15 June 2008

kata si MOSHE DAYAN

pakcik yg dalam gambar tu adalah bekas menteri pertahanan Israel..namanya MOSHE DAYAN. die telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai tiga kelemahan umat islam iaitu tidak mengkaji sejarah islam, tidak mengatur strategi dengan teliti dan MALAS


Lepas je die keluar kenyataan dalam berita pasal kelemahan umat Islam, menteri2 Israel terus marah dia. kenapa menteri-menteri israel marah??

kerana..mereka fikir apabila orang Islam dah tahu kelemahan yang tidak disedari sebelum ini orang islam akan mengatasi setiap kelemahan yang ada itu..

nak tau apa yg pkck moshe ni jawab??ala...jgn la risau org Islam ni bukannya rajin membaca kalau ada yg baca pun mesti buat tak endah je...

Kenapa sejarah dan Tamadun Purba (tamadun mesopotamia, mesir kuno, dsb) dihidupkan dan dimasukkan dalam silibus KBSM dan KBSR kita?...

ia adalah bertujuan mengalihkan pandangan umat Islam dari terus mengambil semangat dari sejarah kegemilangan mereka sebaliknya menyanjung tinggi kehebatan tamadun jahiliyah.. ya, itu strategi mereka..

Strategi... kita terkebelakang dalam merencana..

kita suka benda yang bersifat on spot, last minute dan ad-hoc..

tengoklah macamana kerajaan menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak negara...tak sampai 4 jam je meeting..

sepatutnya ada blue print - kata Salahudin Ayub..

Malas..

Semua nak segera..

Tak nak yang susah2..

**************************************************

wahai diri..

bangkitlah!

Qum Faanzir!

Modal Kita...

Saya pasti anda pernah dengar bait hukum alam ini.. ..“faaqid al-syai’ laa yu’theeh” atau ’seseorang yang tidak memiliki sesuatu, tidak akan dapat memberikannya kepada orang lain’.
Apa yang dapat anda simpulkan?
Saya sangat tersentuh dengan pernyataan itu.
Ya, kalau saya takde sesuatu mana mungkin saya nak memberi sesuatu..
Saya pernah blur ketika memberi tazkirah..
Tazkirah jadi merapu tak terurus,
Masa tu baru buka cuti..
Baru saya teringat sepanjang cuti saya tiada pengisisan..
Rupa2 nya sehebat manapun kita..
Kena sentiasa ada input..
Baru ada output..
Janganlah sombong diri, angkuh tak peduli dengan pengisisan..
Anda akan jadi orang yang kosong..
Kosong minda dari kebijaksanaan..
Pastikan ilmu kita terisi setiap hari..
Sebab ia makanan kepada akal..
Jangan sombong untuk ke surau lepas magrib jangan terus angkat punggung berlalu..
Walaupun penceramah tak hebat di mata kita,
Namun padanya mungkin ada sesuatu yang kita takde..
Hidup kena ada modal beb..

14 June 2008

Mencari Ketenangan Hidup

Assalamualaikum..
Tiada yang lebih mahal dalam hidup kita sehari2 melainkan ketenangan yang membuahkan bahagia. Walau sekaya manapun kita tapi kalau takde ketenangan jiwa tak beerti semua tu..

Allah s.w.t. berfirman;
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."(Ar Ra'd : 28)

Sabda Rasulullah s.a.w.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyak harta benda tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa". (Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah)
*
Kajian menunjukkan peningkatan kadar jenayah saban hari adalah disebabkan manusia tidak ada ketenangan jiwa. Jiwa yang kusut mudah terdorong melakukan maksiat. Jiwa yang suram tak bercahaya tiada rasa kasih dan sayang, belas dan kasihan.
*
Benarlah keterangan Allah : "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir" (Al-Ma'arij, ayat 19).


Jiwa yang tak tenang kurang rasa syukur dengan nikmat yang diperolehi. Apatahlagi nak menderma dan beramal jariah. Hanya jiwa yang tenang mampu memikirkan ganjaran besar yang menunggu di alam akhirat dengan waras.
*
Ketenangan itu suatu nikmat Allah yang tak ternilai. Ia tak boleh diniagakan.
Ketenangan itu muncul dari hati yang bersih tanpa karat dosa dan jauh dari perkara2 haram. Hati yang tenang mudah rasional dengan takdir Allah. Tidak mudah berputus asa dan sentiasa redha.
*
''Wahai Tuhanku, aku mohon perlindungan MU daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang tidak tenang, doa yang tidak dimakbulkan, nafsu yang tidak pernah puas.'' Amin ya rabbal alamin.

Apa Ada Dengan Dhuha??

Assalamualaikum W.B.T.

Bismillah..
Sahabat pengunjung sekalian,
Kali ini saya cuba membawa saudara2 sekalian kepada suatu amalan rutin Rasulullah S.A.W, para sahabat, tabi' tabien, para ulama' seterusnya merupakan sendi kekuatan para pejuang Islam di seluruh dunia..
Itulah Solat Dhuha yang Istimewa..
*
SOLAT DHUHA
Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.
*
DALIL TENTANG SOLAT INI.
*
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .
(رواه البخاري ومسلم)
*
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.
*
NIATNYA
*
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.
*
DOA SOLAT DHUHA
*
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
*
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
*
Kat sini saya cuba kumpulkan beberapa kelebihan orang yang istiqamah dengan Dhuha..
*
1) Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
*

2) Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
*

3) Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
*

4) Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
*

5) Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
*

6) Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat At-Thabarani ).
*

Ayuh sahabat2 kita jadikannya suatu rutin dalam hidup kita. Masukkanlah ia dalam jadual harian kita.
*
Wallahua'lam.