21 October 2009

PENGUMUMAN JAWATAN KOSONG!

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada para pengunjung yang dikasihi sekalian,

Sukacita saya memaklumkan terdapat beberapa kekosongan jawatan dalam organisasi saya. Oleh yang demikian saudara/ saudari yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut bolehlah menghubungi saya dengan kadar yang segera. Zul (013-9915927)

Kerja boleh dilakukan secara part time atau full time. Tiada tangga gaji. Jumlah gaji di tetapkan oleh anda sendiri. Gaji akan masuk ke akaun anda 4 kali sebulan.

Bidang tugas:

1. Bertindak sebagai promoter syarikat untuk mewar- warkan kekosongan jawatan untuk di isi dalam syarikat. Anda akan di bayar sebanyak RM 100 untuk jawatan leader yang terisi dan RM 450 untuk jawatan berpangkat diamond. Seandainya anda dapat mendaftarkan sekurang- kurangnya 3 pekerja baru, anda layak untuk 3% daripada keuntungan syarikat.


Jawatan ini terbuka kepada semua yang berminat terutama yang mempunyai impian untuk menjadi jutawan muda.

Kelayakan yang diperlukan:
1. Mempunyai modal permulaan sebanyak RM 600 untuk pakej pertama dan RM2700 untuk pakej kedua.

2. Berminat untuk mengikuti latihan kemahiran usahawan yang dianjurkan selama 2 jam sebulan.

3. Sanggup bekerja secara berpasukan mahupun secara sendirian.

29 September 2009

Kau ditakdirkan kurang hensem berbanding aku..

Pandangan Qard jr

Situasi1:

“Kalaulah Tuhan jadikan aku cantik macam dia tu, kan bagus!”. “ Seronoknya dia.. dahlah parent dia kaya, pandai bergaul pula. Tapi aku, takde sape pun yang sudi jeling aku, kalaupun dengan sebelah mata”. “Asyik2 dia.. asyik2 dia.. mungkin aku dah ditakdirkan macam ni. Tuhan memang tak adil!”

------------------------------------------------------

Firman Allah; surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

Sebaik kejadian di sini bukan pada pandangan manusia. Tapi Pada pandangan Allah yang Maha Mengetahui. Sebab pandangan Allah paling sempurna. Berbanding pandangan manusia adalah berdasarkan kepentingan dan kepuasan masing2.

Kita cuba perhatikan, sesetengah lelaki india yang berkulit gelap berpendapat wanita yang berkulit gelap lah yang paling cun. Tapi tidak pada sesetengah yang lain yang mengimpikan wanita putih melepak.

“ Kalau nak jadi orang yang sempurna, kenalah pandai, hensem, kaya, muka bujur sirih, rajin, gigi putih, rambut belah tengah dan segala2nya kena 100% lah”. Benar ke macam tu baru di kira manusia yang sempurna?

Contoh yang familiar; Cuba bagitau apa sifat2 dadu yang sempurna? Ada 6 sisi, ada nombor 1 hingga 6, berbentuk kubus. Sempurnakah dadu itu, kalau semua nombornya 6 belaka? Cacat namanya kan…

Begitulah manusia, Allah ciptakan kita sangat sempurna. Tiada siapa yang patut dihina kerana sifat kejadiannya. Kerana yang menghina juga ada nombor satunya dan ada nombor enamnya.

Kata Imam Al-Ghazali, "manusia itu dipuji bukan kerana kehebatannya, tetapi kerana Allah menutup keaibannya dan kelemahannya" Bersyukurlah.

Setiap manusia akan berusaha untuk menonjolkan sifat2 yang terbaik yang ada pada dirinya. Bagi yang Cantik, dia seolah2 cuba menutup kelemahan- kelemahan nya yang lain dengan meng ‘highlight’kan kecantikannya pada pandangan umum. Macam dadu jugak, kalau boleh dia nak supaya sentiasa paparkan nombor 6 supaya dapat mengembirakan tuannya.

Makin lama kita mengenali sahabat kita, makin banyak sisi2 yang cuba disembunyikannya akan terserlah jua. Sifat itu telah ada seiring dengan sifat ditonjolkan dulu. Sebab itu, jika nak pilih pasangan hidup, pilih yang paling tertonjol sisi kenal dirinya, paling kuat pegangan agamanya. Kerana sifat itu akan membuatkan kita lebih redha dengan sifat2nya yang tersembunyi sekiranya terserlah suatu hari nanti. Melihat yang baru, memang sentiasa nampak sempurna. Tetapi bakal kelihatan tidak sempurna bila yang baru lain pula menjelma.

