14 May 2008

UMNO yang tuntut merdeka dah Haram dah...

Sampai bilakah UMNO hendak menipu rakyat jelata?
Setiap kali tiba 11 Mei, mereka akan menyambut “ulang tahun penubuhan” mereka. Yang terbaru, mereka kata mereka sudahpun 62 tahun. Mungkin kebanyakan ahli UMNO sememangnya mudah lupa. Tetapi rakyat jelata masih ingat.
*
UMNO yang ditubuh pada 11 Mei 1946 sudah ditamatkan riwayatnya oleh mahkamah pada 4 Feb 1988. Sesuatu pertubuhan yang diisytihar terbatal oleh mahkamah maka setakat itu sahajalah berakhirnya pertubuhan itu dan terpahatlah dalam sejarah tarikh mula dan tarikh akhirnya.
*
Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Orang yang kini menjawat Presiden adalah di antara orang yang sebelah pasukan yang menetang penubuhan UMNO Baru ketika itu. Malah ramai lagi yang kini di dalam UMNO Baru bersama menentang penubuhannya dulu.


Supaya ahli dan orang ramai lupa perubahan yang dirancangnya, Mahathir telah memiripkan UMNO Baru dengan yang lama dalam pelbagai aspek. Selain mengguna nama UMNO yang sama, beliau juga mengguna lambang dan bendera yang mirip asal dengan sedikit perubahan.
Kemudian, perkataan “Baru” digugurkan dari UMNO Baru supaya sama dengan UMNO yang telah dibatalkan.

*
Ketika Mesyuarat Agung pertama parti baru itu, Mahathir membuat keputusan agar sambutan ulangtahun parti baru dibuat pada 11 Mei dan bukannya pada bulan Februari, tarikh UMNO Baru didaftarkan.

*
Akhirnya ahli UMNO Baru (kebanyakannya masih kecil 20 tahun lalu - terutama bagi mereka dalam Pemuda dan Puteri) terlena dengan perancangan Mahathir - malah tidak tahupun beza kedua-dua entiti yang berlainan ini [Kalau tidak percaya, sila periksa nombor pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (ROS)].

*
Segala yang dirancangnya menjadi. Dengan pembatalan UMNO Asal dan penubuhan UMNO Baru, Mahathir telah dapat menguasai penuh UMNO yang baru ditubuhnya dengan menyekat mana-mana penderhakanya di peringkat awal ini. Dan ianya termasuk Pak Lah yang ketika itu mnyebelahi Ku Li. Sebab itulah Mahathir dapat berkuasa penuh dengan kuku-besinya selama 15 tahun selepas itu.
Sekian, IB

*_______________________________________________

Qard jr:

UMNO mudah lupa...

________________________________________________
Antara sumber: Personalized Politics: The Malaysian State Under Mahathir (In-won Hwang, Institute of Southeast Asian Studies)
14.05.2008
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/05/13/ulangtahun-umno-ke-62-atau-baru-ke-20/


10 May 2008

Kempen Jenayahkan ISA!

“I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA", itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.
YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR Permatang Pauh) menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir (BN Jerlun) dan jawapannya ialah "saya tak boleh ambil badge ni lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?"
_______________________________________________
Qard jr;
Prinsip perundangan: " Mana2 orang tidak boleh dikatakan bersalah sehingga mana ia dibuktikan bersalah"
=(( ))=
Firman Allah;" Janganlah sesekali kamu cenderung untuk menyokong orang yang zalim kelak kamu akan disambar api neraka"
=(( ))=
Sabda Rasulullah; " Takutlah kamu untuk membuat kezaliman, kerana kezaliman itu kegelapan di hari kiamat"

06 May 2008

Bandaraya Islam?? kenapa kotor sangat?

