10 May 2008

Kempen Jenayahkan ISA!

“I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA", itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.
YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR Permatang Pauh) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"
_______________________________________________
Qard jr;
Prinsip perundangan: " Mana2 orang tidak boleh dikatakan bersalah sehingga mana ia dibuktikan bersalah"
=(( ))=
Firman Allah;" Janganlah sesekali kamu cenderung untuk menyokong orang yang zalim kelak kamu akan disambar api neraka"
=(( ))=
Sabda Rasulullah; " Takutlah kamu untuk membuat kezaliman, kerana kezaliman itu kegelapan di hari kiamat"

06 May 2008

Bandaraya Islam?? kenapa kotor sangat?

Assalamualaikum w.b.t.
-( )-
Baru2 ni saya ada mengunjungi sebuah laman forum, salah seorang daripada mereka telah mencadangkan satu tajuk yang sangat menarik iaitu pandangan mengenai tahap kebersihan di Kelantan. Secara keseluruhannya, majoriti panel forum itu bersetuju tahap kebersihan di bandar2 di negeri Kelantan masih ditahap yang rendah. Hasil daripada forum tersebut telah dimuat turunkan dan diserah kepada Exco Kerajaan Kelantan sebagai memorendum.
-( )-
Kerajaan negeri baru2 ini seolah2 menyatakan kekesalannya kerana gagal mendidik rakyat terutama warga kota untuk menjiwai budaya bersih. ‘Kempen Jumpa Sampah Kutip’ seolah2 tak berbekas di hati rakyat. Namun, pihak kerajaan negeri tak seharusnya berputus asa dalam merealisasikan salah satu dari 5 tonggak Bandaraya Islam iaitu kebersihan. Kajian demi kajian mencari pendekatan baru yang lebih efektif perlu dicari dengan segera. Sudah lama imej Bandaraya Islam seolah- olah tercemar dek kerana isu kebersihan.
-( )-
Sememangnya saya tak senang duduk bila keadaan ini seolah- olah tidak diambil ‘concern’ oleh pihak MPKBBRI. Sebagai seorang pengembara, saya mengimpikan seten bas Kota Bharu sebersih Melaka Sentral. Pasar dan kedai makan di Kota Bharu seelok R&R Ipoh Utara, tandas awam se-eksklusif di Dataran Shahbandar, Terengganu.. Tetapi sampai sekarang saya isu ini tak mampu saya jawab jika ada orang luar hujahkan. Saya hanya mampu tunduk dan membisu. Malu.
-( )-
Saya pernah mencadangkan kepada pihak MPKBBRI melalui sistem aduannya, bahawa untuk mengatasi masalah ini kita perlu menswastakan kerja2 pembersihan dan penceriaan bandar kepada kontraktor swasta. Hal yang serupa dilakukan dan terbukti berjaya di tempat2 yang saya sebutkan tadi. Dan bukannya hanya menggaji seorang makcik tua yang menyapu sampah umpama melepaskan batuk di tangga. Nampak gayanya sampai bila pun Kota Bharu takkan bersih. Memastikan kawasan sentiasa dalam keadaan sangat bersih secara tak langsung mewujudkan rasa segan masyarakat untuk membuang sampah.
-( )-
Saya sangat bersetuju kepada satu kaedah yang dicadangkan oleh
George L. Kelling dan Catherine Coles dalam bukunya a criminology and urban sociology yang diterbitkan pada 1996. Mereka mencadangkan suatu kaedah yang terbukti sangat berkesan menurunkan kadar jenayah vandalisme dan kebersihan seperti mana dipraktikkan juga di negara Jepun, Amerika dan beberapa Negara maju yang lain. Fixing Broken Windows Theory atau teori tingkap pecah ini menggunakan suatu konsep yang sangat mudah tetapi sangat berkesan. Sebagai contoh, Sesuatu kawasan yang kotor jika dibersihkan dengan baik, secara konsisten akan menyebabkan timbul rasa segan secara beransur2 dan seterusnya fenomena membuang sampah di kawasan itu akan terhenti.
-( )-
Sebaliknya apa yang berlaku di tempat kita, proses pembersihan kawasan tak dilakukan dengan sempurna, jadi masyarakat akan rasa tak bersalah walau sekelumit untuk membuang sampah kerana menganggap kawasan itu memang kotor. Malah sekeliling tong sampah yang kotor juga mempengaruhi masyarakat membuang sampah di luar tong. Betul tak?
-( )-
Oleh itu, saya berpendapat, kaedah kempen psikologi ini lebih berkesan daripada denda dan paksaan yang membuahkan manusia yang takutkan denda bukannya cintakan kebersihan.
____________________________________
Qard jr;
‘Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman’

29 April 2008

Bila persatuan Islam dimusuhi..