Bukti bahawa Allah menciptakan manusia sebagai makhluk interaksi adalah kepelbagaian sifat dan bakat manusia. Lihat saja pada kecenderungan ujian IQ. Ada orang yang tinggi kecerdasan kinetik macam Beckam, tapi tak tinggi kecerdasan Matematiknya. Ada orang begitu menonjol kecerdasan lingguistiknya seperti sukarno tapi rendah pula kecerdasan artistiknya.

Wujudnya perbedaan ini menyebabkan wujudnya saling memerlukan. Saya memerlukan anda, dan anda pula memerlukan saya!. Gabungan kepelbagaian inilah yang akan membentuk hidup yang rukun dan bahagia. Itulah formula kebahagiaan rumahtangga mahupun kesejahteraan Ummat.

Kerosakan yang berlaku di muka bumi bila adanya orang yang merasa dirinya sudah cukup. Sudah tak perlukan orang lain. Firman Allah dalam surah Al- Alaq ayat 6 dan 7:

“Demi sesungguhnya manusia itu akan menjadi melampau. Bila dia melihat dirinya mencukupi”

Sifat Istigna’ (mencukupi) itu hanya ada pada Allah. Manusia bersifat dengan fakir (memerlukan). Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Sesunguhnya apa yang di berikan kepada kita itu adalah ujian. Pahalah yang besarlah bagi orang yang memanfaatkannya, dan balalah bagi mereka yang tidak bersyukur.


Al-Faqir wal Hakir ilallah.

07 September 2009

Endometriosis: Dilema Wanita Moden

Endometriosis adalah kecelaruan di dalam sistem reproduktif wanita. Dalam keadaan endometriosis, diding uterus yang disebut endometrium yang mana ketika normal melapisi dinding uterus, tetapi tumbuh dan membesar di lokasi yang bukan sepatutnya. Kebanyakannya tumbuh di tiub fallopio, ovari dan sekeliling tisu pelvik.

Walaupun tisu endometrial tidak berada di dinding uterus sebagaimana biasa, namun ia tetap berfungsi sepanjang proses haid. Ia menebal, runtuh dan berdarah setiap bulan. Oleh kerana tiada saluran untuk mengeluarkan darah itu, maka ia terperangkap dan bertakung dan mengganggu tisu- tisu disekelilingnya.

Darah yang bertakung akan membentuk sista( cyst), tisu parut( scar tissue) dan bertindak sebagai pelekat (adhesions) kepada beberapa tisu yang berhampiran. Keadaan ini mengakibatkan kesakitan pada pelvik terutama semasa tempoh haid. Endometriosis juga boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Faktor- faktor yang mendorong Endometriosis sentiasa tumbuh dan membiak walaupun selepas pembedahan.

Terdapat 2 persoalan asas yang berkaitan dengan survival pertumbuhan berterusan sel endometriosis.

1. Kenapa percambahan sel endo dapat terselamat daripada serangan sistem imun badan pesakit yang mana berfungsi untuk melawan sebarang sel, virus atau bendasing yang hadir di dalam badan?

2. Bagaimana tisu endometrial membina jaringan saluran darah dan menanam akar sel mereka apabila menempel disesuatu lokasi.

Sistem imun yang lemah. Banyak kajian telah dilakukan bertumpu kepada kemungkinan kecelaruan sistem imun di dalam tubuh wanita telah menyebabkan sel endometriosis mudah membiak. Kajian- kajian tersebut telah merumuskan satu teori iaitu, wanita yang mengalami endometriosis mempunyai sel pembunuh semulajadi (Natural Killer cell) NK, yang sedikit. Dimana, NK merupakan komponen pertahanan yang paling ampuh dalam system imuniti badan. Apabila jumlah NK terlalu sedikit, imun sistem akan menjadi lemah. Akibatnya tisu endometrial akan menyerbu dan membenamkan akarnya.

Kajian terbaru juga mendapati bahawa sel imuniti yang lain juga (selain NK) turut didapati sangat lemah di dalam badan wanita yang menghidap endometriosis. Oleh sebab itu, sel badan pesakit sangat mudah terdedah kepada percambahan tisu endometrial yang berikutnya.