Assalamualaikum w.b.t.
-( )-
Baru2 ni saya ada mengunjungi sebuah laman forum, salah seorang daripada mereka telah mencadangkan satu tajuk yang sangat menarik iaitu pandangan mengenai tahap kebersihan di Kelantan. Secara keseluruhannya, majoriti panel forum itu bersetuju tahap kebersihan di bandar2 di negeri Kelantan masih ditahap yang rendah. Hasil daripada forum tersebut telah dimuat turunkan dan diserah kepada Exco Kerajaan Kelantan sebagai memorendum.
-( )-
Kerajaan negeri baru2 ini seolah2 menyatakan kekesalannya kerana gagal mendidik rakyat terutama warga kota untuk menjiwai budaya bersih. ‘Kempen Jumpa Sampah Kutip’ seolah2 tak berbekas di hati rakyat. Namun, pihak kerajaan negeri tak seharusnya berputus asa dalam merealisasikan salah satu dari 5 tonggak Bandaraya Islam iaitu kebersihan. Kajian demi kajian mencari pendekatan baru yang lebih efektif perlu dicari dengan segera. Sudah lama imej Bandaraya Islam seolah- olah tercemar dek kerana isu kebersihan.
-( )-
Sememangnya saya tak senang duduk bila keadaan ini seolah- olah tidak diambil ‘concern’ oleh pihak MPKBBRI. Sebagai seorang pengembara, saya mengimpikan seten bas Kota Bharu sebersih Melaka Sentral. Pasar dan kedai makan di Kota Bharu seelok R&R Ipoh Utara, tandas awam se-eksklusif di Dataran Shahbandar, Terengganu.. Tetapi sampai sekarang saya isu ini tak mampu saya jawab jika ada orang luar hujahkan. Saya hanya mampu tunduk dan membisu. Malu.
-( )-
Saya pernah mencadangkan kepada pihak MPKBBRI melalui sistem aduannya, bahawa untuk mengatasi masalah ini kita perlu menswastakan kerja2 pembersihan dan penceriaan bandar kepada kontraktor swasta. Hal yang serupa dilakukan dan terbukti berjaya di tempat2 yang saya sebutkan tadi. Dan bukannya hanya menggaji seorang makcik tua yang menyapu sampah umpama melepaskan batuk di tangga. Nampak gayanya sampai bila pun Kota Bharu takkan bersih. Memastikan kawasan sentiasa dalam keadaan sangat bersih secara tak langsung mewujudkan rasa segan masyarakat untuk membuang sampah.
-( )-
Saya sangat bersetuju kepada satu kaedah yang dicadangkan oleh
George L. Kelling dan Catherine Coles dalam bukunya a criminology and urban sociology yang diterbitkan pada 1996. Mereka mencadangkan suatu kaedah yang terbukti sangat berkesan menurunkan kadar jenayah vandalisme dan kebersihan seperti mana dipraktikkan juga di negara Jepun, Amerika dan beberapa Negara maju yang lain. Fixing Broken Windows Theory atau teori tingkap pecah ini menggunakan suatu konsep yang sangat mudah tetapi sangat berkesan. Sebagai contoh, Sesuatu kawasan yang kotor jika dibersihkan dengan baik, secara konsisten akan menyebabkan timbul rasa segan secara beransur2 dan seterusnya fenomena membuang sampah di kawasan itu akan terhenti.
-( )-
Sebaliknya apa yang berlaku di tempat kita, proses pembersihan kawasan tak dilakukan dengan sempurna, jadi masyarakat akan rasa tak bersalah walau sekelumit untuk membuang sampah kerana menganggap kawasan itu memang kotor. Malah sekeliling tong sampah yang kotor juga mempengaruhi masyarakat membuang sampah di luar tong. Betul tak?
-( )-
Oleh itu, saya berpendapat, kaedah kempen psikologi ini lebih berkesan daripada denda dan paksaan yang membuahkan manusia yang takutkan denda bukannya cintakan kebersihan.
____________________________________
Qard jr;
‘Kebersihan sebahagian dari kesempurnaan Iman’