04 December 2007

Dakwah pada remaja..



Jika kita berhadapan dengan golongan yang hati mereka telah dikotori dan keras, haruslah sentiasa beringat untuk:

-Bertenang-Jangan menilai atau bersangka buruk
-Jangan mengugut atau mendesak
-Bercakaplah ke dalam hati

-Lihat ke dalam mata (eyes contact)

-Bertindak berdasarkan isi/luahan individu tersebut, bukan kepada nada suara

-Mempamerkan emosi cara yang menyentuh dan betul

Ingatlah bahawa setiap manusia dilahirkan sebagai seorang bayi kecil dan kemudian masyarakat, kehidupan dan tindakan/keputusan kita yang membentuk diri kita. Individu yang berdiri di depan anda ketika ini boleh berubah. Mohonlah kepada Allah agar menjadikan diri kita sebagai contoh dalam kehidupan seseorang (be a milestone in someone’s life); yakni bermaksud menjadi titik pusingan ke arah jalan kebaikan.

03 December 2007

Qard senior masuk mustasyfa


Sebuah Renungan buat hatiku....


Pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nak pinang seorang gadis, tengok dia selidik dulu, bila selidik-selidik gadis ni tak pernah sakit, Rasulullah kata jangan kamu kahwin dengan dia sebab dia tak ada perhatian Tuhan. Kalau kita tentulah nak kahwin dengan yang sihat, tapi Rasulullah kata jangan, kalau awak kahwin juga tak ada berkat.

23 November 2007

Salam Perjuangan dari Qard jr...



Assalamualaikum W.B.T

Selamat bercuti buat sahabat- sahabat yang baru menghabiskan paper terakhir semalam. Moga Allah memberkati segala penat jerih kalian. Moga kejayaan menjadi milik kita!

Selamat menganalisis juga saya ucapkan kepada sahabat- sahabat tahun akhir yang sedang bertungkus lumus menyediakan slide presentation dan sedang bertumas dalam lab....

22 November 2007

Kasih Allah tidak bertepi...


Alhamdulillah... suatu kalimah yang ringan di lidah namun berat di timbangan , ia manifestasi kerendahan hati mengakui terhutang budi yang takkan mampu terbalas. Ya Allah , zalimnya aku... tika aku melalui seorang pakcik di pasar malam Pak Tuyu... dia menadah memohon simpati sambil mengetuk ngetuk tamborin usang di tangannya, tanda berdikari. Moga gerincing yang terhasil mampu menghiburkan pengunjung pasar. Mungkin itu sahaja yang mampu beliau lakukan untuk menyara hidup meniti usia emasnya.


Namun, amat susah untuk hatiku terbuka menghulurkan sedikit lebihan nikmat yang ada pada diri. Aku cukup mewah berbanding dia... Aku cukup sihat berbanding dia.... Aku cukup sifat berbanding dia....


Cukup berat untuk aku hulurkan seringgit, cukup payah untuk aku keluarkan RM10, adalah mustahil untuk aku sedekahkan RM 100....

Wahai diriku,
Sanggupkah kau, andai Allah menukarkan kau menjadi seperti dia dengan bayaran RM 1? mahu? RM 10? mahu? RM 100? setuju? RM 1000? Sejuta????

Aku tak sanggup!!
Besyukurlah dikau wahai diri....