22 February 2009

SELAMAT DATANG KE PREMIS BARU KAMI


Segala puji bagi Allah di atas segala limpah kurnianNya yang tidak terhingga. Kini kami beroperasi di alamat C-17870 Kg Gong Pak Jin, 21030 Kuala Terengganu.

09 January 2009

Air Mata Palestina

Salam Intifadhah!

Tahun 2008 melabuhkan tirainya dengan suatu lagi PROJEK KERAJAAN HARAM BARISAN ISRAEL membunuh secara pukal ibu ayah, adik beradik kita di Palestin. Jenayah kemanusiaan terbesar ini sangat hina kerana serangan dilakukan keatas penduduk Gaza yang sedia terkepung dan terpenjara dalam ruang 30X70 km dengan kepadatan yang amat tinggi. Sebab itulah setiap inci bumi yang dibom zionis laknatullah akan mengenai anak2 kecil, wanita2 dan orang tua serta pemuda2 palestin.

Kekejaman ini dilaksanakan setelah segala bentuk hubungan kemanusiaan dan keperluan hidup penduduk Gaza dinafikan sejak sekalian lama.

Kita mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Sindrom PONDAN semakin menular dikalangan pemimpin negara2 umat Islam seperti Malaysia, Mesir, Sudan, Arab Saudi dan lain2. Inilah akibat salah memilih pemimpin. Pemimpin- pemimpin boneka yahudi ini tak mungkin punyai perasaan simpati atau belas kasihan apatah lagi rasa ukhuwah dengan penduduk Islam Palestin kerana Aqidah mereka tak punya hubungan batin dengan mereka. Aqidah mereka sudah lama selari dengan zionis laknatullah. Sebab itulah mereka lebih cenderung menyokong tindakan bacul zionis membantai umat Islam di depan mata mereka sendiri.

Tindakan mengundi calon parti punya pertalian aqidah dengan zionis, BN di Pilihanraya Kecil P036 merupakan suatu pengkhianatan terbuka kepada umat Islam di Palestin khasnya, dan umat Islam sejagat amnya. Ayuh buktikan!

OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini. Negara-negara umat Islam lain agar bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini.

Dalam waktu yang sama kita menyeru agar seluruh ahli dan penyokong gerakan Islam serta seluruh umat Islam dalam negara agar dapat bersama-sama menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan biadap regim haram ini.

Kita menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar diberikan pertolongan serta kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi regim Zionis Israel ini.

24 November 2008

Lets Cook

gambar: Penulis bersama ikannya



Kerapu Masam Manis


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan kerapu sederhana saiz (bukan macam dalam gambar)

1 inci halia

2 ulas bawang putih

4 biji cili padi

1 biji bawang besar

1 biji tomato sederhana besar
1 sudu sos tiram

1 sudu sos plum

1 sudu sos tomato

Beberapa hiris nenas

Sedikit garam

Sedikit perasa


Cara:
Perapkan ikan bersama dengan halia, bawang putih dan garam. Biarkan seketika. kemudian goreng sehingga garing. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi. masukkan sos tomato, sos tiram, sos plum dan sedikit air. masukkan buah tomato dan nenas biarkan seketika. masukkan kembali ikan ke dalam kuali supaya isi ikan mesra bersama dengan kuah yang dibuat tadi.


Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 2 orang

Habiburrahman El-Shirazy Berbicara tentang Sastera Islami

Apa takrif Sastera Islam?
"Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.


"Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan," katanya lagi.
Malah katanya, novel berjudul Harimau Harimau oleh Mochtar Lubis juga boleh diangkat sebagai sastera Islam. Ini kerana katanya, karya itu terselit di dalamnya unsur kesufian daripada segi perasaan al-Khauf (takutkan pembalasan Allah) dan al-Raja' (pengharapan).

"Latarbelakang pengkisahannya cuma hutan dan bukannya di masjid, Mekah dan Madinah. Sekumpulan manusia mula tersesat di hutan dan masing-masing takut mati dibaham harimau. Pada saat itu, mereka mula menghitung nasib diri, amalan berhubung dosa dan pahala. Nah! Ada unsur tasawuf di situ," tambahnya lagi.

Selain itu Kang Abik turut memetik lagi beberapa buah novel yang beliau masih ingat. Antaranya kisah sebuah kampung petani yang tanaman mereka tidak menjadi kerana dilanda musim kemarau. Tiba-tiba ada seorang petani tua yang berpesan agar jangan mudah menyerah kalah kepada kemarau itu.

"Petani tua itu berkata, di sana ada danau yang masih boleh diambil airnya. Ambil dan siramkan tanaman itu. Dan ini ada hubungan dengan firman Tuhan - Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu sendiri yang bertindak mengubahnya.

"Jadi, jangan disempitkan lagi sastera Islam itu dengan berlatarbelakangkan cuma masjid, Makkah dan Madinah sahaja," kata beliau lagi.
Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

"Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri," kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari hati"Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta."

Kami cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

"Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini," kemudian dia terdiam sebentar.
"Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian.."

Saya yakin, Kang Abik tergolong dalam kumpulan manusia, atau watak-watak penulis yang mengarang bukan lagi lewat jari-jemari, malah mereka mengarang daripada hati-hatinya.
Seperti kata Buya Hamka dalam salah satu catatannya, orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain.





Dipetik dari sekolah pemikiran kg. baru