24 November 2008

Lets Cook

gambar: Penulis bersama ikannya



Kerapu Masam Manis


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan kerapu sederhana saiz (bukan macam dalam gambar)

1 inci halia

2 ulas bawang putih

4 biji cili padi

1 biji bawang besar

1 biji tomato sederhana besar
1 sudu sos tiram

1 sudu sos plum

1 sudu sos tomato

Beberapa hiris nenas

Sedikit garam

Sedikit perasa


Cara:
Perapkan ikan bersama dengan halia, bawang putih dan garam. Biarkan seketika. kemudian goreng sehingga garing. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi. masukkan sos tomato, sos tiram, sos plum dan sedikit air. masukkan buah tomato dan nenas biarkan seketika. masukkan kembali ikan ke dalam kuali supaya isi ikan mesra bersama dengan kuah yang dibuat tadi.


Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 2 orang

Habiburrahman El-Shirazy Berbicara tentang Sastera Islami

Apa takrif Sastera Islam?
"Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.


"Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan," katanya lagi.
Malah katanya, novel berjudul Harimau Harimau oleh Mochtar Lubis juga boleh diangkat sebagai sastera Islam. Ini kerana katanya, karya itu terselit di dalamnya unsur kesufian daripada segi perasaan al-Khauf (takutkan pembalasan Allah) dan al-Raja' (pengharapan).

"Latarbelakang pengkisahannya cuma hutan dan bukannya di masjid, Mekah dan Madinah. Sekumpulan manusia mula tersesat di hutan dan masing-masing takut mati dibaham harimau. Pada saat itu, mereka mula menghitung nasib diri, amalan berhubung dosa dan pahala. Nah! Ada unsur tasawuf di situ," tambahnya lagi.

Selain itu Kang Abik turut memetik lagi beberapa buah novel yang beliau masih ingat. Antaranya kisah sebuah kampung petani yang tanaman mereka tidak menjadi kerana dilanda musim kemarau. Tiba-tiba ada seorang petani tua yang berpesan agar jangan mudah menyerah kalah kepada kemarau itu.

"Petani tua itu berkata, di sana ada danau yang masih boleh diambil airnya. Ambil dan siramkan tanaman itu. Dan ini ada hubungan dengan firman Tuhan - Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang bertindak mengubahnya.

"Jadi, jangan disempitkan lagi sastera Islam itu dengan berlatarbelakangkan cuma masjid, Makkah dan Madinah sahaja," kata beliau lagi.
Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

"Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri," kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari hati"Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta."

Kami cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

"Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini," kemudian dia terdiam sebentar.
"Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian.."

Saya yakin, Kang Abik tergolong dalam kumpulan manusia, atau watak-watak penulis yang mengarang bukan lagi lewat jari-jemari, malah mereka mengarang daripada hati-hatinya.
Seperti kata Buya Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.





Dipetik dari sekolah pemikiran kg. baru

17 November 2008

Hay-On-Wye


Titisan wudhuk mendahului tarian penaku….

Bismillah..
Sumber: Akhbar Siasah (16-22 November 2008)
Kolum: Dari seberang lautan
Kolumnis: Muhaimin Sulam
Tajuk Artikel: Bertarung di kota buku

Penulis menggambarkan suatu identiti unik sebuah pekan yang menggambarkan ketamadunan ilmu. Pekan Hay-On-Wye atau Pekan Y-Gelli, terletak di Hereford, England, UK. Bersempadan dengan Wales, bersebelahan dengan Breacon Beacon National Park. Sebuah pekan buku yang terkenal dan mencatatkan bilangan pengunjung melebihi bilangan penduduk yang ada di pekan itu (2000 orang) terutama pada hujung minggu. Segala- galanya adalah buku, buku dan buku.

Pekan Hay-On-Wye menyerupai sebuah kedai buku klasik yang besar seolah-olah sebuah pameran buku terbuka. Terdapat manuskrip, surat, diari, poskad, gambar dan yang paling penting BUKU. Ada puluhan rak buku yang diletak diluar bangunan untuk dipilih tanpa jurujual yang memantau. Anda hanya perlu pilih yang mana berkenan, baca sinopsis kat belakang buku untuk mengetahui idea umum buku, tengok biodata penulis dan bila dah lekat di hati, anda amiklah buku tu.. tapi jangan lupa tinggalkan wang bayaran di situ.

Kata penulis, di negara kita, ramai berpendapat, nak kena ada kedudukan dan kelulusan, dulu baru nak menulis. Sangat berbeza dengan sesetengah masyarakat barat, mereka jadikan menulis sebagai suatu aktiviti harian mereka. Mereka tulis apa sahaja, mereka tak kedekut berkongsi idea, pandangan, kritikan dan sebagainya melalui tulisan-tulisan.

