita menyeru agar seluruh ahli dan penyokong gerakan Islam serta seluruh umat Islam dalam negara agar dapat bersama-sama menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan biadap regim haram ini.

Kita menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar diberikan pertolongan serta kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi regim Zionis Israel ini.