Assalamualaikum w.b.t.
*
Firman Allah: " Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (Islam) dan jangan kamu berpecah belah"
*
1. Persatuan Pelajar Islam sebagai simbol perpaduan
Saudara,
Walau di mana pun kita berada Islam yang kita imani menyuruh kita hidup bersatu padu. Bersatu padu atas dasar ukhuwah Islamiyyah yang meletakkan aqidah sebagai terasnya. Jadi, bagi komuniti universiti, bagaimana kita menzahirkan perpaduan dikalangan mahasiswa2 muslim? jika tidak bersama persatuan2 Islam. Di sana wujudnya ukhwah sejati yang membuahkan kasih sayang. Kasih sayang yang melahirkan keprihatinan.
___________________________________________________
2. Persatuan Islam sebagai pusat pendidikan
Saudara,
Islam memiliki suatu sifat yang unggul iaitu syumuliyah (lengkap dan sempurnaan). Kesempurnaan ini tidak akan diperolehi melainkan melalui pendidikan. Persatuan2 Islam memandang berat soal keilmuan ahlinya dan ummat seluruhnya. Pendidikan yang berkesan dibantu oleh suasana yang kondusif, yang jauh dari unsur2 yang merosakkan insaniyah manusia.
___________________________________________________
3. Persatuan Islam sebagai kumpulan amar maaruf nahi mungkar
Saudara,
Keprihatinan terhasil dari kasih sayang yang ikhlas. Kasih sayang sehingga ingin melihat saudaranya merasai kebahagian, kasih sayang sehingga menderita melihat sahabat nya menderita. Bahagia dunia dan akhirat, menderita dunia dan akhirat. Maka atas dasar inilah, wujudnya Amar Maaruf Nahi Mungkar". Inilah sifat2 khaira ummah (umat terbaik) acuan Al-Quran.
___________________________________________________
4. Persatuan Islam sebagai memenuhi tuntutan kewajipan berpersatuan
Saudara,
Ingatlah pesan Saidina Umar ketika membuka kota Baitul Maqdis, "Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Jika kita mengkesampingkan Islam, maka kita akan dihina dan hilang keizzahan diri". Kekuatan Islam ini terzahir dengan kesatuan ummatnya yang giat merencana dan bertindak membelaNya. Sebab itulah berpersatuan adalah wajib. Ketiadaan persatuan Islam bermakna tergantungnya satu kewajipan yang tak tertunai.
*
Sabda Rasulullah s.a.w.: " Beriltizamlah kamu dengan persatuan Islam dan pimpinan mereka"
___________________________________________________
Saudara,
Seruan bersatu atas dasar Islam amatlah berbeza dengan seruan2 yang lain. Kita lihat seruan berdasarkan kebangsaan mencetuskan taksubkan bangsa dan dengkikan kaum lain. Saudara, kesatuan Islam mengajar kita mencintai sesama Islam dengan bersungguh2 dan menyebarkan rahmat dan kasih sayang Islam keseluruh Alam.
___________________________________________________
Saudara,
Lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, nah! inilah hasil tangan2 manusia jahat, boneka kuffar yang dengkikan Islam terus mekar di bumi Allah ini. Hak kita untuk bersatu dibawah bumbung hidayah Islam dinafikan. Dibiarkan mahasiswa-mahasiswi kita terkontang- kanting memudahkan musuh2 menyambar.
___________________________________________________
Oleh itu saudara2ku,
Perjuangan kita menubuhkan persatuan Islam adalah ibadah, perjuangan kita memperkasakannya adalah ibadah, perjuangan kita mempertahankannya adalah ibadah!

26 April 2008

Kapitalis yang tak prihatin..

Apa nasib golongan fakir??
*
Itulah persoalan yang terjelepuk di pemikiran saya bila membaca berita pengumuman menarik balik subsidi terhadap harga diesel di pasaran. Langkah penyelesaian yang akan diambil kerajaan untuk memberi subsidi secara tunai kepada pengguna adalah dianggap tidak cerdik.
____________________________________________
Keratan akhbar:
*
PUTRAJAYA 25 April – Kerajaan akan memberikan subsidi diesel dalam bentuk wang tunai kepada golongan sasar seperti nelayan sekiranya subsidi bahan api itu dihapuskan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika ini, kerajaan sedang menentukan cara untuk menyalurkan wang tunai membantu golongan itu termasuk menerusi persatuan-persatuan nelayan.

*
Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan belum membuat keputusan sama ada minyak diesel yang disubsidikan itu tidak akan lagi dijual di stesen-stesen minyak seperti amalan sekarang. __________________

1) Kumpulan sasar peruntukan subsidi:
Bila kita berbicara soal harga diesel, maka kita perlu berbicara soal keperluan rakyat keseluruhannya. Bukan hanya kebajikan nelayan. Pada pemerhatian saya pemilik2 bot nelayan merupakan golongan yang kaya raya selama ini memungut keuntungan dari subsidi diesel dan petrol bersubsidi yang di bekal kerajaan. Sepatutnya kerajaan perlu mempertimbangkan nasib golongan rakyat marhein yang berada di bawah paras kemiskinan dalam soal ini. Mereka merupakan golongan yang menerima kesan langsung dari kenaikan harga bahan api. Apakah kerajaan hari ini buta? Atau buat2 buta?
*
2) Kaedah penyaluran subsidi:
Kita bukan tak tahu, bila sesuatu peruntukan disalurkan oleh kerajaan persekutuan, siapa yang akan bersorak gembira. Sudah tentulah JKKK dan kroni2nya bersorak galak menerima durian runtuh ini. Inilah faktanya. Jadi, yakinkah saudara orang2 fakir miskin yang tak reti nak mengampu golongan2 kapitalis ini akan mendapat faedah daripada skim subsidi tunai ini? Wang PPRT pun lesap apakan pula wang subsidi berjuta2..
____________________________________________
*
Qard jr:
Hidup Islam, nyahkan Kapitalisme!