Sesetengah dapatan, membuktikan bahawa, endometriosis adalah mewakili simpton- simpton penyakit auto imun iaitu kecelaruan memori pada sistem imun menyebabkan berlakunya serangan terhadap sel dan tisu sendiri. Penyakit- penyakit lain yang dikategorikan sebagai auto imun adalah seperti, Lupus [Systemic Lupus Erythematosus], Rheumatoid arthritis (RA) dan Diabetes Mellitus type1 (kencing manis pada kanak- kanak).

Testimoni Endometriosis:

I found my endometriosis 3 years ago and since then I have been in several treatments like laparascopy, Lupron, birth control pills and pain killers with no relief of my lower back pain, pain during and after intercourse, really bad menstrual cramps and depression because of the pain. Until last October 2005 that I found from a friend of mine a natural supplement that help increase my immune system in 437% after 5 days of using this product my pain went away. I had medical appointments every month before October and now is February and I haven't been in a doctor's office. I will like to tell all the women that suffer the pain because of this condition (Endo)that there is a nature miracle that can help you to have a better quality of life and for those women that are looking for a relief of their pain. You are free to call me at my home phone number (410) 676-2028 or send me ane-mail eliloupr@yahoo.com

God bless you!

Dena

UMNO TAK RETI JADI PEMBANGKANG YANG BAIK.

Assalamualaikum W.B.T.

Menjadi pembangkan bukanlah suatu yang mengaibkan di mana2 dewan undangan negeri atau dewan Rakyat. Kerana ia tetap wakil rakyat yang menang di kawasan masing2 bagi mewakili suara rakyat. Mereka juga sangat diperlukan dalam pembagunan negara.

Namun, tidak bagi UMNO. Menjadi pembangkang adalah suatu yang sangat mengaibkan. Oleh kerana mereka tidak terbiasa menjadi pembangkang dan tidak mahu pula sedar diri dan peranan bahawa dia seorang pembangkan menyebabkan dia tak mahu belajar bagaimana menjadi pembangkang yang efektif.

Barisan pembangkang sebenarnya berperanan sebagai check & balance kepada sesebuah kerajaan saamada negeri atau pusat. Tetapi bila dah tersentak kehilangan kuasa secara mengejut, UMNO tak keruan dan tak dapat terima kenyataan yang kerajaan sudah bertukar pentadbir. Banyak benefit yang mereka dapat ketika jadi kerajaan dulu tiba2 sahaja tersekat. Sedangkan villa, kereta2 mewah saham- saham mereka perlu terus dibayar. Yang paling buat mereka tak senang duduk adalah kerana takut penyelewang dan penyalahgunaan kuasa yang bertimbun itu didedahkan satu- persatu oleh keajaan yang baru.

Nak tak nak mereka cuba sedaya upaya untuk mengganggu pentadbiran, membuat tuduhan jahat, konspirasai dan sebagainya untuk menjatuhkan kerajaan secepat mungkin sebelum tembelang mereka pecah.

Sedangkan mereka lupa, tugas mereka yang sebenar. Sepatutnya mereka menumpukan soal perbincangan di dalam dewan untuk memberi komen, cadangan dari perspektif berbeza terhadap dasar2 yang akan diputuskan oleh kerajaan.

Itulah yang berlaku di Perak. Mereka takut untuk memberi peluang kepada kerajaan baru, kerana semakin hari pelbagai projek pembangunan rakyat dilaksanakan dan rakyat dapat menikmati hasilnya secara lebih lumayan. Kedaan ini jika dibiarkan berterusan dilihat akan menutup peluang untuk UMNO- Bn untuk memerintah semula untuk penggal- penggal yang seterusnya.

Oleh itu, apa yang dapat kita pelajari dari fenomena politik UMNO hari ini adalah:
1. Berpolitik biarlah bersih, barulah tiada kerunsingan walaupun kerajaan bertukar tangan.
2. Kepentingan rakyat harus diutamakan dari kepentingan survivor parti. Dalam keadaan kegawatan ekonomi, kekurangan barangan asas, kenaikan harga minyak, kemerosotan eksport negara, bersatulah.
3. Manusia yang baik adalah manusia yang dapat menerima takdir, sedar diri dan berperanan.
4. Kita seharusnya menjadi pemerhati yang aktif walaupun dengan sekadar secoret komen.