Saya melihat orang kita lebih suka melontarkan pandangan dan menyuarakan pendapat dengan berbahas di kedai-kedai kopi. Pelbagai isu mereka bahaskan. Kemudian hilang begitu saja. Alangkah baiknya jika mereka tulis apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka lihat dan apa yang mereka rasakan. Ia lebih kekal dan boleh dimanfaatkan.

Menulis juga memaksa kita mengkaji dengan mendalam fakta- fakta sokongan yang ada. Contohnya bila kita menulis mengenai kambing, sudah pasti kita perlukan informasi asas tentang kambing. Nak atau tidak penulis kena membaca. Bahagian ni lah orang kita masih lemah. Orang kita malas membaca. Jadi, macam mana nak menulis. Kalau menulis pun tak jadi menarik sebab tak informatif.

Oleh itu, mulakan pembacaanmu dengan menulis dan tulislah apa yang kamu baca. Semoga tahap pemikiran masyarakat kita akan lebih baik.

01 November 2008

Qaradhawi Tokoh terbilang.

Laporan Harakah dalam ruangan dakwah menyebut tentang resolusi yang diputuskan oleh Badan Eksekutif dan Sekretariat Persatuan Ulama’ Muslimin Sedunia menghuraikan segala kemelut mengenai pernyataan Syeikh Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenai syiah yang mencetus polemik yang kontroversi lantas diambil peluang oleh musuh2 dalam menjatuhkan dan mengaibkan beliau.
Antara ketetapan yang telah dibuat adalah:
Pertama:
Menegaskan kembali tentang kesepaduan dan kesatuan umat Islam dalam berbagai mazhab mereka. Kesepakatan tentang rujukan tertinggi ialah al-Quran. Bahawa kandungan al-Quran itu tertera seluruhnya dalam Mashaf.
Kedua:
Menegaskan kembali kesepakatan ulamak Sunni dan Syiah dalam hal2 yang berikut;
a) Wajibnya menghormati sahabat Nabi s.a.w., isteri baginda sebagai berstatus ibu bagi mukminin, keluarga baginda serta mengharamkan tindakan menceroboh dan mencemarkan nama baik mereka.
b) Menamatkan segala usha terancang dan tersusun, sokongan moral dan kewangan untuk menyebarkan sesuatu mazhab yang tidak tersebar luas di sesebuah negara dan perlunya sikap saling menghormati antara pengikut mazhab berkenaan.
c) Ketegasan haramnya tindakan menumpahkan darah orang Islam satu sama lain atas sebab perbezaan mazhab atau aliran.
d) Wajibnya menghormati hak aliran mazhab minority untuk mengamalkan ajaran mazhab mereka masing2 dalam ibadah, kaedah penghakiman, fatwa dan sebagainya.
Ketiga:
Menyelar keras tindakan sesetengah pihak mencemarkan nama baik tokoh tersohor dunia Islam; yang berbahagia Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi; melalui usaha mengelirukan sejarah hidup dan mencemuhkan sumbangan beliau, darjat keilmuan dan perjuangan beliau yang berterusan membela isu2 penting Islam, kesatuan umat, berdepan dengan cabaran dalam dan luaran, menyokong perjuangan pembebasan Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.
Keempat:
Mendesak Republik Islam Iran agar memikul tanggungjawab syaria’ahnya untuk menumpaskan usaha menyalakan api sengketa permusuhan antara mazhab dan mencegah fitnah tersebut.

p/s: Senjata ampuh musuh2 Islam dari dulu sampai sekarang adalah membuang rasa hormat dan thiqah ummat kepada pimpinan atau ulamak Islam dengan mengambil peluang mengeksploitasi secara tak bertanggungjawab isu2 sensitif serta memainkan sentimen kepuakan atau perkauman. Oleh itu, kita perlu berhati2 dalam menangani isu ini. Letakkan kepercayaan yang tinggi kepada ulamak dan kepimpinan Islam selagi tidak jelas mereka menyeleweng dari ajaran Islam dalam keadaan kita senang atau susah, aman atau dharurat, bersemangat atau lesu. Kerana itulah kunci kesepaduan dan izzah umat Islam.
<<>>

30 October 2008

Indahnya..

Di ceduk tanpa izin dari blog Jundiummah..

Buat renungan semua…..
Orang yg berfikiran besar byk memperkatakan ilmu
Orang yg berfikiran sederhana byk memperkatakn peristiwa
Orang yg berfikiran rendah byk memperkatakan manusia
Orang yg berfikiran cetek byk memperkatakan diri mereka


Nabi S.A.W bersabda , ada 4 perkara yg dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik
Sifat MALU dari lelaki adalah baik, tetapi dari PEREMPUAN adalah lebih baik
KEADILAN dari setiap orang adalah baik, tetapi dari PEMIMPIN adalah lebih baik
TAUBAT dari orang tua adalh baik, tetapi dari ORANG MUDA adalah lebih baik
DERMAWAN dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang FAKIR adalah lebih baik